Saturday, November 29, 2008

Who's ur mama?



Suri and mom, Katie Holmes

(above)






Shiloh and mama, Angie Jolie

Hot Dad and daughter





Suri and dad, Tom Cruise (above)
Shiloh and dad, Brad Pitt

Makan besar

Wah, banyak sungguh aku makan dua tiga menjak ni....hari2 heavy meal plak tuh, sampai naik berlipat lemak kat perut aku nih. Hisss..tak buleh jadi ni, nampaknya kena la berdiet kalu tak mahu badan menjelma macam tong dram aka gloria (si badak sumbu dalam Madagascar). Lain cerita kalu aku ni spesis hippo yang memuja dan memburu perawan gemok...hahaha teringat lak si Moto-moto ketika scene tackle Gloria, dengan suara ala2 serak2 romantik tak sudah2 menyebut "You so huge..you huge..."aduh, kembang tekakku, merendeng bulu romaku.

Bayangkan, semalam pepagi buta breakfast nasi campur, nasi masih di perut ke Pavillion pula pekena Pizza Hut. Tak berapa lama sampai opis, terbabit plak dengan jamuan kesyukuran sempena pengesahan jawatan kami reporter baru (ada dalam 16 orang).

Itupun, aku cuba2 melekakan diri daripada dok menyantap makanan dengan 'program sembang2 bersama si Petah Wazan'. Wazan ditanya sepatah sepuluh terhambur keluar dari mulutnya. Amboi, syoknya kamu, petahnya kamu Wazan apabila bercerita pasal trip kamu ke Jakarta tu. Macam bertih goreng.

"Sayang sihat?" ayat menggatal yang mula2 keluar dari mulutnya. Kalau ko nak buat aku kelu dan terkedu, silap besar le kamu Wazan oii...walaupun ko comel (comel ke? boleh la..hahaha) , sayangnya rambutmu belah di tengah hahahaha....

"Sihat.."gumamku. Malasnya nak layan mamat ni yang banyak sangat sayangnya kat opis ni.
" Hows the trip?" aku alihkan perhatian dia. Wah, berseri2 terus mukanya, macam bulan mengambang penuh.

"Oh, aku memang bercita2 nak pegi Jakarta, dari kecik ko tau. Dulu, masa bapak aku mula2 jadi reporter dia pun macam aku, first assignment dia ke Jakarta. Kat sana aku sempat pegi Tanah Abang shopping baju batik ditanggung penaja, aku suka sangat corak batik kat sana pot pet pot pet," mula2 aku dengar dengan penuh kusyuk dan sedikit takjub (biarpun hakikatnya aku penah ke Jakarta dan tidaklah aku rasa seseronok itu tapi dengan Wazan semua benda jadi paling indah di dunia), sepuluh minit kemudian aku terharu sebelum celaru dan keliru...hahaha sorry Wazan.

Tapi aku patut berterima kasih pada Wazan sebab dia berjaya membunuh selera makanku....besar jasanya tu :)

Hari ni plak, sejak dari pagi aku dok 'makan besar'. Sewaktu assign di Wangsa Maju, aku bersarapan nasi lemak di Restoran Kereta (canggihnya nama restoran ni, khabarnya kepunyaan bekas Jaguh Badminton Negara merangkap jurulatih Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek), selepas mengikut konvoi pergerakan Puteri Umno cawangan Bandar Baru Wangsa Maju bersama Datin Ismalina Ismail memberi bantuan hari raya Aidil Adha kepada golongan miskin tegar, ibu tunggal dan warga emas, aku diajak Munirah Utusan makan tengah hari di restoran mamak. Aku makan roti tampal dan air kelapa.

Balik ke opis pulak bersama team Berita Minggu ke rumah Rohaniza Idris (geng Berita Minggu) menghadiri jamuan hari jadi anaknya yang sangat le cute itu, Dhani Hakim. Makan nasi minyak sambal tumis dan ayam. Sedapnya...Roha memang kelassss bab memasak.

Punya la kenyang, tak sedar terlelap dalam kereta Angah. Kesian Angah si supir ari ni memerah mata menahan kantuk hehehe...bestnya jadi mem kat belakang tu Ngah...nikmat hidup tak terucap ngan kata2...:)

Thursday, November 27, 2008

Penangan krisis ekonomi

Sekali lagi Khamis muncul, semua orang hanyut dengan kesibukan. Hari ini, cuma Fiza tak de sebab assignment ke Bandung. Neighbour sebelah aku ni plak dok khusyuk transkrip interview dengan seorang prof fasal fatwa pengharaman yoga. Aku punya part dah settle petang tadi, sekarang cuma pantau lay out dan stand by kalu ada perkara berbangkit nantinya. Ye la...spelling checking, tukar gambar, add more infos cam gitu le...

Biar susah macam mana susahpun keje, kita kena sabar. Kena tahan dan cekal. Jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dan, setiap kesulitan, pasti ada penyelesaiannya.

Meremang juga bulu roma membaca Berita Harian, 27 November mengenai 50,000 pekerja Malaysia pulang 2009 - Disebabkan krisis ekonomi global yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, 50,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura dijangka pulang ke tanah air 2009. Bukan sedikit jumlah ini. Bayangkan apabila mereka pulang nanti, tentu persaingan merebut pekerjaan menjadi semakin sengit.

Di negara kita saja ada 11 juta golongan bekerja dan daripada jumlah itu, kira2 2.1 juta daripadanya pekerja asing. Jumlah ini tidak mengambil kira 300,000 hingga 800,000 pekerja asing tanpa izin. Wah, tanpa izin berkali ganda ramai dari warga kita yang bakal pulang dari Singapura. Kalaulah, jumlah ini mampu dikurangkan, tentu ada peluang pekerjaan menanti kepada yang bakal pulang itu. Malah, silap2 tidak ada langsung rakyat Malaysia yang menganggur asalkan mereka tidak memilih pekerjaan.

Takutkan situasi ini? Gara2 satu dua kuasa besar dunia mengalami krisis ekonomi, semua negara terlibat sama. Yang miskin lagi papa, yang membangun jatuh terjelepuk dan yang kaya berpotensi muflis.

Terkenang pula aku akan nasib seorang teman yang bakal hilang pekerjaan. Aku doakan dia cepat2 dapat keje baru yang lebih menjamin dan membahagiakan. Aku faham betapa walangnya hati tanpa pekerjaan kerana sumber rezeki itu lah yang diharapkan melangsai segala hutang, menanggung diri dan menyara keluarga. Aku doakan dia tabah dan dipermudahkan Allah segala urusan. Amin.

Tuesday, November 25, 2008

Tittle: Unknown

In the morning
when the sun
is just starting to light the day
I am awakened
and my first thoughts are of you

At night
I stare at the dark trees
silhouetted against the quiet stars
I am entranced into a complete peacefulness
and my last thoughts are of you

by Susan Polis Schutz

Sajak Susan Polis Schutz

Music Touches Feelings
Music touches feelings
that words cannot
It is the melody
of the heart
the voice
of the spirit

Some music
causes me to dream
Some music
inspires me to create
Some music
causes me to think
of the past
Some music
helps me plan the future

When I am with you
all music
moves me to love

Siapa2 yang suka beli greeting card Hallmark, surely familiar dengan sajak2 Susan P Schutz ni...simple dan puitis..this is what we call The Power of Words kan?

Monday, November 24, 2008

SURI - baby celebrity tercantik 2008 pilihan majalah PEOPLE














Suka beno aku tengok anak dara Tom Cruise and Katie Holmes ni. Memang lawa. Kecantikannya unik dan sedap dipandang.

Baru-baru ni, Suri terpilih sebagai bayi celebrit tercantik menewaskan pesaing terdekatnya, Shiloh anak Brad-Jolie Pitt, Cruz anak David-Victoria Beckham dan Sean Preston anak Britney Spears.

Nampak gayanya Tom-Kate kena jaga betul anak daranya ni...dapat bayangkan bila beso nanti ramai yang terpikat dan tertawan. Silap haribulan main cinta ngan anak Britney-Beckham tak..hehehe suka-suki je aku nih...










Samun, rompak, rampas, curi etc

Sepatutnya yang berlaku semakin moden dunia, maju teknologi, makin tinggi peradaban. Namun, sebaliknya berlaku, manusia makin hilang moral, rendah martabat malah sanggup lakukan apa saja asalkan hasrat tercapai. Cita2 hidup mewah tercapai sepantas mata berkelip. Malah untuk hidup senang, apa saja yang buruk menjadi halal dan keji melilit darah daging.

Semalam benar2 hari aku belajar kemanusiaan. Setelah insiden keretaku dicuri, ini satu lagi peristiwa yang membangkitkan ketakjubanku bahawa taraf manusia kian seiring dengan haiwan.
Hari cuti, hari untuk mengulit mimpi. Biarpun, aku bukan jenis yang suka tidur hingga matahari rembang, sesekali ingin juga melayar mimpi. Pun, sms 7.15 daripada sepupuku berjaya membuka luas pelupuk mata, "Kak Nie, along ngn member kena samun. Parang di perut, abes lesap semua dompet, duit, kad bank dan kad pelajar. Sekarang dah xde apa." Lebih kurang gitu le bunyinya.

Dalam mata yang cuba dipicingkan dan masih liat untuk dibuka, aku cuba tidak panik. Sekejap. sekejap. Bagi la aku pejam seminit dua. Lama kemudian, smsnya kubalas, "Buat police report".

Itu kes yang pertama, permulaan pagi yang suci murni. Aku amat bertenang dan relaks. Hanya selepas menonton Madagascar di Midvalley, baru ku ajak member melawatnya. Bantu apa yang patut, beli apa yang patut dan sumbang apa yang boleh.

Hari yang sama berlaku pada member aku di tempat yang sepatutnya dimuliakan, diangkat martabat. Tempat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menginsafi diri dan bermuhasabah - SURAU. Ketika ini kawan aku ni berhajat menunaikan solat Asar di surau salah sebuah pusat membeli-belah. Sebelum mengambil wuduk, matanya bertembung dengan seorang wanita bertudung dan mengandung sedang berehat di satu sudut. Mungkin untuk melepaskan lelah maklum ibu mengandung tentu mudah lesu dan penat. Pun dalam hati kawan aku ni sangsi juga, kenapa la mata dia ni liar semacam

Benarlah, kata hati selalunya jujur. Tak lama kemudian, heboh seorang wanita kehilangan beg. Rupa2nya beg itu lesap bersama2 si wanita mengandung ini tadi. Sedaya upaya member aku membantu dengan cuba menghubungi handset wanita malang itu tadi. Sekali percubaan, ada nada deringnya, kali kedua sudah ditutup. Bijaknya wanita panjang tangan itu menyelamatkan diri. Maklum sudah biasa.


Yang menjadi persoalan betapa beraninya dia melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah Allah. Tidak takut perhitungan hari kemudiannya. Kerana ingin senang, dosa pahala ditolak ketepi malah si pencuri rela menurutkan kata nafsu daripada takutkan balasan Allah. Lebih sadis, kata kawan aku ni, wanita malang kehilangan beg itu rabun. Begnya itu bukan saja mengisi dokumen penting malah cermin matanya. Mujur dia datang bersama kawannya, boleh juga dijadikan 'mata dan kakinya' kalau tidak, apalah yang akan jadi pada wanita itu...wallahuallam.

Kisah ketiga melibatkan rakan seofficeku. Ketika berkunjung ke galerinya di sebuah perumahan di Bangsar untuk menonton pameran karya seni sorang teman aku diberitahu mengenai insiden rompakan di rumahnya itu. Simpati aku mendengar cerita dia kehilangan beribu-ribu ringgit angkara kediamannya itu diceroboh perompak. Sebuah kereta, lap top, cash dan macam2 lagi.

Tapi, bagi aku elok lah dia turutkan permintaan perompak itu daripada kehilangan nyawa. Ngeri aku mendengar cerita rakan serumahnya yang diugut kelar leher dengan gergaji, seorang lagi rakan dipukul di belakang manakala dia dihentak di kepala.

Aku dapat bayangkan situasi yang mereka alami. Aku dapat selami trauma dan kesengsaraan yang dirasai kerana aku juga pernah merasa semua itu. Aku pernah diragut dan disamun dua kali. Masih terbayang kilat mata pisau yang hampir membenam ke kulit pipiku. Berdesing bunyinya dan kalau boleh aku tak mahu menempuhinya lagi. Mintak dijauhkan Allah.

Perkara begini membuatkan aku tak henti berfikir. Salah siapa? Masyarakat yang makin tamak haloba atau penguatkuasaan undang2 yang sangat lemah. Ketika ini, kalau aku diberi peluang membuat cadangan, ingin aku menyarankan agar hukum HUDUD digunapakai. Bukankah undang2 ISLAM yang paling adil, telus, berkesan dan menginsafkan di dunia? Itu kalau aku lah...entah apa pula yang difikirkan orang lain. Tapi, aku berharap sangat musibah sebegini dapat dielakkkan demi kesejahteraan semua. Moga doaku dimakbulkan Allah

Thursday, November 20, 2008


Elly...bagi mata bebudak aku, Elly ni le yang paling comel masa tu

Elly & Jools dan kenangan

ELLY & JOOLS

This Australian comedy-fantasy series began as a family called the Trevallers moved from the big city to take charge of a rural coaching inn called the "Help Me Through the World." At first disgruntled over having been uprooted, 13-year-old Julian "Jools" Trevellar (Clayton Williamson) was delighted (sort of) to discover that said inn was haunted by a teenaged ghost, 19th century lass Elinor "Ellie" Lockett (Rebecca Smart). Since only Jools could see or hear Elly, it fell upon him to help the restless spirit solve her long-ago murder. Featured in the cast were Anne Tenney and Peter Fisher as Jools' clueless parents, and Dennis Miller, Damon Herriman, and Vanessa Collier as their zany rustic neighbors, the O'Farrells. The 12-episode Elly & Jools made its Australian TV bow in 1989. ~ Hal Erickson, All Movie Guide

Ketika suka2 melayari laman web, terserempak dengan sipnosis siri Elly & Jools...one of my favourite tv series masa bebudak dulu. Memang masa tu masih hingusan, dok gila bermain teng2, aci ligan, congkak, combat (main perang2 kata bebudak dulu) dan ke hulu ke hilir dok kelek Barbie Doll. Tapi bila saatnya, siri ini keudara, jangan memain woi...semua tu aku tinggalkan, asyik terpaku je depan tv.

Masa tu, aku rasa series ni paling sedih di dunia. Meskipun, ubun2 masih lembut, aku dah faham peri peritnya cinta terhalang. Alam manusia dan dunia hantu memang tidak pernah bersatu. Namun, kerana cinta tak mengenal rupa, darjat malah status, maka kasih tetap terjalin. Sayang tetap menyatu walau janji lebih banyak yang tidak terucap dari dikotakan.

Sedihnya, melihat Jools yang terpaksa melepaskan Elly pergi semata2 tidak upaya hidup bersama. Aku faham lara hati Elly yang bertahun2 sunyi tanpa kawan. Berpuluh2 tahun dia menunggu hanya untuk berkongsi rasa dan cerita. Setelah berjumpa, malangnya takdir tidak pula membantu.

Entahlah, aku berharap tidak menjadi seperti Elly yang lara mendambakan Joolsnya...biarkan kisah itu berlalu, biarkan hikayat itu ditelan waktu, seiring dunia kanak2 yang sudah ditinggalkan

Dua-dua malu

'Fahrin malukan saya'- kata Linda Onn di muka depan Harian Metro 20 November 2008. Hai, dulu reda sekejap cerita pasangan host Sehati Berdansa yang pernah menjadi 'teman tapi mesra', tup2 bertsunami semula. Hai, tak habes2 lagi ke memukul canang, udah2 le tu...tak takut ke lagi banyak cakap, lagi terbuka pekung di dada. Terlucut segala rahsia yang cuba ditutup selindung.

Perkara kecil selagi boleh disorok patut dikunci rapat. Alah, setakat kena tengking masa rehearsal apa jadi hal Linda oii...buat tak tahu sudah lah, habis2 lari jauh2 sekejap...dah surut bengang tu, mulakan kerja semula..hah! thats profesional..tak usah le mengadu dumba, mahukah pihak ketiga bersimpati? Silap2 yang keruh bertambah hitam pekat.

Maaf ye, peminat Linda. Bukan aku nak menyebelahi Fahrin tapi rasanya cerita2 macam ni cuma gaduh anak2 kecil berebut guli. Walhal masing2 dah besar panjang. Kononnya, nak redakan otak dari cerita pergolakan politik, hal Kak Fidah, Kak Ijat dan Kak Kamilia...hai, rupa2nya si Linda-Fahrin pun nak tumpang menyelit...bikin wara-wiri juger...at least, boleh naikkan saham diri ye tak, buat le apa yang patut

Cupcake

Khamis. Deadline. Semua kerje dah dibereskan untuk seminggu ini. Sekarang, melangut tak tau nak buat apa. Wah, miracle world of disney...sebab Khamis selalunya tak pernah mahu bertolak ansur. Inilah rahmatnya siapkan keje awal2 agaknya.

Pukul 3.00 ke Gombak lagi, photo shoot untuk story cupcake. Hai, malasnya, serasa 'mengembara' ke hujung dunia. Tapi, apakan daya...tak rajin, tak ada lah story. Sebut pasal cupcake ni, tekak meragam inginkan yang manis2 (walaupun breakfast tadi dah pulun nasi campur + 2 ketul popia goreng dan 1 biji pisang)...hesss, ni makan alas perut ke menambah lemak di perut.

Selasa itu hari, berpeluang shoot cupcake bersama KakVee...hai macam beritma plak. Cupcake Kak Vee..selepas shoot, dibekalkannya sekotak cupcake pelbagai perisa dan rupa. Ada blueberry, coffee, strawberry dan macam2 lagi...mmm...sedapnya cupcake Kak Vee...kalau nak tau sila order The Cupcake Kingdom - Vee ( 012-3549816). Lepas ni Kak Vee kena bagi komisyen, sebab baek punya promosi ni..tapi ye pun, cupcake Kak Vee memang sedap. Cukup segala manisnya....tak mual dan sekali makan, mau dua tiga kali ulang...

Terlintas juga nak membuat cupcake di rumah tapi belum cukup bahan dan peralatan. Untuk semua, aku perturunkan le satu resepi yang aku jumpa di http://cupcakeblog.com/. Cuba la, mana tau jadi...

White Chocolate Frosting
7 ounces white chocolate, chopped1 stick (1/2 cup) unsalted butter, room temperature1 package (8 ounces) philly cream cheese1 teaspoon vanilla~2 cups powdered sugar
1. In a heat proof bowl over a pan of simmering water, gently melt the white chocolate. Allow to cool for 10 minutes or so.

2. Using an electric mixer, beat the butter at medium speed until creamy. Add the cream cheese and beat until combined.
3. Beat in the melted white chocolate.
4. Add the vanilla and 2 cups of powdered sugar and beat at low speed, scraping the sides and bottom of the bowl, until light and fluffy. Add more powdered sugar to arrive at the consistency and sweetness you like. 2 cups worked for me.

Assemble
1. Fill the cupcakes with the plum filling using the cone method.
2. Garnish with sesame seeds.

Cuba la, mana tau menjadi...kalau cantik elok adunannya, dan enak pulak rasanya, jangan lupa hantar ke sini satu yek...nanti kita buat penilaian hehehe

Tuesday, November 18, 2008

Terkena

Sedang aku dok mengaminkan doa menaiki kenderaan, tiba2 cermin keretaku diketuk orang..."Sis, what happend to you? Are you ok?" Terjengul wajah risau Che Wan, jejaka bermata kuyu. "Aku ok lah, tak de apa2...,"belum hilang terkejut, aku menjawab. Ye lah, mau tak terkejut, ntah dari mana2, alih2 dah ada kat sebelah.

"Really, i saw ur crying," Pulak dah Che Wan ni...sampai ke situ plak. "Tak de lah..". "Aku tak percaya..."katanya lagi. Wah, dia nak sangat, aku pun mula le berdrama..syok pekena orang pepagi nih...hehehe aku bukannya baik sangat.

"Hidup ada pasang surutnya Che Wan...kita tak selalu bahagia," Kataku dengan wajah paling sayu aku boleh buat. Hambik ko. Dengan muka yang sangat perihatin dan sayu dia menelek setiap inci wajah aku...."See, patut le mata ko bengkak..,"katanya. Hahahahaha...dia tak tau mata aku bengkak ni sebab semalam menangis sakan tengok ending cerita Korea favourite aku tu yang sangat le menyentuh hati...bereya2 aku nanges..apa la cengeng..tapi memang...kalau korang nengok, aku gerenti sekotak tisu habes...

"Cakap kat aku apa masalah ko...selagi aku ada kat sini, aku tolong. Kang aku tak de sape nak tolong ko,"amboi luluh aku mendengar suaramu Che Wan...hahaha...sekali dengar cam dialog filem Korea, dua kali dengar cam drama melayu balik.

"Ko nak kemana? Ko dapat keje lain...alamak ko nak berenti,"kalut gak aku...aku tau le Che Wan tu orang bisnes...anytime dia buleh chow...

"Ye..."alahai sayunya wajah Che Wan. Matanya yang kuyu tambah layu. Sampai nampak lentik bulu matanya.

"Memang aku akan pegi...aku akan masuk opis sebentar lagi sebab aku belum report kat OC lagi..." cisss....terkena aku...hambik ko, nak kenakan orang, tup2 sendiri yang terkena.

Selepas itu, aku tak tau sama ada nak betul2 menangis atau pecut keter terus belah...dan, senyum Che Wan makin lebar...hampeh

Saturday, November 15, 2008

Sunyi dalam riuh

Hari ni nak jumpa Menteri Pertanian..pc penyerahan memorandum Pertanian Sahabat Alam Malaysia (SAM) kepada Pak Menteri. Assign kol 11 tapi aku sampai opis awal sangat. Kol 9pagi dah tercatuk. Ada le sorang abang BH Online and En Azran, boss Central. Aku ngan dorang dah macam Bermuda Triangle dah hehehe...tiga segi..jangan cinta tiga segi dah le...hisss tak sanggup aku...

Boss aku pun tak mai lagi...ari Sabtu memang cam ni...opis macam dilanggar geruda...lengang je...sama ada bebudak kat sini assignment pagi atau dorang rasa cam malas sket nak ke opis hujung2 minggu...cam ni le senarionya ari Sabtu...tunggu le petang sket..happening le nanti...masa tu masing2 tak menoleh..ketuk ketak menaip...dah print...bila editors meeting tentukan page & headline...angkat beg pelan2....cabut hahahaha tak senonoh tul ler...

Itu le..ada yang suka keje arin Sabtu, tenang katanya...ada plak yang boring (cam aku hehehe) sebab aku ni suka jamu mata nengok gelagat orang...suka berada di tempat riuh rendah sebab dalam keriuhan aku boleh dapat privacy...pelikkan? Tapi itu la...aku ni jenis yang senang 'bina kubu' dan boleh plak robohkan kubu tu bila2 masa aku suka...macam susah nak paham jer...hahaha merapu tul pepagi ni..key, nak chow jumpa pak menteri tani...

Tuesday, November 11, 2008

Belahan Jiwaku...

Entah kenapa aku suka benar memandang dirinya. Melihat redup matanya, bagai ada air syurga mengalir ke jiwa. Sesekali telinga ini menangkap suara garaunya, bagai dia melagukan ayat2 cinta. Seolah lenyap rindu bertahun. Seolah terubat kekeringan jiwa.

Aku suka memerhati gelagatnya. Cara sopan pertuturan, gayanya melangkah, sesekali dia mencuri jeling padaku malah acapkali gurau sendanya menarik-narik hatiku untuk sama bercanda dengannya.

Dia sederhana namun mampu menawan hati. Dia pendiam namun boleh mencarik naluri. Dan, setiap kali dia berkerut memikirkan kerja dan urusannya, aku bagaikan terheret sama. Ingin terus membantunya merungkai masalah.

Dia muncul sesekali namun berkesan di hati. Jelingannya membuatkan hatiku berbunga suka. Perhatiannya membuahkan rasa dan senyumannya bagai matahari mengembang. Menyebarkan sinar seluruh alam lalu menyuluh hati.

Apapun dilakukannya manis di mataku, indah di jiwa dan mindaku. Sesungguhnya dia berjaya bertapa di hatiku...dia satu2nya lelaki yang berjaya menerobos tembok hatiku...dia lah So Jiseop..I'm Sorry, I Love You...hahaha terkena nampak...jangan maraaa aaaa...

Saturday, November 8, 2008

Dugaanku - Ning Baizura

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini

Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

AKU- Kenapa la banyak sangat lirik lagu ni ye...lirik lagu suara hati, lirik lagu juga cetusan rasa. Bila bibir beku kata-kata, hayatilah baitnya pengganti diri. Kuasa pena menterjemah seribu makna, mengungkap luahan naluri terpendam. Tak perlu gurindam, tak perlu seloka, cukup sekadar berangkap lirik

For Your Eyes Only



So Ji Seop/ So Ji Sub...hahaha this is my obsession for rite now...

Dingin- Ziana Zain

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rinduP
ada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam khayalan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

*chorusDinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa jua rai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku genggamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

oo hooo ooooo…

AKU- ni le lagu yang aku dok gila2 sangat. Selalu sangat berkumandang kat Sinar.fm..lama2 jadi sedap lak..berhantu tul

Relaks Sekejap

Sabtu datang lagi...silih berganti tanpa mengira musim...Oktober berlalu membawa bermacam2 episod, episod menjengah memohon kenangan untuk dicipta. Ini detik terbaik melakar episod gembira dalam hidup, bukan mempalit noda dan mencakar hati orang lain.

Aku makin gembira di sini, di tempat baru yang rupa2nya menjanjikan kenikmatan dan ketenangan. Aku bersyukur ya Allah kerana diberi petunjuk untuk membuat pilihan tepat. Rakan2 baru yang menyeronokkan, suasana kerja yang menggalakkan, bos yang memahami dan berkredibiliti, pendekata menjanjikan yang muluk2 dan mententeramkan jiwa belaka. Biarpun, kadang2 sibuknya mencengkam, meskipun kadang2 terasa ingin memohon kepada Yang Maha Kuasa ditambahkan jam dan minit setiap hari namun secara keseluruhannya aku lebih ceria di sini. Mungkinkah kutemui cinta di sini? Hahaha no komen kerana masa depan belum tentu.

Jumaat semalam bertemu Kak Lyn, setelah sekian lama berjanji dan berjanji, baru kini mampu dilaksanakan. Melepak di White Town Coffee bercerita dan bersantai memang mengasyikkan. Berbicara dari hati ke hati membuatkan aku bersyukur dengan kehidupan ku sekarang. Terima kasih Ya Allah, sekian lama menderita dilorongkan jua jalan bahagia. Aku akan terus berdoa dan memohon rahmat dari MU...aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMU...

Satu perkara yang aku perasan, hidup kat sini memang variasi berbanding ketika bekerja di sebuah majalah deko di Klang Lama. Di tempat lama dulu, aku selalu mengira hari dan cuti. Masa terasa bebeno lambatnya. Kadang2 nak menunggu sampai enam petang tu its like being tortured. Then, kol enam memasing macam anak ayam keluar kadang, berhamburan (maklum le bukannya ada OT pun..). Menjelang 6.30pm, opis dah macam kawasan perkuburan. Senyap dan sunyi. Tak macam sini, kol 11pm malam pun masih cam awal pagi hahaha...kekadang aku terpikir gak, yang mana ada anak isteri tu, tak ingat rumah kah? Dalam seminggu berapa kerat la si anak bersua muka ngan si ayah ye? Maklum, dah balik lewat malam tentula si anak dah beradu. Tapi, they seem exteremely happy...i can see from their face..ni baru betul, bekerja lah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi....

Hai kalau nak cerita...kalah hikayat seribu satu malam. Setiap hari ada saja perkara baru yang menyeronokkan dan kadang kala boleh gak mengharu birukan hidup...hahaha..this is life babe.