Saturday, December 6, 2008

Insiden tanah runtuh

Wah, ari ni aku jadi bidang terjun buat crime stories, pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hai, berkampung jugak la aku di Hospital Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi hingga pukul 5.30. Terkejar2 aku ngan reporter lain, sekejap ke lobi ruang menunggu, alih2 ke bilik mayat, berlari pula ke Jabatan Kecemasan malah sampai ke padang aku turuti, menengok mangsa dibawa dengan helikopter ke HKL. Alih2 yang dibawa pesakit serangan jantung yang kebetulan menyaksikan insiden tanah runtuh. Ceh, hangin tul la...

Perasaan bercampur2. Rasa ingin tahu membuak2, mana ada insiden gempak situ kami tuju. Yang kelakarnya, ada mamat tak berapa sihat meraung dan mengaduh sakit diusung dengan wheel chair. Ingatkan mangsa tanah runtuh, rupanya tangan sakit gara2 menahan lori. Hangin lagi...

Tanpa mengira penat, aku ke forensik plak, tengok Mie ngan Ifwan ready ngan bekalan makan tengah hari ditaja Berita Harian. Sian Mie demam campak tetapi dipanggil juga bertugas. Nasi bungkus ku pandang saja, tak selera nak makan di depan bilik mayat.

Aku tengok reporter lain baik news mahupun tv dok lepak rock, relaks je. Walaupun dah hampir 2 petang, ada yang tak sempat sarapan. Nasib, abang The Star baik ati, dibelikannya karipap. Dia ada pelawa namun perutku sebu.

Yang bestnya walaupun kami reporter tidak saling mengenali malah ada yang baru pertama kali bersua muka namun kami mesra macam adik beradik. Saling membantu. Thanks Affie TV3, Athirah Utusan, Fara Awani, Teng Hock, Jennifer NST dan ramai lagi yang tak mampu kusebutkan kerana tidak lokek berkongsi maklumat bagi yang ketinggalan. Inilah cara reporter bekerja, saling tolong menolong. Kalau ko sombong, alamat jadi kera sumbang lah.

Sebaik dengar keluarga mangsa korban menangis meraung, hati tersayat juga. Namun, kerana tugas terpaksa buat2 tidak paham. Terpaksa bertanya juga demi mendapat maklumat. Terpaksa tebalkan muka mengorek maklumat asal jangan dimaki hamun editor nantinya.

Apabila jenazah dibawa keluar, insaf juga dan mengerti kematian itu pasti. Kita yang melihat sayu dan pilu apatah pula keluarga yang menanggung. Tak dapat suami, ibu dan ayah, saudara dan rakan mangsa dicari untuk secebis maklumat. Ada juga maklumat bertindan, pening juga dibuatnya. Tanya orang itu, ceritanya begini. Tanya pula pada yang lain, versinya sudah berubah. Nak menulis, fakta kena tepat supaya tidak hilang kredibiliti dan paling parah menerima surat saman.

Kembali ke opis, belum sempat melepas lelah, terpaksa mengetuk story. Kepala yang mula berpusing kerana lama berjemur dan tak henti berlari ke sana ke sini, kena tolak tepi dulu. Selesai submitt, baru bernafas sket. Selepas diedit, baru boleh pulang. Aduh, letihnya rutin sehari ini. Harus dapat bantal terus lena macam kayu balak hanyut....

6 comments:

rynas said...

oohhh ko salah sorang repoter yg ada kat HKL yer. Aku tengok kat Tv siannyer...skang rumah diatas bukit yg dikatakan untuk privacy bukan lagi lambang kemegahan. Biar setinggi mana, rumah besar bak istana akhirnya sujud menyambah bumi juga. Lebih kasihan apabila meninggal ditimbusi tanah sebelum rumah sebenar sedalam 6 kaki tempat bersemadi. Al-fatihah untuk keluarga mangsa yang tiada..

INTAN said...

al-fatihah tuk keluarga mangsa...

Ted Baker said...

Wow bestnye jadi wartawan.

Anonymous said...

bennn huhuhu ko tau x, kaw tnh runtuh tu 2km ngan umah aku...aku dah kuar balik beraya...huhu ngeri tul..aku takut duk situ huhu:

MummySuri said...

Abesss??? ben balik raya kg dok??? takpe ben, bonus pasti menanti....

ennieva fauzi said...

To Puan siti: Rumah 7 kaki jugak yang kekal abadi. Di Malaysia ni tak patut ada istilah rumah atas bukit dah sebab kebanyakan bukit kawasan tadahan, tanahnya lembut dan kurang tanah liat. So, sebelum beli rumah tengok dulu lokasi key..

To Puan Intan: Al fatihah, aku kagum dengan Datuk Saharuddin ayah kepada arwah Shaiful Khas. Orangnya tabah dan redha, kami plak cam tak sampai hati nak interview tapi kerana kerje gagahkan jugak la..Al fatihah

To Ted Baker: Best? Mungkin jugak, tapi kalu jadi kes mengejut cam ni atau crime case, kita ni kena buat muka tebal kejar berita, tak de masa rehat dan kadang2 pukul 4 petang, sebutir nasi pun belum masuk perut. Belum lagi kena gagahkan diri tengok mayat depan mata. Tak kuat baik lupakan...nanti teringa2 :)

To Puan Aton: Dapatkan pandangan pakar geologi tempat ko duduk sesuai ke tak..sekarang ni ada aliran pergerakan bawah tanah...kalau hujan lebat selama lima hari berturut dengan kadar taburan lebih 30mm dah kena hati2..

To Cik Suri: Memang kat sini ada bonus tak lama lagi. Paling skit dua bulan diikuti CA dan SG..tapi, aku punya kes tak tau le berapa dapat...dengar2nya tengah bulan ni dapat...doakan aku ek...