Tuesday, September 21, 2010

Aduh mana nak mula ni???

Sementelah dalam mood raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir batin bagi kesilapan sengaja dan tidak disengajakan. Saya manusia biasa tidak lepas dari membuat kesilapan dan kadang kala tanpa sedar melukakan hati orang2 di sekeliling saya.

Hamboi, lama sungguh tak post entry ye...saya akui selain malas berkisah, kesibukan kerja membekukan seketika otak2 untuk menulis. Hari cuti? Saya memang tak tahu hendak duduk diam, ada2 saja plan sama ada secara solo atau keluar bertemu kawan2. Kalau berseorangan, saya suka lepak bersama Kak Mariam di Amcorp Mall, tengok gelagat orang membeli-belah barangan antik sebelum mencari buku/ novel murah di sebuah kedai buku di sana. Harganya memang luar biasa murah dari toko2 buku terkenal. Cukup saya katakan separuh daripada harga buku biasa. Dan, kalau ada sale, sebuah novel dan biografi import boleh jatuh harga sehingga RM3 sebuah dan RM9 adalah normal. Nak kata saya ulat buku, tidak pulak...tapi saya suka membeli hehehe...masih ada lagi dua tiga buah novel yang dibeli di Pesta Buku PWTC lalu yang bukan saja tidak dibaca, malah masih berbalut plastik lagi..hahaha, rajinkan saya? Jujur saya katakan, saya beli buku sebab tidak mahu elaun buku disediakan company dipersiakan begitu saja..

Kalau bersama teman2, saya suka melepak-lepak di Mid Valley dan Berjaya Times Square. Selalunya tengok fesyen baju terbaru tetapi bab mencari garment/ pakaian yang sangat fashionable dan luar imaginasi, saya puas membeli-belah di Berjaya Times. Ada juga make up Etude dari Korea yang saya gilakan sangat sekarang. Kalau nak mencari BB Cream pula, saya akan ke Cheras Leisure mall. Hendak tambah koleksi CD dan DVD Korea saya akan bertemu janji dengan Kak Mimie di Uda Ocean. Ahh, ceria Kak Mimi tengok muka kami berkunjung ke kedainya. Mana taknya sekali beli mahu terbang paling sedikit RM300.

Lepas tu lepak dengan kengkawan bersembang ria di Old Town White Coffee, nikmati keenakan Ice Blended Mocachino di Starbuck dan kalau teringinkan kek manis, saya suka ke Secret Recipe. Sesekali ada masa, tinjau perabot di Ikea dan nonton wayang di The Curves.. hahaha saya memang kaki jalan, seorang pun saya panjang langkah, inikan pula dengan dua tiga teman sekepala...satu Kuala Lumpur kami pusing, mana dengar tempat best, situ ada muka kami. Dulu, masa kerja di magazine, saya akui buta jalan kerana kerap menumpang photographer...sekarang motto saya pulak, "redah je!". Saya dan kengkawan suka menjadi yang pertama, mana ada tempat syok lepak, saya akan pakat dengan teman2 ke sana..makan langsat? Perkara biasa tetapi apa nak takut, Kuala Lumpur macam Penang Island, habes2 akan jumpa tempat yang sama pulak...

Kawan gila2 pernah menyarankan ke Singapura balik hari...hehehe saya tengah fikir ni..Rasanya nak ke Universal Studios sekali lagi dan ada plan juga nak bertemu seorang teman di sana. Dan, mmmmm...teruja juga nak bertemu si dia di Orchard Road...hehehe...nantilah, saya kumpul tenaga..Insya Allah, kalau tak ada aral melintang, nak juga mencabar diri memandu ke sana. Mungkin ke Mutiara JB dulu jumpa kenalan...aduh, banyaknya projek, mana satu nak mula ni...

Hehehe, boring dah membaca? Itu le malas nak menulis, nanti melalut je lebih. Sebenarnya, saya tension mencari idea untuk menyiapkan satu artikel ni. Lepas cuti raya, otak beku, ayat2 saya dah macam budak tadika dah...dua tiga kali lagu Love, Love, Love by FT Island ni saya putar, idea tetap tak muncul2 juga..Sesiapa boleh tolong saya tak?