Thursday, February 14, 2013

Sahabat dan kenangan, manis namun tidak mungkin berulang

Semalam dalam sejarah, berjumpa sahabat sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak berjumpa. Sedang enak bersembang dengan seorang teman di salah sebuah restoran makanan segera di PJ, tiba-tiba ada satu suara menyapa.

Dia: Bennie!
Sepantas kilat aku menoleh, kuperhatikan lama. Berkerut2 dahiku mengingat, siapa lelaki ini? Seminit dua minit berlalu
Dia: Kau tak kenal aku lagi? Kawan sekolah rendah ni...
Sumpah, bukan aku sombong tapi memang aku benar2 tak cam dia...memang tiada langsung bayangan wajah sepertinya dalam kotak ingatanku
Dia: Aku la Hazrizal (beriya2 dia menekankan nama itu)
Aku: ooo budak nakal...(hah! Spontan keluar perkataan itu, tanpa niat melucur laju)

Aduh, betapa kecilnya dunia, kecil sangat. Memang dah bertahun2 tak bertemu dia tetapi kenapa berubah sangat? "Aku dah tua," jawabnya..habis aku? hahahaha...siapa sangka budak lelaki yang berkulit putih dan cute-mute kini sudah separuh botak dan muka dewasa amat...tapi, itu tak penting, yang paling penting dia kini sudah bergelar usahawan berjaya dan dalam kantungnya mmmm puluh ribu K sebulan ye...tak macam aku yang masih dok makan gaji, tiap bulan duit bagai angin lalu, tolak itu-ini tak berapa sen dalam genggaman.

Rupa2nya dia dibawa oleh seorang rakan bagi melorongkan jalan kepadaku. Terima Kasih ya Allah, ini aku ibaratkan pertemuan 2 in 1 !. Bertemu sahabat lama dan peluang mengubah nasib. Peluang yang Insya Allah, menjanjikan kebahagiaan yang aku cari2 selama ini.

Riuh kami bercerita perihal sekolah, membuka jalan kenangan yang sudah lama aku tanam. Sempat pula dia menunjukkan potret mulus dan muka suci kami zaman sekolah. Zaman kanak-kanak..

"Ini lah Bennie, dia memang lain dari yang lain.." giatnya.
"Macam mana kau boleh kenal lagi aku, tak berubah sangat ye?" tanyaku musykil. Tipu lah kalau kata muka kita tak terusik langsung dek perubahan usia. Zaman sekolah rendah hingga dewasa sekarang, tentu ada perubahannya.

"Aku kenal sangat dengan kau, cara bercakap pun masih sama," tekannya, mengundang hairan sahabat nan seorang lagi. Maklum, mungkin pada dia aku seorang yang serius kerana selalu menunjukkan riak muka tegas..

Hahahaha aku gelak besar. Sempat lagi aku menyelongkar cerita lama dengan niat mengusik, "Ala dulu2 tu kau bagi kad raya, selit dalam buku maths aku kan? Bila nak buat homework dan buka buku teks, tiba2 jatuh sekeping kad. Yang aku tak tahan, siap tulis 'pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas," dan ketawa kami sabung menyabung.

"Ala, korang jahat, korang tolak aku sampai jatuh pokok dan patah tangan kan?" dia menyambung.

"Ko yang nakal, kau bergayut kat pokok tu..hayun punya hayun, jatuh berdebuk. Ingat, kami yang bawa ko jumpa cikgu ye sebab kau menangis tak renti2," gelak lagi.

"Ala, budak darjah dua, mestilah sakit kalau kena macam tu," sambungnya..

Aduh, banyak betul yang ingin dibicarakan. Tetiba kenangan segar di ingatan dan tiba2 aku terasa seperti kembali semula ke era itu. Kala aku bertocang dua dan seronok bermain dengan kawan-kawan tanpa mengira warna kulit, jantina dan latar belakang hidup (kenapa sekarang tidak boleh begitu ye..kadang2 hal politik bisa membuatkan perpaduan lebur dan perhubungan hancur)

Seronok memang seronok sampai tidak sedar waktu menganjak ke pukul 12 malam. Dan, hampir dinihari kami beransur pulang, senyum meleret membawa kenangan manis yang tidak mungkin berulang lagi. Sesungguhnya aku amat rindu dengan kenangan itu.

Wednesday, February 6, 2013

WRITER'S BLOCK!

Tanyalah mana-mana writer pun. Suku-sakatnya reporter, novelist, blogger dan sebagainya, mimpi ngeri dan ancaman paling menakutkan adalah WRITER'S BLOCK! Patutnya ada satu nama untuk penyakit ini.

Simptonnya; fikiran kosong atau ada juga kes berserabut hingga langsung tidak boleh menjelmakan ayat-ayat menjadi cerita. Andainya mata ini ada kuasa, pasti sudah berlubang skrin komputer ini ditenungnya. Puas bangun duduk meregangkan otot, puas berkisar duduk namun otak masih juga bejat, beku, kaku, kelam!

Puncanya: Buntu memikirkan skop, pening mengolah cerita, mana satu sesuai dijadikan intro, mana tengahnya dan mana pengakhirannya. Kekurangan bahan dan info namun berlaku juga kes, sulit menulis kerana dilonggokkan terlalu banyak info. Jadi, mana yang patut digunakan, mana pula patut dibuang. Sesetengah reporter menghadapi kesukaran menulis cerita di luar bidang dan kepakarannya; misalnya Meja General terpaksa menjadi bidang terjun menulis ekonomi, atau daripada Meja Wanita mendapat arahan bertukar ke Meja Sukan. Sekurang-kurangnya perlu mengambil masa enam bulan wooo untuk belajar balik. Untung enam bulan, ada juga yang setahun masih pening-pening lalat lagi.

Ada juga yang dihinggapi Virus M..M.A.L.A.S..hah yang ni tak boleh buat apa lah..macam situasi aku sekarang. Duduk berteleku di meja ini..setelah dua tiga kali melayari personal emel, facebook dan entah apa-apa lagi. Memandang ke luar jendela kaca menelah cuaca; hujan, tak hujan, hujan tak hujan? Empat lima kali selak, belek dan baca paper, tukar susun atur barang-barang yang entah apa-apa di atas meja ni. Namun, nampaknya tak boleh juga bantu, hah, mulalah rasa nak bertempik, biar bergema sampai ke langit ketujuh!!!

Aduh, seksa sangat seksa..betul lah kata seorang sasterawan, menulis adalah derita yang bahagia. Aku sedang dilanda derita, sedang menunggu saat bahagia menjelma. Huh, bagai berkurun rasanya..

 
Syokkan kalu saat2 'kritikal' begini dapat terbang ke Pulau Nami, duduk bersantai di pondok itu menikmati kesyahduan mulus salji...huhuhu


 
Atau ke Trang, Thailand menyelam ke dasar laut berwarna zamrud sambil bermain dengan ikan pelbagai warna.. 

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Baru

Wow! Ingatkan termasuk rumah orang lain, rupa2nya 'rumah' aku sendiri. Thanks kepada adik saya Nua yang sangat kreatif membantu mencantikkan blog saya..hamboi, dik banyaknya Hongki..HONGKINSME katanya...
Apapun, thanks noona really appreciate it..ia buat noona lagi bersemangat untuk menulis (hahaha ye ke? entah2 hangat2 tahi ayam tak?) tapi, harap2nya tidak la...