Friday, June 7, 2013

Negara Hujan Batu


Saya akui suka sangat melancong. Setahun kalau tak travel, saya jadi macam kucing hilang anak. Resah gelisah, macam ada yang tak kena. Hidup rasa tak lengkap. Tak kira lah, dalam negara ke luar negara, janji aku keluar sekejap dari kepompong kerja dan hidup udara segar selain merasai pengalaman berada di tempat baru.

Sesiapa yang kenal saya, mesti sedia maklum, destinasi paling saya suka Korea lah..diam tak diam, dah tiga kali jugalah aku ke sana. Sampai ada kengkawan mengusik, "Hai balik kampung ke Ben?" Tapi serious beb, banyak tempat lagi yang belum dijelajah, yang belum saya hirup manis budayanya, yang belum saya kecap nikmat makanan halalnya, yang belum saya jengah jejaka dan perawan dengan wajah mulusnya.

Macau sudah dua kali dan sepanjang dua kali berpeluang, tak pernah saya jemu menghayati keindahan arkitekturnya. Macau, bekas jajahan Portugis ada serinya tersendiri. Ibarat perawan menunggu untuk disunting, Macau menawarkan seribu macam tarikan yang dijamin menjanjikan keseronokan.
Banyak juga la negara2 Asia saya jelajah dan saya ada cita-cita untuk ke Taiwan, Hong Kong lagi...Shanghai Insya Allah selepas Aidilfitri nanti. Backpack dua minggu bersama seorang teman. Semoga percutian ini dirahmati Allah dan menjadi percutian yang terindah.

Bumi Alhambra juga tersenarai sebagai destinasi ingin dikunjungi selain bercita-cita menjejak semula Jerman, Austria, Hungary, Czech Repulic, Bosnia, Serbia yang pernah tersemat sebagai kenangan pengembaraan paling indah dulu.

Jakarta, Bandung, Acheh, Medan memberi kesempatan mencipta persahabatan dan memori indah bersama teman-teman wartawan. Namun, entah mengapa benak ini asyik memikirkan Bali. Bagai memanggil2 untuk kesana. Atau ke Hatyaai dan Trang Thailand, bersantai memandang laut lepas sehijau zamrud sebelum pekena tomyam khum di persisiran pantai? oh, membeli-belah di Hatyaai juga syurga terindah sama seronok dengan bersuka-ria di Universal Studio Singapore...Terkenang pulak hotel di Sentosa yang bersambung ke dermaga dan hutan rekreasi. Lebih syahdu berbanding mengitari Orchard Road yang sentiasa tak kering pengunjung...

Hakikatnya, benarlah kata orang, makin banyak berjalan, makin luas pengalaman, makin kita mengenal manusia dan seperkara lagi, makin kita menghargai negara tercinta ini. Sayangilah tanah tumpah negara kita ini kerana hujan emas di negara orang, hujan batu negara sendiri, apapun berlaku, milik sendiri tetap yang terbaik! Percayalah!

Thursday, February 14, 2013

Sahabat dan kenangan, manis namun tidak mungkin berulang

Semalam dalam sejarah, berjumpa sahabat sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak berjumpa. Sedang enak bersembang dengan seorang teman di salah sebuah restoran makanan segera di PJ, tiba-tiba ada satu suara menyapa.

Dia: Bennie!
Sepantas kilat aku menoleh, kuperhatikan lama. Berkerut2 dahiku mengingat, siapa lelaki ini? Seminit dua minit berlalu
Dia: Kau tak kenal aku lagi? Kawan sekolah rendah ni...
Sumpah, bukan aku sombong tapi memang aku benar2 tak cam dia...memang tiada langsung bayangan wajah sepertinya dalam kotak ingatanku
Dia: Aku la Hazrizal (beriya2 dia menekankan nama itu)
Aku: ooo budak nakal...(hah! Spontan keluar perkataan itu, tanpa niat melucur laju)

Aduh, betapa kecilnya dunia, kecil sangat. Memang dah bertahun2 tak bertemu dia tetapi kenapa berubah sangat? "Aku dah tua," jawabnya..habis aku? hahahaha...siapa sangka budak lelaki yang berkulit putih dan cute-mute kini sudah separuh botak dan muka dewasa amat...tapi, itu tak penting, yang paling penting dia kini sudah bergelar usahawan berjaya dan dalam kantungnya mmmm puluh ribu K sebulan ye...tak macam aku yang masih dok makan gaji, tiap bulan duit bagai angin lalu, tolak itu-ini tak berapa sen dalam genggaman.

Rupa2nya dia dibawa oleh seorang rakan bagi melorongkan jalan kepadaku. Terima Kasih ya Allah, ini aku ibaratkan pertemuan 2 in 1 !. Bertemu sahabat lama dan peluang mengubah nasib. Peluang yang Insya Allah, menjanjikan kebahagiaan yang aku cari2 selama ini.

Riuh kami bercerita perihal sekolah, membuka jalan kenangan yang sudah lama aku tanam. Sempat pula dia menunjukkan potret mulus dan muka suci kami zaman sekolah. Zaman kanak-kanak..

"Ini lah Bennie, dia memang lain dari yang lain.." giatnya.
"Macam mana kau boleh kenal lagi aku, tak berubah sangat ye?" tanyaku musykil. Tipu lah kalau kata muka kita tak terusik langsung dek perubahan usia. Zaman sekolah rendah hingga dewasa sekarang, tentu ada perubahannya.

"Aku kenal sangat dengan kau, cara bercakap pun masih sama," tekannya, mengundang hairan sahabat nan seorang lagi. Maklum, mungkin pada dia aku seorang yang serius kerana selalu menunjukkan riak muka tegas..

Hahahaha aku gelak besar. Sempat lagi aku menyelongkar cerita lama dengan niat mengusik, "Ala dulu2 tu kau bagi kad raya, selit dalam buku maths aku kan? Bila nak buat homework dan buka buku teks, tiba2 jatuh sekeping kad. Yang aku tak tahan, siap tulis 'pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas," dan ketawa kami sabung menyabung.

"Ala, korang jahat, korang tolak aku sampai jatuh pokok dan patah tangan kan?" dia menyambung.

"Ko yang nakal, kau bergayut kat pokok tu..hayun punya hayun, jatuh berdebuk. Ingat, kami yang bawa ko jumpa cikgu ye sebab kau menangis tak renti2," gelak lagi.

"Ala, budak darjah dua, mestilah sakit kalau kena macam tu," sambungnya..

Aduh, banyak betul yang ingin dibicarakan. Tetiba kenangan segar di ingatan dan tiba2 aku terasa seperti kembali semula ke era itu. Kala aku bertocang dua dan seronok bermain dengan kawan-kawan tanpa mengira warna kulit, jantina dan latar belakang hidup (kenapa sekarang tidak boleh begitu ye..kadang2 hal politik bisa membuatkan perpaduan lebur dan perhubungan hancur)

Seronok memang seronok sampai tidak sedar waktu menganjak ke pukul 12 malam. Dan, hampir dinihari kami beransur pulang, senyum meleret membawa kenangan manis yang tidak mungkin berulang lagi. Sesungguhnya aku amat rindu dengan kenangan itu.

Wednesday, February 6, 2013

WRITER'S BLOCK!

Tanyalah mana-mana writer pun. Suku-sakatnya reporter, novelist, blogger dan sebagainya, mimpi ngeri dan ancaman paling menakutkan adalah WRITER'S BLOCK! Patutnya ada satu nama untuk penyakit ini.

Simptonnya; fikiran kosong atau ada juga kes berserabut hingga langsung tidak boleh menjelmakan ayat-ayat menjadi cerita. Andainya mata ini ada kuasa, pasti sudah berlubang skrin komputer ini ditenungnya. Puas bangun duduk meregangkan otot, puas berkisar duduk namun otak masih juga bejat, beku, kaku, kelam!

Puncanya: Buntu memikirkan skop, pening mengolah cerita, mana satu sesuai dijadikan intro, mana tengahnya dan mana pengakhirannya. Kekurangan bahan dan info namun berlaku juga kes, sulit menulis kerana dilonggokkan terlalu banyak info. Jadi, mana yang patut digunakan, mana pula patut dibuang. Sesetengah reporter menghadapi kesukaran menulis cerita di luar bidang dan kepakarannya; misalnya Meja General terpaksa menjadi bidang terjun menulis ekonomi, atau daripada Meja Wanita mendapat arahan bertukar ke Meja Sukan. Sekurang-kurangnya perlu mengambil masa enam bulan wooo untuk belajar balik. Untung enam bulan, ada juga yang setahun masih pening-pening lalat lagi.

Ada juga yang dihinggapi Virus M..M.A.L.A.S..hah yang ni tak boleh buat apa lah..macam situasi aku sekarang. Duduk berteleku di meja ini..setelah dua tiga kali melayari personal emel, facebook dan entah apa-apa lagi. Memandang ke luar jendela kaca menelah cuaca; hujan, tak hujan, hujan tak hujan? Empat lima kali selak, belek dan baca paper, tukar susun atur barang-barang yang entah apa-apa di atas meja ni. Namun, nampaknya tak boleh juga bantu, hah, mulalah rasa nak bertempik, biar bergema sampai ke langit ketujuh!!!

Aduh, seksa sangat seksa..betul lah kata seorang sasterawan, menulis adalah derita yang bahagia. Aku sedang dilanda derita, sedang menunggu saat bahagia menjelma. Huh, bagai berkurun rasanya..

 
Syokkan kalu saat2 'kritikal' begini dapat terbang ke Pulau Nami, duduk bersantai di pondok itu menikmati kesyahduan mulus salji...huhuhu


 
Atau ke Trang, Thailand menyelam ke dasar laut berwarna zamrud sambil bermain dengan ikan pelbagai warna.. 

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Baru

Wow! Ingatkan termasuk rumah orang lain, rupa2nya 'rumah' aku sendiri. Thanks kepada adik saya Nua yang sangat kreatif membantu mencantikkan blog saya..hamboi, dik banyaknya Hongki..HONGKINSME katanya...
Apapun, thanks noona really appreciate it..ia buat noona lagi bersemangat untuk menulis (hahaha ye ke? entah2 hangat2 tahi ayam tak?) tapi, harap2nya tidak la...

Thursday, January 31, 2013

Just look at you



Saya tengah gila lagu ni, runut bunyi drama I Miss You lakonan Micky Yuchun, Yoon Eun Hye & Seong Ho. Saya kenal lagu ni dulu sebelum dramanya kerana jatuh cinta gila dengan vokal mantap vocalist Bohwaal, Jeong Dong Ha..Lepas tu baru cari dramanya, lagi lah jatuh cinta dengan plot cerita, skrip dan lakonan serba mantap tiga aktornya...I miss you so i look at you..perghh!!

Wednesday, January 30, 2013

Surat pamit dan butang save

Seorang demi seorang mengangkat kaki dari 'daerah' ini. Semuanya yang berjiwa mulus dan mulia meninggalkan saki-baki yang mmm entahlah pelbagai bentuk.
     Seorang teman akrab ketika aku mula bekerja hingga hari ini, juga mengucapkan selamat tinggal. Tindakan luar jangkaan. Aku ingatkan aku yang pamit dulu sebelum dia tapi yelah..kalau takdir boleh dibaca, pasti hidup seperti robot. Pasti hidup tiada misteri dan variasi.
     Kata teman itu, duduk di rumah pun ada cabarannya juga, dari matahari menjengah hingga malam melabuhkan tirai kerja rumah tidak berhenti. Tapi, aku lihat terpancar kebahagiaan di wajahnya. Serinya lain macam. Dia sihat dan berisi namun semakin cantik dan yang penting jiwanya penuh tinta bahagia.
      "Gastrik aku dah hilang. Dulu, masa keje selalu diserang gastrik, ni sudah berapa lama aku tak kena. Agaknya, sudah tidak ada stress kot.."katanya membuat aku yang mendengar berhati galau. Kacau-bilau. Oh, agaknya, badan aku semakin berisi dan terus naik macam baking powder ni sebab aku stress kot..boleh jadi, sebab setiap kali masalah singgah, aku akan makan macam tak jumpa makanan seminggu. Now, i have to confess that food is my passion. Ya, bahaya yang tidak dapat dihindar.
     Jika aku masih di daerah ini, sukar untuk aku mempertahankan usia yang panjang. Patutla...oh patutlah, ramai sangat reporter mati muda. Sudah menjadi trend pulak especialy lelaki..cecah 30 tahun lebih sikit..gone! Tengoklah notice board di lift dan dinding menuju office, akan ada belangsungkawa..pernah selang bulan je...hari ini kita mendoakan kesejahteraan roh mereka, membacakan Al Fatihan, esok lusa siapa tahu giliran kita.
     Jadi, perlukah aku mengorak langkah? Masalahnya, drastik atau ikut pertimbangan? Turutkan lubuk hati, suara hati yang paling dalam, hari ini juga mahu ku karang surat berhenti tetapi bila memikirkan kembali tanggungjawab, terus delete surat tanpa menekan butang save.
      Harap2 aku bersabar dan bersabar dan bersabar..hingga bila? Hingga aku bersedia mengetuk surat berhenti dan menekan butang Save..doakan aku!

Tuesday, September 18, 2012

Alahai budak!!!!

Sewaktu pulang dari rumah seorang teman, di kaki tangga seorng budak duduk berayun kaki. Berumur kira-kira 7 tahun. Comel dan mulus wajahnya. Dia senyum ke arah saya membuatkan saya menyungging senyum juga. Apa salahnya kan maklumlah senyum itu satu sedekah. Tak ada ruginya melemparkan senyum waima yang menerimanya cuma budak-budak.

Tiba-Tiba;
Budak: Mintak seringgit!
Mengurut dada saya. Mak oi daringnya budak ni. Dengan saya entah sapa-sapa ni berani dia meminta-minta.
Saya: Mak mana? (geram juga saya, kecik-kecik dah pandai nak kelepet orang, dah besar nanti haruslah duit perempuan dikapurnya lebih-lebih lagi girlfriend, nauzubillah!)
Budak: Mak kat dalam (tunjuknya unit rumah di depan)
Saya lihat pintu terbuka dan ibunya ada di dalam.
Saya: Lain kali mintak mak, jangan mintak pada orang lain. Tak elok perangai tu. Terbawak perangai tu sampai ke besar nanti.
Bebel saya dan kanak-kanak itu cuma memerhatikan saja.

Saya pun pelik bagaimana sikap dia begitu. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah dia mengikut resam ibu atau bapanya yang suka meminta-minta atau itu tabiatnya sendiri yang wujud dalam diri lalu diperkembangkan lagi melalui pergaulan atau program tv ditontonnya.

Apapun, saya berdoa sikapnya tidak melarat hingga dewasa. Khuatir merosakkan masyarakat!