Weekly meeting. Kali ini agak tegang sebab selain saling bertukar dan melapor pendapat dan menerima tugasan serta arahan editor, dibangkitkan juga mengenai pertukaran desk dan keluar masuk staf. Alamak, ini lah yang seram sekali maklum dah selesa sedikit di meja rencana.
Bergelumang news cuma hari sabtu pun nyawa terasa di hujung kuku, inikan pula bakal ditukarkan ke situ dan lebih parah diserap ke ceruk pedalaman. Biarpun, tahu ini sebahagian daripada tuntutan tugas namun kengerian tidak dapat tidak terasa juga. Aku doakan yang baik2 pada semua orang. Jangan la ada sesiapa yang terpaksa ditukarkan sebab aku suka sangat ngan team aku yang co operative. Harap biarlah kekal begini untuk beberapa tahun lagi.
Selepas meeting, buntu dan blurry. Hanya abang Azis je yang ghairah menyiapkan storynya. Aku memang cukup puji dan kagum dengan semangat kejenya. Abang Azis kalau dah tenggelam dengan storynya, aku kat sebelah ni pun bagai angin lalu. Jangan harap la nak diajak minum dan bersantai...hahaha bolayan le jawabnya huhuhu...
Tak pe la, aku layan mata meja seberang je la..banyak yang nak ditatap dan dihayati hehehe... biarlah abang Azis 'layan' keje2nya...aku layan blues udah le..:)
No comments:
Post a Comment