Friday, January 28, 2011

Semoga Dia Bahagia

"I nak ke Arab ni, keja sana," terkejut juga dapat mesej ni di satu petang.
"Are u serius?" balasku.
" Ye. I dah pikir habes, kat sini pun bukan ada apa." Aku terdiam. Nekadkah dia? Betul ke apa yang aku baca ni.
" You, pikir habis2, besar langkah u nak buat ni, ini bukan perkara main2," walaupun pernah beberapa kali dia mengeluh ingin perubahan, mahu berhijrah, tak sangka pula kali ini dia betul2 buat.
Alamatnya, aku akan kehilangan kawan rapat. Kawan yang baik dan yang memahami.

Sepanjang usia, kawan silih berganti, ada yang seperti angin lalu, ada yang singgah kemudian hilang bagai debu, ada semusim, ada yang ingatkan kita bila susah saja tapi kala senang meninggalkan teman. Ada yang bertemu kehidupan baru yang membahagiakan lalu tidak mahu menoleh lagi. Ada yang menganggap kawan sekadar daki di kulit, tapi tanggal setelah disental.

Tapi dia walaupun baru kenal, sangat lain...kami sangat akrab. Lebih daripada yang kukenal bertahun2 namun lama2 macam aku tak kenal langsung. Tapi, sayang persahabatan kami nampaknya diuji. Tentu ada rahmat di sebaliknya walaupun tertanya2 juga apa yang cuba ditunjukkan.

Kepada dia, aku doakan dia bahagia selalu. Dia berhak memilikinya. Sebagai teman, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya. Perkara macam ni  membuatkan aku terpikir, kalu dia boleh, kenapa tidak aku? Apa yang  menghalang aku? Terima kasih teman kerana menunjukkanku jalan.

Saturday, January 15, 2011

Aku Rentung...

Dan Interlokpun Dibakar - Dr Fatimah Busu

Dan Interlokpun dibakar
Gambar Abdullah Hussain dibakar
Tapi yang terbakar kulit di jasad Melayuku

Dan api pembakaran Interlokpun menyala
Api pembakaran gambar Abdullah Hussainpun menyala
Tapi yang panas darah Melayu dalam tubuhku

Dan asap bakaran Interlokpun naik ke udara
Asap bakaran gambar Abdullah Hussainpun naik ke udara
Tapi yang tercemar udara langit dan bumi Melayuku

Dan Interlokpun hangus, rentung
Gambar Abdullah Hussainpun hangus, rentung
Tapi yang hangus, rentung perasaan dan hati Melayuku

Dan abu Interlokpun dipijak-pijak
Abu gambar Abdullah Hussainpun dilanyak-lanyak
Tapi yang dipijak, terlanyak maruah Melayuku

Berlangsunglah detik sebuah kebiadapan purba
Mencakar kaca jendela peradaban bangsa
Retak
Berpetak-petak

-tamat-

Sajak ini dialunkan Dr Fatimah dalam Wacana Interlok: Jujur atau Perkauman dianjurkan Berita Harian.
Lantang suara Fatimah mendeklamsikannya, merinding bulu romaku. Sedih, pilu, marah, geram sesal bersatu, membangkitkan rasa dan jiwa melayuku.

Lama sudah aku tidak berperasaan begini sejak mendendangkan lagu Warisan (anak kecil main api, terbakar jarinya sendiri antara bait lirik) ketika tadika dulu.

Ya, aku marah, marah sangat2 kerana mereka itu buta seni. Tidak tahu menghargai karya yang bagus, karya agung. Mungkin baru membaca serangkap dua sudah membuat kesimpulan dangkal.

Wahai sekalian, Interlok diangkat dari sejarah dan segala yang ditulis adalah realistik, berlaku ketika zaman itu, berlaku ketika zaman muda pengarangnya. Sejarah tidak mungkin menipu melainkan dimanipulasikan.

Belajar menghormati sejarah sama seperti memahami susur galur sendiri. Andai melenting kerana perkara fakta, realistik umpama dia menidakkan asal-usulnya. Umpama dia memaki nenek moyangnya kerana melahirkan dia begitu.

Tak mahu cerita panjang, cuma renung2kan sendiri...marilah kita bermuhasabah diri