Saturday, September 17, 2011

Buatmu Ruby (Rubiatul Adawiyah)

Ruby: Bye2 kak...sobsob
Aku: Nak pegi dah? Bebaik, jaga diri, be humble kt tmpat orang and ceria selalu ye...bulan 3 nanti kita jumpa and lepak together ye. So, jangan sedehm be strong tau...kita pegi pun untuk bina kehidupan kita. So take care my dear friend....
Ruby: Sob sob. U too kak. take care. C u soonnn
Aku: Ok2...sama2 kita jaga. Nanti kita boleh sms and skype...yup, kita jumpa nanti ye..Insya Allah in a better ways..
        Have a happy journey yer...Insya Allah, everything is going to be soooooo fine...
Ruby: Tq. Anneyonggg
Aku: Anneyonggg...sarangheee...

Akhirnya dia pergi jua. Mencari rezeki di bumi Riyadh. Flight 3pm, sabtu 17hb September. Sahabatku ini menyambung kerjaya jururawatnya di sana. Mencuba nasib dan membina kehidupan lebih cerah.

Percubaan pertamanya bekerja di rantau orang. Pada mulanya sekadar merancang namun tak sangka dia bersungguh2 mengotakannya. Aku tabik dengan semangat, keazaman serta keberaniannya.

Mengenali Ruby pertama kali melancong ke Korea. Dia sebenarnya kakak kepada rakan sepejabat. Namun, selama lebih kurang seminggu bersama di Korea lalu menyambung ke Vietnam, kami bagaikan ada chemistry. Mesranya bagaikan kenal bertahun-tahun.

Secara peribadi, Ruby seorang yang kelakar meskipun sensitif. Sangat suka membantu, kelam kabut ( langsung aku teringat gopoh-gapah dia sewaktu membeli t-shirt di Ben Tharn market, Vietnam sampai aku berbisik di telinganya, "relaks la u...nampak desperate, nanti susah nak mintak diskaun,". Tau jawabnya, "orang dah biasa kelam-kabut macam ni. Jadi nurse memang serba-serbi kena tangkas.") namun ada kalanya bertindak seperti kakak-kakak terutama membersihkan sampah sarap yang kami tinggalkan di bilik hotel.

"Kita kat negara orang, sekurang2nya tunjukkan pada diorang yang orang Malaysia ni pembersih orangnya,"itu yang dijawab kala ditanya kenapa dia bereya-eya membersihkan sedangkan ada pekerja hotel akan datang merapi bilik setiap pagi.

Dia juga peminat tegar SS501 terutama Heo Yong Saeng. Koleksi segala cd dan merchandise kumpulan itu berharga belasan ribu dalam simpanannya. Semuanya didatangkan khas dari Korea. Teringat dia membeli bagai nak gila cd dan produk cenderahati mereka di Itaewon, Korea. Bila bab SS jangan memain, Ruby termasuk dalam kategori peminat tegar, peminat kipas susah mati (die hard fan). Memang sesiapa tak boleh lawan.

Hubungan aku ngan dia pun ada pasang surut. Berselisih faham, berbaik, bermesra, berlucu, sentap kemudian berbaik semula tapi itu yang manis dan menarik untuk dikenang. Nyata kami berdua bukan saja berkongsi minat bahkan sama-sama keras kepala...hahahaha dalam kepala ada batu jugak duduk.

Kini, berjauhan di mata tak bermakna jauh juga di hati. Moga tali persahabatan ini semakin erat dan jarak itu cuma satu ujian. Insya Allah, kami berjanji untuk melancong bersama setiap kali dia balik bercuti. Insya Allah, persahabatan ini akan mekar seiring masa.

Buat Ruby, terima kasih kerana hadir sebagai sahabat. Sahabat hadir sebagai pelengkap kehidupan dan medan kita belajar mengenali hidup. Andai sudi menerima kelebihan serta kekurangan, tidak mustahil tali silaturahim mampu berpanjangan ke akhir hayat.

Untuk Ruby, selamat menempuh kehidupan yang lebih bermakna. Semoga kita ketemu lagi. Insya Allah....