Pabila kutetap satu tekad, hati ini menjadi sekeras batu. Tidak mungkin berpaling dan menoleh lagi. Pabila hati ini sudah bulat, segala keputusan tergenggam dalam tangan. Pabila hati ini telah reda menerima, kata pujukan tidakkan bermakna lagi.
Aku telah buat satu ketetapan, aku telah buat satu keputusan. Tiada apa yang boleh melenturnya lagi. Aku rasa senang sekarang, hati tidak lagi walang malah hidup menjadi lebih gembira dan bermakna. Aku terima kelemahan diri, aku akur seadanya kekurangan diri. Kini, aku gembira merancang hidup.
Diari kehidupan kususun satu persatu, bukan setakat setahun dua bahkan menjangkau ke penghujung nyawa. Aku bukan pemikir agung (bukan ye Ngah..ingat tu :) ), aku bukan terlalu merencana hidup tapi ini perlu kulakukan sebagai persediaan hidup. Menempuh hari mendatang yang penuh kisah.
Semuanya bermula di tahun hadapan, semuanya pasti berlaku andai perancangan berjalan lancar. Aku sudah tekad, azamku sudah bulat. Tiada apa yang bisa meranapkannya. Pintu hati telah kututup rapat. Kuncinya ku buang jauh-jauh agar tidak ketemu lagi. Aku redha, aku gembira sekarang. Hatiku kembang berbunga, segar bagai dalam taman syurga. Syukur, jawapan telah kutemui lewat pencarian seumur hidup...
7 comments:
"Syukur, jawapan telah kutemui lewat pencarian seumur hidup..."
Menarik nih... aminnnnn.
hahahaha....mungkin boleh jadi menarik, mungkin juga tidak...
moga berita yang menarik..bakal dikongsi bersama kwn2 yer...
hahaha...belum tentu menarik bagi sesetengah orang, tapi bagi aku itu yang terbaik Tie...
wpun aku x tau apa...aku doa yg baik2 jerk
ben..aku ternganga mlm tu..kelu tak terkata...minda kosong kejab..apa pun aku akan terus berdoa utk ko..biar nti lagi mewah taman syurga ko...
aku dah nekad Ly dan selepas malam tu aku makin happy..aku rasa mungkin ini yang terbaik kot sebab hati aku rasa macam terlepas dari beban
Post a Comment