Wednesday, December 24, 2008

Blink2

Esok satu dunia menyambut hari Natal...bukan le aku nak ucapkan merry xmas buat uolss...ataupun, nak cerita serba sedikit sejarah thanks giving ke apa ke...tapi esok hari yang ditunggu2 buat seluruh warga Metro dan Berita Harian. Esok akan diadakan Bling-bling party di KLGCC, Mont Kiara. Amboi, heboh le di sini orang dok mencari costume blink2 tu..aku biasa2 je...aku cuma memilih dress yang selamat dan sederhana (lepas tu buleh pakai keje beb...tak le membazir). Kata Angah, diinspirasikan dari gaun klasik Coco Chanel...hahaha tetiba terasa cam Audrey Hepburn plak dah...

Dalam seminggu dua ni banyak betul perkara yang berlaku dalam hidup ini. Suka dan duka bercampur baur. Mungkin kerana Tuhan makbulkan ikrar aku agaknya, satu demi satu perkara berlaku seolah merestui apa yang dituntut oleh hati ini. Aku pun dah malas nak ambil pusing, tinggal merelakan saja. Orang kata, hidup seadanya. Masa depan memang tak lepas dari perkiraan, sudah aku rancang dan gariskan hari ini. Tetapi halangan di tengah 'perjalanan' tu yang tak dapat dijangka. Letih menyanggah, kuikutkan saja ke mana haluan dibawa. Setakat ini satu jawapan yang kupegang, semoga ada sinar esok hari dan perjalananku bersuluh. Andai tidak diiringi cahaya gemilang, samar-samar sudah cukup menunjuk jalan. Macam kerdip bintang jugaklah...:)


1 comment:

Cik Elie said...

kerdip bintang itu lah yg akan memukau pandangan ben