Tanyalah mana2 reporter, apabila tiba giliran bertugas pada hari sabtu namun tidak tersenarai dalam jadual assignment, pasti rungsing dan sengsara. Rungsing kerana diam di office dan memikirkan follow up. Runsing kerana harus terus mencuba dan mencuba mendapatkan interview. Dengan apa cara sekalipun.
Mendail talian peribadi memang senang, dua tiga dering pasti diangkat. Namun, untuk mendapatkan kerjasama dan komen mereka bukan perkara mudah kerana perlu ada seni memujuk. Dan, hari minggu bukan semua orang sudi melayan kita. Walaupun, mulut semanis gula2, pertanyaan dijawab dengan bicara sesopan boleh (itupun, kalau yang ditanya tidak kontroversi dan menyentuh sensiviti...kalau tidak dihambur maki hamun jugak), namun faham sajalah tak siapa suka hujung minggu diganggu orang. Terutama golongan wartawan yang terkenal persistent dengan tagline tersohornya 'by hook or by crook'. Meaning, guna apa saja cara, tidak baik, cuba yang kasar (di Malaysia ada ke begini?) asalkan column esok terisi. Thats why di suratkhabar tak ada langsung ruang kosong, semua terisi kan? Ha, inilah caranya...
Tak dapat follow up, matilah...bukan tak boleh lepas diri. Boleh...report saja pada editor, kata responden tidak mahu beri komen (setelah dicuba bermati2an ye...dan setelah puas ditendang sana sini macam bola) tapi tercalar sedikit la kredibiliti. Cara mengatasinya? Belek lagi paper, dua tiga paper berbeza, surf internet, bukak LOL (ini arkib berita lama) dan hubungi informer (selalunya crime reporter guna cara ini) untuk dapatkan bahan berita. Masih buntu? Lepak di cafe, bertukar cerita dengan kengkawan, kot2 ada yang kesian lalu beri dua tiga cadangan atau akhir sekali buat tinjauan mencari pendapat umum (yang ni letih sket dan kena tebalkan muka...yang perempuan dinasihatkan tampal make up banyak2 yek..)
Dalam melakukan tinjauan bermacam2 ragam orang boleh jumpa. Biasanya mula2 malu, tak mahu, malu2 manja namun sekali diberi bercakap tak mahu pula berenti. Alangkah malangnya pula andai bertemu dengan anti kerajaan, baru nak approach wah jelingannya bisa merobek hati. Dia macam membunuh engkau melalui tenungan. Kiranya, dorang ni kalu ada uji bakat mencari watak baru siri Heroes, boleh le muncul sebagai pelakon Asia kedua selepas Hiro. Dan kuasanya ala2 mutan dalam X-men la...
Aduh, kenapa la saya melalut hari ini. Sebabnya, saya tak dapat follow up. Si Datuk tak mahu bagi komen sebab perlukan case study. Oh, apa yang perlu ku lakukan menunggu hingga ke pukul lima. Mati kutu le cam ni. Buka balik schedule, apa yang nak dibuat semua dah dibuat orang. Abang Azis baru berlalu, ke tanah runtuh interview pasal perpindahan keluar. Hai, abang Azis orang sibuk berpindah, mengangkut barang, awak pulak menyelit bertanya itu-ini. Tapi ini realiti, ini sebenarnya yang berlaku, kena jadi tukang sibuk untuk menghidangkan maklumat mutakhir kepada pembaca. Sabar je la ye...cepat le dapat follow up...:)
Aku - Teringat siri Lois and Clark masa bebudak dulu. Amboi, persistence sungguh si Lois Lane, arrogant dan annoying. Pasal siri ni le aku dok berangan jadi wartawan. Sekarang ni, aduhai mak...kenapa la aku tak ikut je si Anne of Green Gables...jadi cikgu. Dah le tugasnya mulia, tak de le sakit jiwa cam ni ye tak...(marah lak cikgu-cikgi...siapa kata tugas kami senang??? hahahaha ampun!!!)
1 comment:
sejak join desk entertainment (walaupun hakikatnya buat semua...agaknya kalau ada ruangan crime, mesti kene tulis jugak), saya sangat suka bergosip...hahaha
Post a Comment