Jumaat. Opis sedikit tenang kerana ramai yang dah mula bercuti. Boss cuti almost 2 weeks, Angah dah ke Korea semalam. Sebelum ke waiting hall sempat juga dia sms 'Bye Kben'. Ala, enjoy je Ngah, jangan pikir banyak sangat, 'Superman' awak kat sini tak kemana hehehehe...
Jumaat pun macam memberi ruang kepada ku untuk muhasabah diri. Oleh kerana semalam deadline dan semua keje sudah dibereskan, sempat le aku menarik nafas sebelum kembali sibuk petang ni dengan penghakiman Rumah Idaman. Aku rasa cam ni le schedule aku sehingga tiga bulan berikutnya. Lega cuma berdebar menunggu keputusan reshuffle. Ada yang bakal kehilangan kawan, ada yang bakal berhijrah ke tempat baru, ada yang bakal menikmati kenaikan pangkat, ada yang bakal menceburi nature of work baru. Macam2 baru lagi la. Semua orang buat2 relaks, semua orang tertanya2 dan tak kurang membuat spekulasi. Aku harap keputusan bakal keluar menyenangkan hati semua orang. Memberi keberkatan kepada semua orang.
Apa lagi nak kucerita ek...tetiba macam buntu plak, entah kenapa macam kekeringan idea. Oh ye, nampaknya aku terpaksa melupakan sambutan Aidil Adha di kampung sebab aku cuma diberi cuti dua hari saja. Tak berbaloi rasanya meredah jam, tubuh lemah lesu tetapi terpaksa kembali awal ke Kuala Lumpur. Mujur, aku dapat cuti 3 hari the following week, merasa la gak serdak2 biskut raya. Hai, mak...buat kuih raya jugak ke? :)
Tahun ni aku merancang sambut dengan Kak Lyn saja la...kesian dia...logik ke tidak cuti tahun dia cuma 7 hari. Tak penah aku dengar lak ada company yang terlalu berkira sangat macam tu. Even aku setelah berbincang ngan second boss (boss aku cuti maa...) dia izinkan kalu aku nak sambung cuti dengan syarat ada stock..ini kan pula Kak Lyn yang bekerja dengan sebuah construction company. Macam la Hari Raya dok ada orang bertukang buat bangunan, macam le kerje penyelenggaraan jalan raya berlaku sepanjang masa. hisss..hantu raya je yang sanggup keje 24 jam.
Dah dapat kelonggaran boss, semangat pulang ke kampung kembali berkobar2 namun memikirkan janji bersama Kak Lyn terpaksa kubatalkan hasrat yang meluap2 tu. Bukankah janji harus ditepati? Lagipun, pada mak dah kukhabarkan aku akan beraya di KL saja. Sian Kak Lyn ditinggal bersama babynya...husbandnya dah balik ke Sarawak bersama2 anak2 yang lain. Tak pe la belajar berkorban sket, sesuai sangat ngan konsep Hari Raya Korban kan? :)
Kepada teman2 blogger Intan bekas maduku...hehehe, Cik Siti, Fiza, Nazmi, Cik Ton (walaupun dah berstatus Puan kan?), Cik Liza Snoop Dog (dia ni memang minat abes ngan si Rapper ni...) , my luvllyyyyyy fren, Cik Elie dan Angah (walaupun di Korea, tetap kutulis namamu k...) Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga mendapat barakah di Hari Mulia :)
Buat yang tersayang...opssss....hahahaha...lupakan saja...the end. Titik.
3 comments:
the and..titik...cam gitu je ke? ayat tergantung tu.. nape la tak ucap je ben..jgn di sorok lama2 di kebas org...hehehehe...sori my dear..Selamat Hari Raya Aidiladha..
biarlah masa menentukan segalanya..cewahhhh..
masa tak tentu hala...jangan ikut sangat waktu jam tu...tu propaganda orang putih...haik!aper aku cakap neh!hehehehhe
Post a Comment