Wednesday, December 31, 2008

5 jam yang ngeri

Semalam tercatat sejarah ngeri dalam hidup aku. Episod buruk penutup 2008. Apa dianya? Hahaha cerita banyak tarak guna. Kisahnya, aku terperangkap atau dengan kata mudahnya, terkunci dalam bilik air selama 5 jam..hambik ko 5 jam dari pukul 8 malam sehingga 12.15mlm baru dapat menghirup udara segar di luar. Itupun, setelah diselamatkan oleh bomba. Mak malu nook, tambah2 mak berkemban ketika itu.

Nak jadi cerita, housemate plak belajar ngaji dan akan pulang menjelang 12 malam. Mula2 aku cuba tidak panik, cuba buka perlahan2 sebelum kurentap kasar tombol itu. Malangnya, pintu bukan saja tak bergerak malah makin kejap. Sebaliknya, aku plak yang sakit2 badan, terkoyak kulit tangan dan berpeluh lebat biarpun seluruh tubuh sudah dibersihkan.

Tak ada cara lain, tinggal di situ tak ada siapa yang tahu atau menjerit (housemate ku kadang2 ada agenda tidur rumah kawan...selalu dia sms dulu) tapi macam mana nak tengok msg sedangkan handphone berada di luar. Nak memanjat jengah tingkap, tak ada langsung bangku atau tempat berpijak. Akhirnya aku terbalikkan baldi untuk dipanjat.

Dekat sejam setengah menjerit baru ada hamba Allah yang perasan. Itupun, kebetulan dia ingin mengampai kain dan baru je pulang ke kampung. Nak harap jiran sebelah atas dan bawah (rumahku apartmen) semua pulang kampung. Terima kasih kak Rahani yang bersusah payah membantu dan menghubungi sana sini ( info terbaru rupa2nya dia polis bahagian siasatan jenayah). Dia lah penghubungku dengan keluarga di kampung dan dia jugalah yang menelefon dan sms Ram (housemate ku..). Nak jadi cerita handset si Ram battery weak..masak aku...dah tiga jam di bilik air sampai terbersin gara2 kesejukan.

Akhir sekali kak Rahani menjerit, "Dik...standby bomba on the way," alamak, macam mana ni aku berkemban. "Tak usahlah kak, saya malu,", "Tak de cara lain, kawan adik tak de respon," ujarnya tegas. Mahu tak mahu aku terpaksa. Perut plak berkeroncong.

"Dik, pecahkan pintu tu,"jerit sepupu kak Rahani dari tingkat 2 (aku di tingkat 3). "Tak de apa2 dengan saya ni..cuma ada botol shampoo," maka aku terpaksa menunggu lagi.

Hingga akhirnya aku diselamatkan. Dua abang sepupu dan kakak sepupu ku datang sekali. Mak aih, berkemban je aku. Thanks kak Rahani yang kelam kabut membawakan kain batik, dia fikir aku mandi arab.

Hiss tragik sungguh. Sampai panggil bomba segala. Pertama kali dalam hidup. Lucu ada, takut ada, ngeripun ya...serik mak...aduh apa la malang...

15 comments:

hafizahiszahanid said...

hahahahah.. sorry aku terketawa..
aku nasihatkan ajaklah si Aqasha tu jadi housemate lepas ni...
at least adalah orang boleh selamatkan !

ennieva fauzi said...

alah..silap2 aku plak yang kena jaga si Aqasha tu ha...ko memang suka ketawakan aku...aku tau

Cikgu Liza said...

Sorry sebab saya pun sambil baca, sambil gelak.Ngeri jugak kan kalau la tak ada sesiapa yang dengar jeritan..

CS @ Mama AA's said...

ini cerita memang jadi ingatan sampai tua kan?
hehe... nnt leh cite ngan anak cucu huhu

ennieva fauzi said...

memang betul pun...masa terkurung tu terbayang gak satu headline .."mayat reput ditemui"..terus seram sejuk..mintak la dijauhkan ye...

rynas said...

iskkk ngeri citer ko nie ben...wpun kdg2 cam lucu juga. sib baik akak tuh dengar jeritan ko kalau tak...eehhmm sampai ke pagilah kot ko dlm bilik air..iskk..iskk moralnya pasni bawa hp ke mana-mana

ennieva fauzi said...

itu le tie...ingat nk gantung kat tengkuk je lepas ni..serik dah huhuh

kiranajoe said...

kesian awak...walaupun kedengaran macam lucu tapi citer ni patut jadi iktibar.sebab malang memang selalu tidak berbau...

p/s: teringat hp berdering kul 1 pagi, nasib tak tido lagi...dgr kak ben meluahkan rasa...saya simpati tapi tak mampu buat apa2

MummySuri said...

huaaa ben, misteri tol bilik air rumah uols. lepas ni mandi jangan kunci pintu...atau bukak je pintu bilik air tu...

Anonymous said...

hehehhehheheh sorry aku kesian tp aku gelak dulu hehehhe
sungguh sadis...bab bomba tu aku x thn heheehhe.

kalo ko nak tau kisah ni jd baru2 ni kat husbnd aku ... dr tombol tu elok direntap terus xleh..siap berlubang..tp xleh bukak jgk.. aku dh la dmm.. terpaksa gk bangun carik rakan tertangga tlg bukak kan.. jenuh jgk la hempuk ngan lesung batu :p

ennieva fauzi said...

hahahaha...cik liz..rumahku memang sungguh misteri..

Tun...tak de ke alat lain yang lebih canggih dari lesung batu...hahahah lawak juger

Anonymous said...

hehehe ben itu jer la yg aku rasa berat :)
penukul paku aku x tau kt mana

Lily Haslina Nasir said...

wei... wah tak sangka ada istilah mandi arab ye! tengah gelak guling-guling ni....

ennieva fauzi said...

kak lily..saya selalu buat hehehehe

raihanah said...

Kesian ada, kelakar pun ada, tapi mujur ada orang sedar diri awak terkurung, kalau tak kena tunggu sampai kawan-kawan balik rumah.

first time dengar mandi arab.
turkish bath adalah...