Apa perasaan kamu, jika kamu hilang kepercayaan??? Jika hatimu tidak bergetar lagi menyebut satu nama sebaliknya ditukar dengan amarah dan dendam membusung dada.
Apa rasa kamu, jika kamu sudah kehilangan deria rasa? Kamu terus mencari dan mencari namun terus gagal bertemu lewat pencarian itu. Kamu mencari dia tapi dia terus bersembunyi. Dia terus menghukummu. Dia terus tidak menerima dan membuangmu. Dia ternyata tidak mahu berkongsi kasihnya denganmu.
Bagaimana rasa jika kamu sudah hilang segala rasa hormat dan takut diganti dengan sesal dan benci yang menyerbu. Kamu mula meninggalkan dia, secara perlahan kamu ingin menyingkirkan dia dan dalam senyap juga kamu cuba menyanggah kewujudannya.
Rasa suka sudah dibunuh. Rasa kehilangan sudah tidak diratapi. Yang tinggal hati yang kering dan kaku. Perasaan yang mati umpama gerigis kayu....
No comments:
Post a Comment