Sedang rancak menaip story, tetiba handphone ku bergetar (silent ler)...dari teman lama, messagenya lebih kurang begini , "Awak tau tak editor Jelita yang baru? Boleh percaya tak kalau E...H...." What??? Terbejat sekejap kepala otak aku yang pening2 lalat ni..apakah benar yang aku baca ini? Ataupun kerana terlalu terkejut hingga ku terlupa abjad2 yang membentuk huruf lalu menzahirkan kata2. Atau, aku terkena kejutan maha hebat hingga hilang ingatan. Tapi yang kutau, aku terus hilang punca.
Sebabnya? Wah, sebabnya terlalu banyak. Bukan lah aku mengatakan dia itu tidak bagus walau hakikatnya ayat dia tunggang langgang, kejenya banyak yang ditinggalkan kepada anak buah, arahannya macam2 bagus walaupun sebenarnya tak tau hujung pangkal. Entahlah apa motif dia dipilih? Untuk menggemilangkan jualan majalah atau sebaliknya, merundum terus.
Jangan salah faham ye, aku tidak pernah memusuhi dia malah aku tidak bekerja di bawahnya. Cuma, aku melihat dari sudut pandangan mata hati. Aku tahu setakat mana kredibilitinya. Apatah lagi, dia selalu membuat kawan baikku berhati galau. Sedangkan majalah ditadbirnya sekarang tenggelam punca, apatah lagi hendak memikul satu nama yang cukup besar dan establish seperti itu. Bolehkah? Lihat sajalah...
2 comments:
yezza...layakkah???
entah le cik suri...rasanya awak lebih tahukan?
Post a Comment