Tuesday, December 9, 2008

Kajian lelaki lembut dan bahan kimia

Raya kedua Aidil Adha, aku dah masuk keje dah..apa kesss??? hehehe nak wat cam ner, ini le lubuk rezeki aku. Buntu gak nak siapkan stories...writer's blog. Office pun sunyi sepi macam dilanggar geruda. Yang ada kat desk aku ni cuma en Rashid, aku dan abang Azis. Wah nampaknya dah macam bunga diapiti dua ekor kumbang (kumbang pertengahan umur dan kumbang muda ..sorry en Rashid hahahaha)

Ni ada cerita menarik kat Berita Harian, Selasa, 9 Disember bahagian Dunia; mengenai Kimia punca 'lembut'-Pencemaran ubah sifat lelaki, haiwan jantan: saintis. Menurut kajian saintis Britain, semakin ramai lelaki dan haiwan jantan menjadi 'lembut' kerana kehadiran ribuan bahan kimia akibat pencemaran alam sekitar yang mempengaruhi jantina, termasuk aspek perubahan perlakuan mereka.

Pencemaran buatan manusia yang terlepas dalam persekitaran kata mereka dalam akhbar Daily Telegraph menyamai hormon seks wanita atau estrogen.

"Bahan pencemar ini didapati mengubah protein telur yang lazimnya disediakan wanita dan haiwan betina,"kata penulis kajian, Gywenne Lyons daripada kumpulan pencinta alam, Chem Trust.

Penyelidik itu mendakwa, bahan kimia dalam bahan bungkusan makanan, cecair atau serbuk cucian, sisa kumbahan dan cat mencacatkan kemaluan, mengurangkan kiraan sperma serta me'lembut'kan lelaki. Kajian ini dibuktikan melalui ikan dan lipas yang terjejas teruk olehnya.

Laa...patut le, padan le...di dunia ni sekarang semakin bersepah golongan lembut atau mimat. Makin menjadi2 sehingga dikatakan populasi wanita akhir zaman lebih ramai daripada lelaki. Aku dari dulu berpegang dengan pendirian, bukan wanita yang ramai sebenarnya tetapi menjadi ramai kerana kewujudan golongan lelaki bertukar 'jantina' menjadi wanita.

Di Malaysia saja, awal 80 an, golongan ini tidaklah berleluasa sangat. Yang ada cuma khunsa dan seingat aku sorang dua terlepas membintangi drama dan filem. Itupun membabitkan watak yang sangat sinical dan menyindir.

Ketika itu, lelaki kalau dipegang2 dan dibelai2 golongan ini merasa geli lalu buka langkah seribu. Berpeluh ketiak dan tak cukup tanah lari. Alih2 kini, golongan ini diburu hingga menenggelamkan kaum hawa. Mana tidaknya, hati mana tak terpikat melihat jelmaan Marilyn Monroe, Sharifah Aini, Aida Aris, Beyonce dan ramai lagi di depan mata biarpun hakikatnya, selang sehari jambang, misai dan bulu kaki macam hutan belukar harus dicukur. Pil hormon perlu ditelan agar kulit kekal mulus dan berkati2 make up ditempek ke muka buat menyamar noda...

Entah lah..aku pun tak paham sikap lelaki ari ni...tak cukup 'perempuan jelmaan' yang sama berotot dan gagah perkasa dicari. Si misai melentik bercumbu dengan si janggut sejemput. Apa nak jadi? Itulah, kita kena kembali ke akar umbi (yang selalu politician dok sebut), menggenggam tradisi. Elok kembali ke zaman emak2 dulu, pada ketika kuih muih dan lauk pauk diadun tanpa perisa. Zaman keropok udang cap 888 paling gah dan paling sedap. Kemudian, ada kotak Ding Dang (label luar gambo Doraemon ye..) berisi mainan...

Masa itu semuanya murni, KFC dan Mcdonald cuma ada di bandar2 besar. Itu sebab masyarakat ketika itu kurang pembelit, kurang penyamun dan tak ada kejadian jenayah zalim agaknya. Semuanya ditentukan pemakanan halal, suci dan sihat yang kemudiannnya menjadi darah daging...fikir2kan sendiri ye...

2 comments:

raihanah said...

Benn, kalau kena kerja hari raya kedua masih OK lagi, tapi tangkap syahdu bila kena kerja raya pertama. tapi bila dah biasa, awak tak rasa apa-apa pun, lagi best kerja masa raya, dapat gi rumah terbuka, news room pun macam kita yang punya...sunyi sepi

ennieva fauzi said...

betul kak ana, time tu seronok tengok memasing bergaya dengan baju raya..hehehe...kalu ada ketupat, lemak dan rendang lagi syokkk..:)