Wednesday, December 31, 2008

5 jam yang ngeri

Semalam tercatat sejarah ngeri dalam hidup aku. Episod buruk penutup 2008. Apa dianya? Hahaha cerita banyak tarak guna. Kisahnya, aku terperangkap atau dengan kata mudahnya, terkunci dalam bilik air selama 5 jam..hambik ko 5 jam dari pukul 8 malam sehingga 12.15mlm baru dapat menghirup udara segar di luar. Itupun, setelah diselamatkan oleh bomba. Mak malu nook, tambah2 mak berkemban ketika itu.

Nak jadi cerita, housemate plak belajar ngaji dan akan pulang menjelang 12 malam. Mula2 aku cuba tidak panik, cuba buka perlahan2 sebelum kurentap kasar tombol itu. Malangnya, pintu bukan saja tak bergerak malah makin kejap. Sebaliknya, aku plak yang sakit2 badan, terkoyak kulit tangan dan berpeluh lebat biarpun seluruh tubuh sudah dibersihkan.

Tak ada cara lain, tinggal di situ tak ada siapa yang tahu atau menjerit (housemate ku kadang2 ada agenda tidur rumah kawan...selalu dia sms dulu) tapi macam mana nak tengok msg sedangkan handphone berada di luar. Nak memanjat jengah tingkap, tak ada langsung bangku atau tempat berpijak. Akhirnya aku terbalikkan baldi untuk dipanjat.

Dekat sejam setengah menjerit baru ada hamba Allah yang perasan. Itupun, kebetulan dia ingin mengampai kain dan baru je pulang ke kampung. Nak harap jiran sebelah atas dan bawah (rumahku apartmen) semua pulang kampung. Terima kasih kak Rahani yang bersusah payah membantu dan menghubungi sana sini ( info terbaru rupa2nya dia polis bahagian siasatan jenayah). Dia lah penghubungku dengan keluarga di kampung dan dia jugalah yang menelefon dan sms Ram (housemate ku..). Nak jadi cerita handset si Ram battery weak..masak aku...dah tiga jam di bilik air sampai terbersin gara2 kesejukan.

Akhir sekali kak Rahani menjerit, "Dik...standby bomba on the way," alamak, macam mana ni aku berkemban. "Tak usahlah kak, saya malu,", "Tak de cara lain, kawan adik tak de respon," ujarnya tegas. Mahu tak mahu aku terpaksa. Perut plak berkeroncong.

"Dik, pecahkan pintu tu,"jerit sepupu kak Rahani dari tingkat 2 (aku di tingkat 3). "Tak de apa2 dengan saya ni..cuma ada botol shampoo," maka aku terpaksa menunggu lagi.

Hingga akhirnya aku diselamatkan. Dua abang sepupu dan kakak sepupu ku datang sekali. Mak aih, berkemban je aku. Thanks kak Rahani yang kelam kabut membawakan kain batik, dia fikir aku mandi arab.

Hiss tragik sungguh. Sampai panggil bomba segala. Pertama kali dalam hidup. Lucu ada, takut ada, ngeripun ya...serik mak...aduh apa la malang...

Tuesday, December 30, 2008

Azam tahun baru

Aku dan Suraya (dress hitam) di KL Sentral. Lama tak jumpa ko Su...rindu le kat ko..
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru ek..rasanya macam baru semalam dok menonton dentum-dentam bunga api dan riuh-rendah orang mengira countdown (walaupun hakikatnya di tv saja...boleh gitu...).

Bagi muslim, semalam adalah tahun baru kita..Maal Hijrah. Masa dan ketikanya melakukan perubahan, daripada baik ke lebih baik, serba kekurangan kepada kurangkan kekurangan (berapa banyak kurang daaa...). Aku pasti ramai yang dah menanam azam; nak pindah rumah baru, beli kereta lebih besar atau canggih atau sporty, mendirikan rumah tangga, melancong ke destinasi eksotik, menabung dan seribu satu macam lagi.

Bagi aku ketetapan dah dibuat lama cuma perlaksanaannya saja mengikut peredaran masa. Aku mengaku tahun 2008 kisah hidupku bercampur baur. Ada suka, ada duka...rasanya semua orang pun begitu juga. Selagi bernama manusia dan bernafas di muka bumi, selagi itu dugaan mengejar dan kegembiraan mengintai. Terpulang kepada empunya badan mengatur dan merencana hidup.

Ditanya tentang azam, rasanya jawapanku sama macam tiga tahun lepas. Nak kurangkan isi dan lemak di badan...hahaha boleh ke...maklum aku ni hantu coklat, aiskrim, kek dan makanan yang sewaktu dengannya...this is extremely irresistable la...mau jadi gila seminggu tak pekena coklat...kengkawan kalu ada petua tu perturunkan lah... nak gak melaram sakan cam korang, nak gak tukar kepada size s macam korang hehehehe

Lain2 aku tak dak hal..lepas aku buat ketetapan...Insya Allah, aku semakin pasrah dengan dugaan mendatang. Mujur hati ini sekeras tembok batu dan tak belot kepada tuannya. Sekali aku melangkah, aku takkan mengundur semula. Sekali keputusan dibuat, aku takkan menarik balik. Moga adalah yang terbaik buatku 2009...bak kata Linda Onn dalam Kosmo mengharapkan sinar 2009 (hahaha lawak la perempuan tu...)

Saturday, December 27, 2008

Selamat pengantin baru, Faizal

5.30 petang. Sabtu. Masih di tempat keje. Pada masa dan waktu yang sama, sanak-saudara di kampung sibuk dengan perkahwinan sepupuku, Faizal Yusof. Hati ingin pulang, apakan daya tuntutan keje menghalang. Kesian mak anjang, berharap sangat anak sedara kesayangannya ini pulang meraikan namun apakan daya, aku tak upaya.

Faizal antara sepupu yang rapat. Waktu sama2 masih bersekolah dulu, rajin dia mengulang ke rumah ku. Faizal senang bermalam di rumahku. Bersama seorang laki sepupu lelaki, Solehin, berpekik sorak kami menonton perlawanan gusti. Selalunya, aku di tengah, Faizal di kanan, E'in di kiri. Faizal jugak yang kuangkut ke Penang dulu (ketika study di USM) menemaniku berjalan kesana-sini. Dan, Faizal dengan sabarnya menuruti segala kehendakku. Faizal selalu tersenyum, cuma sesekali suaranya memecah keheningan. Malangnya dia, dapat sepupu yang suka membuli sepertiku. Ja....soooo sorrryyyy Ja...membulimu satu kenikmatan hahahaha...

Selamat Pengantin Baru buat Faizal. Semoga kekal bahagia ke anak cucu. Entah bilalah boleh bertemunya lagi. Entah2 berjumpa sekali lagi, anak kamu dah pandai bertatih...Yang pasti pasti comel dan tampan macam Faizal yang mirip sekali dengan pelakon Indonesia, Irwansyah...beruntung Salwati...:)

Friday, December 26, 2008

Aksi kucing

aksi dua saat sebelum bersin...alahai comeynya..

dia tengah test ilmu tilik matahari..


dah panjat tak reti turun...sengal la lu hehehe
anyway, aku simpati sangat

apakah yang membuatkan mereka boring tahap gaban???

ni plak namanya alim2 kucing. Kucing yang pemalu
garang sangat le kunun...rasa nak petik je telingan dia hahaha

konsep sangat kan....hahaha

boleh ke panjat tu?

dia ingat dia kanggaro agaknya


AKU - aku memang suka kucing...pantang nampak kucing rasa nak geget2 je...thanks Lily sebab kasi pics ni semua kat aku....alahai comelnya, tak tahan....

Sekitar Annual Dinner

Annual dinner dah berlalu. Nak gak le cerita-ceriti, kongsi2 le mana yang patut. Meriah gak la malam tu..tapi walaupun temanya blink2..tak sumer yang mengikut esp guys...nampaknya dorang rembat je mana yang sempat. Dah namanya lelaki, mana le dorang nak blink2 ni unless yang separuh2...sakan gak le dress up dorang ni...apart of make up yang menampakkan wajah sikit berbeza (Abang Azman Mahmud sampai tak kenal saya ek...beza sangatkah?) aku biasa2 saja...cuma pakai dress yang sekali pandang mirip flight attendance je...syok le si Petah menyakat. Katanya, "u nak tempatkan i kat kelas mana; business class ke, first class?", "economy class," jawabku selamba...hahaha si Petah, bila bab mengusik dia la yang paling fasih. Tapi malam tu, senyap je dia...dok menyengih sana-sini. Agaknya, mencari mangsa nak diusik le tu.

Tapi, ramai gak la yang dress up sakan. Si Suhana dah bermata coklat, Tajul Ansar gah ngan t-shirt Superman, bersubang dan pakai rantai cam penyanyi hip hop 50 cent, Azizul grafik suami-isteri (menang best dress for couple) sepakat mengenakan costume ala2 broadway (pendapat aku la), Rozdan (menang best dress for male) satu badan lip-lap...dah macam lampu kelip2 berjalan dah aku tengok (dulu2 lampu ni sering dijadikan hiasan pelengkap pelamin dan sampai sekarang ni popular kala menyambut raya), CSI pun tak ketinggalan melaram, silau plak mata aku yang duduk di meja berdekatan...aku ingatkan dia sapu best woman dress...rupa2nya belum mampu memikat juri ek...takpe, cuba lagi tahun depan...

Hadiah memang meletops...ada pakej pelancongan ke Australia, Bandung dan Bali, notebook dari Acer dan Dell, handhope E & N series sumbangan Nokia, Barang kemas including cincin, rantai dan loket Habib Jewel, TV LCD 42 inc, branded watches dan banyak lagi. Aku hanya mampu senaraikan je la tapi haram tak menang. Selalu tak bernasib baikkan? Apa nak buat... Ada tidak pun dapat top up prepaid DIGI wort RM100 ( mak tak pakai DIGI la plak...)..yang ni tak leh considered Lucky Draw sebab semua orang ada hadiahnya masing2... cuma hadiah tu grand atau tidak je..

Over all, malam tu enjoy la gak..tambah2 mendengar Anuar Zain celup menyanyi dalam pertandingan karaoke. Sebijik cakap lu..paling tak sangka muka dia punya la belia...ala2 Haziq AF4 tu...tapi sangat le talented tu..macam histeria kami2 semua bila dia tarik suara...hahaha...sungguh le bakat terpendam.

Majlis habis cepat...lagi 10 minit to 12 am...no hanky panky..bagus le...aku suka majlis ringkas tapi capai maksud. Cuma tahun hadapan kalu ada lagi, naknya ada le lucky draw untuk aku ek...lagi best kalu dapat grand prize..hahahaah...angan2..tak pe angan2 tu percuma...tak kena bayo

Wednesday, December 24, 2008

Layakkah dia?

Sedang rancak menaip story, tetiba handphone ku bergetar (silent ler)...dari teman lama, messagenya lebih kurang begini , "Awak tau tak editor Jelita yang baru? Boleh percaya tak kalau E...H...." What??? Terbejat sekejap kepala otak aku yang pening2 lalat ni..apakah benar yang aku baca ini? Ataupun kerana terlalu terkejut hingga ku terlupa abjad2 yang membentuk huruf lalu menzahirkan kata2. Atau, aku terkena kejutan maha hebat hingga hilang ingatan. Tapi yang kutau, aku terus hilang punca.

Sebabnya? Wah, sebabnya terlalu banyak. Bukan lah aku mengatakan dia itu tidak bagus walau hakikatnya ayat dia tunggang langgang, kejenya banyak yang ditinggalkan kepada anak buah, arahannya macam2 bagus walaupun sebenarnya tak tau hujung pangkal. Entahlah apa motif dia dipilih? Untuk menggemilangkan jualan majalah atau sebaliknya, merundum terus.

Jangan salah faham ye, aku tidak pernah memusuhi dia malah aku tidak bekerja di bawahnya. Cuma, aku melihat dari sudut pandangan mata hati. Aku tahu setakat mana kredibilitinya. Apatah lagi, dia selalu membuat kawan baikku berhati galau. Sedangkan majalah ditadbirnya sekarang tenggelam punca, apatah lagi hendak memikul satu nama yang cukup besar dan establish seperti itu. Bolehkah? Lihat sajalah...
Audrey Hepburn wearing chanel dress

Blink2

Esok satu dunia menyambut hari Natal...bukan le aku nak ucapkan merry xmas buat uolss...ataupun, nak cerita serba sedikit sejarah thanks giving ke apa ke...tapi esok hari yang ditunggu2 buat seluruh warga Metro dan Berita Harian. Esok akan diadakan Bling-bling party di KLGCC, Mont Kiara. Amboi, heboh le di sini orang dok mencari costume blink2 tu..aku biasa2 je...aku cuma memilih dress yang selamat dan sederhana (lepas tu buleh pakai keje beb...tak le membazir). Kata Angah, diinspirasikan dari gaun klasik Coco Chanel...hahaha tetiba terasa cam Audrey Hepburn plak dah...

Dalam seminggu dua ni banyak betul perkara yang berlaku dalam hidup ini. Suka dan duka bercampur baur. Mungkin kerana Tuhan makbulkan ikrar aku agaknya, satu demi satu perkara berlaku seolah merestui apa yang dituntut oleh hati ini. Aku pun dah malas nak ambil pusing, tinggal merelakan saja. Orang kata, hidup seadanya. Masa depan memang tak lepas dari perkiraan, sudah aku rancang dan gariskan hari ini. Tetapi halangan di tengah 'perjalanan' tu yang tak dapat dijangka. Letih menyanggah, kuikutkan saja ke mana haluan dibawa. Setakat ini satu jawapan yang kupegang, semoga ada sinar esok hari dan perjalananku bersuluh. Andai tidak diiringi cahaya gemilang, samar-samar sudah cukup menunjuk jalan. Macam kerdip bintang jugaklah...:)


Saturday, December 20, 2008

Lois Lane punya hal...

Tanyalah mana2 reporter, apabila tiba giliran bertugas pada hari sabtu namun tidak tersenarai dalam jadual assignment, pasti rungsing dan sengsara. Rungsing kerana diam di office dan memikirkan follow up. Runsing kerana harus terus mencuba dan mencuba mendapatkan interview. Dengan apa cara sekalipun.

Mendail talian peribadi memang senang, dua tiga dering pasti diangkat. Namun, untuk mendapatkan kerjasama dan komen mereka bukan perkara mudah kerana perlu ada seni memujuk. Dan, hari minggu bukan semua orang sudi melayan kita. Walaupun, mulut semanis gula2, pertanyaan dijawab dengan bicara sesopan boleh (itupun, kalau yang ditanya tidak kontroversi dan menyentuh sensiviti...kalau tidak dihambur maki hamun jugak), namun faham sajalah tak siapa suka hujung minggu diganggu orang. Terutama golongan wartawan yang terkenal persistent dengan tagline tersohornya 'by hook or by crook'. Meaning, guna apa saja cara, tidak baik, cuba yang kasar (di Malaysia ada ke begini?) asalkan column esok terisi. Thats why di suratkhabar tak ada langsung ruang kosong, semua terisi kan? Ha, inilah caranya...

Tak dapat follow up, matilah...bukan tak boleh lepas diri. Boleh...report saja pada editor, kata responden tidak mahu beri komen (setelah dicuba bermati2an ye...dan setelah puas ditendang sana sini macam bola) tapi tercalar sedikit la kredibiliti. Cara mengatasinya? Belek lagi paper, dua tiga paper berbeza, surf internet, bukak LOL (ini arkib berita lama) dan hubungi informer (selalunya crime reporter guna cara ini) untuk dapatkan bahan berita. Masih buntu? Lepak di cafe, bertukar cerita dengan kengkawan, kot2 ada yang kesian lalu beri dua tiga cadangan atau akhir sekali buat tinjauan mencari pendapat umum (yang ni letih sket dan kena tebalkan muka...yang perempuan dinasihatkan tampal make up banyak2 yek..)

Dalam melakukan tinjauan bermacam2 ragam orang boleh jumpa. Biasanya mula2 malu, tak mahu, malu2 manja namun sekali diberi bercakap tak mahu pula berenti. Alangkah malangnya pula andai bertemu dengan anti kerajaan, baru nak approach wah jelingannya bisa merobek hati. Dia macam membunuh engkau melalui tenungan. Kiranya, dorang ni kalu ada uji bakat mencari watak baru siri Heroes, boleh le muncul sebagai pelakon Asia kedua selepas Hiro. Dan kuasanya ala2 mutan dalam X-men la...

Aduh, kenapa la saya melalut hari ini. Sebabnya, saya tak dapat follow up. Si Datuk tak mahu bagi komen sebab perlukan case study. Oh, apa yang perlu ku lakukan menunggu hingga ke pukul lima. Mati kutu le cam ni. Buka balik schedule, apa yang nak dibuat semua dah dibuat orang. Abang Azis baru berlalu, ke tanah runtuh interview pasal perpindahan keluar. Hai, abang Azis orang sibuk berpindah, mengangkut barang, awak pulak menyelit bertanya itu-ini. Tapi ini realiti, ini sebenarnya yang berlaku, kena jadi tukang sibuk untuk menghidangkan maklumat mutakhir kepada pembaca. Sabar je la ye...cepat le dapat follow up...:)

Aku - Teringat siri Lois and Clark masa bebudak dulu. Amboi, persistence sungguh si Lois Lane, arrogant dan annoying. Pasal siri ni le aku dok berangan jadi wartawan. Sekarang ni, aduhai mak...kenapa la aku tak ikut je si Anne of Green Gables...jadi cikgu. Dah le tugasnya mulia, tak de le sakit jiwa cam ni ye tak...(marah lak cikgu-cikgi...siapa kata tugas kami senang??? hahahaha ampun!!!)

Friday, December 19, 2008

Bonus oh bonus

Wah, ari ni semua orang senyum sampai ke telinga dan mood sangat le baiknya, maklum dorang semua dapat bonus...dua bulan at least. Aku syukur walaupun belum berapa lama kerje ada le gak saguhatinya. Boleh le buat tambang gi Korea hahaha...

Si Fiza, perancang majlis dah siap dengan rencananya, aku ikut suara ramai, Angah plak nak cari barang untuk hantaran. Aduh, alamak sunyi sepi lagi la opis nampak gayanya. Sian En Rashid, naik pitam le mencari kami nanti hehehe...tapi takpe boss, deadline dah lepas. Abang Zia & Abang Azis dah ke mana terbangnya. Meja jiran depan belakang plak, lengang jer...sibuk le tu kot. Yang di belakang mungkin dok sibuk pasal perkahwinan Mawi, yang di depan ni entah2 berkampung di bursa saham...boleh pecaya ke? hehehe

Apa2pun, seronok tengok semua happy dan ceria. Baru semangat nak bekerja kan..macam aku ler yang gembira dan ringan je minda sejak dua tiga hari ni...

Thursday, December 18, 2008


bagai taman syurga

Pabila kutetap satu tekad, hati ini menjadi sekeras batu. Tidak mungkin berpaling dan menoleh lagi. Pabila hati ini sudah bulat, segala keputusan tergenggam dalam tangan. Pabila hati ini telah reda menerima, kata pujukan tidakkan bermakna lagi.

Aku telah buat satu ketetapan, aku telah buat satu keputusan. Tiada apa yang boleh melenturnya lagi. Aku rasa senang sekarang, hati tidak lagi walang malah hidup menjadi lebih gembira dan bermakna. Aku terima kelemahan diri, aku akur seadanya kekurangan diri. Kini, aku gembira merancang hidup.

Diari kehidupan kususun satu persatu, bukan setakat setahun dua bahkan menjangkau ke penghujung nyawa. Aku bukan pemikir agung (bukan ye Ngah..ingat tu :) ), aku bukan terlalu merencana hidup tapi ini perlu kulakukan sebagai persediaan hidup. Menempuh hari mendatang yang penuh kisah.

Semuanya bermula di tahun hadapan, semuanya pasti berlaku andai perancangan berjalan lancar. Aku sudah tekad, azamku sudah bulat. Tiada apa yang bisa meranapkannya. Pintu hati telah kututup rapat. Kuncinya ku buang jauh-jauh agar tidak ketemu lagi. Aku redha, aku gembira sekarang. Hatiku kembang berbunga, segar bagai dalam taman syurga. Syukur, jawapan telah kutemui lewat pencarian seumur hidup...

Wednesday, December 17, 2008

mati rasa

Hampir 8 malam namun masih belum pulang. Lama jugak ye aku tak update blog ni, sampai naik bersawang dah rasanya. Yang sebenarnya fikiran aku berserabut, bukan pasal keje tapi ntah apa2 kesah datang bertandang. Menyenakkan hati, menyemak minda. Dah sampai tahap malas nak berfikir. Lepas satu, satu membuat wajah jadi keruh, fikiran jadi keruh.

Entah sampai bila...entah bila tahun kan reda...biar lah kerana aku sudah malas nak berfikir. Aku sudah jelak dan muak. Aku sudah mati rasa dan jiwa serasa binasa di dalam. Biarlah, andai begini suratan takdir kerana tiada apa lagi yang boleh aku lakukan....

Tuesday, December 9, 2008

Kajian lelaki lembut dan bahan kimia

Raya kedua Aidil Adha, aku dah masuk keje dah..apa kesss??? hehehe nak wat cam ner, ini le lubuk rezeki aku. Buntu gak nak siapkan stories...writer's blog. Office pun sunyi sepi macam dilanggar geruda. Yang ada kat desk aku ni cuma en Rashid, aku dan abang Azis. Wah nampaknya dah macam bunga diapiti dua ekor kumbang (kumbang pertengahan umur dan kumbang muda ..sorry en Rashid hahahaha)

Ni ada cerita menarik kat Berita Harian, Selasa, 9 Disember bahagian Dunia; mengenai Kimia punca 'lembut'-Pencemaran ubah sifat lelaki, haiwan jantan: saintis. Menurut kajian saintis Britain, semakin ramai lelaki dan haiwan jantan menjadi 'lembut' kerana kehadiran ribuan bahan kimia akibat pencemaran alam sekitar yang mempengaruhi jantina, termasuk aspek perubahan perlakuan mereka.

Pencemaran buatan manusia yang terlepas dalam persekitaran kata mereka dalam akhbar Daily Telegraph menyamai hormon seks wanita atau estrogen.

"Bahan pencemar ini didapati mengubah protein telur yang lazimnya disediakan wanita dan haiwan betina,"kata penulis kajian, Gywenne Lyons daripada kumpulan pencinta alam, Chem Trust.

Penyelidik itu mendakwa, bahan kimia dalam bahan bungkusan makanan, cecair atau serbuk cucian, sisa kumbahan dan cat mencacatkan kemaluan, mengurangkan kiraan sperma serta me'lembut'kan lelaki. Kajian ini dibuktikan melalui ikan dan lipas yang terjejas teruk olehnya.

Laa...patut le, padan le...di dunia ni sekarang semakin bersepah golongan lembut atau mimat. Makin menjadi2 sehingga dikatakan populasi wanita akhir zaman lebih ramai daripada lelaki. Aku dari dulu berpegang dengan pendirian, bukan wanita yang ramai sebenarnya tetapi menjadi ramai kerana kewujudan golongan lelaki bertukar 'jantina' menjadi wanita.

Di Malaysia saja, awal 80 an, golongan ini tidaklah berleluasa sangat. Yang ada cuma khunsa dan seingat aku sorang dua terlepas membintangi drama dan filem. Itupun membabitkan watak yang sangat sinical dan menyindir.

Ketika itu, lelaki kalau dipegang2 dan dibelai2 golongan ini merasa geli lalu buka langkah seribu. Berpeluh ketiak dan tak cukup tanah lari. Alih2 kini, golongan ini diburu hingga menenggelamkan kaum hawa. Mana tidaknya, hati mana tak terpikat melihat jelmaan Marilyn Monroe, Sharifah Aini, Aida Aris, Beyonce dan ramai lagi di depan mata biarpun hakikatnya, selang sehari jambang, misai dan bulu kaki macam hutan belukar harus dicukur. Pil hormon perlu ditelan agar kulit kekal mulus dan berkati2 make up ditempek ke muka buat menyamar noda...

Entah lah..aku pun tak paham sikap lelaki ari ni...tak cukup 'perempuan jelmaan' yang sama berotot dan gagah perkasa dicari. Si misai melentik bercumbu dengan si janggut sejemput. Apa nak jadi? Itulah, kita kena kembali ke akar umbi (yang selalu politician dok sebut), menggenggam tradisi. Elok kembali ke zaman emak2 dulu, pada ketika kuih muih dan lauk pauk diadun tanpa perisa. Zaman keropok udang cap 888 paling gah dan paling sedap. Kemudian, ada kotak Ding Dang (label luar gambo Doraemon ye..) berisi mainan...

Masa itu semuanya murni, KFC dan Mcdonald cuma ada di bandar2 besar. Itu sebab masyarakat ketika itu kurang pembelit, kurang penyamun dan tak ada kejadian jenayah zalim agaknya. Semuanya ditentukan pemakanan halal, suci dan sihat yang kemudiannnya menjadi darah daging...fikir2kan sendiri ye...

Saturday, December 6, 2008

Insiden tanah runtuh

Wah, ari ni aku jadi bidang terjun buat crime stories, pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hai, berkampung jugak la aku di Hospital Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi hingga pukul 5.30. Terkejar2 aku ngan reporter lain, sekejap ke lobi ruang menunggu, alih2 ke bilik mayat, berlari pula ke Jabatan Kecemasan malah sampai ke padang aku turuti, menengok mangsa dibawa dengan helikopter ke HKL. Alih2 yang dibawa pesakit serangan jantung yang kebetulan menyaksikan insiden tanah runtuh. Ceh, hangin tul la...

Perasaan bercampur2. Rasa ingin tahu membuak2, mana ada insiden gempak situ kami tuju. Yang kelakarnya, ada mamat tak berapa sihat meraung dan mengaduh sakit diusung dengan wheel chair. Ingatkan mangsa tanah runtuh, rupanya tangan sakit gara2 menahan lori. Hangin lagi...

Tanpa mengira penat, aku ke forensik plak, tengok Mie ngan Ifwan ready ngan bekalan makan tengah hari ditaja Berita Harian. Sian Mie demam campak tetapi dipanggil juga bertugas. Nasi bungkus ku pandang saja, tak selera nak makan di depan bilik mayat.

Aku tengok reporter lain baik news mahupun tv dok lepak rock, relaks je. Walaupun dah hampir 2 petang, ada yang tak sempat sarapan. Nasib, abang The Star baik ati, dibelikannya karipap. Dia ada pelawa namun perutku sebu.

Yang bestnya walaupun kami reporter tidak saling mengenali malah ada yang baru pertama kali bersua muka namun kami mesra macam adik beradik. Saling membantu. Thanks Affie TV3, Athirah Utusan, Fara Awani, Teng Hock, Jennifer NST dan ramai lagi yang tak mampu kusebutkan kerana tidak lokek berkongsi maklumat bagi yang ketinggalan. Inilah cara reporter bekerja, saling tolong menolong. Kalau ko sombong, alamat jadi kera sumbang lah.

Sebaik dengar keluarga mangsa korban menangis meraung, hati tersayat juga. Namun, kerana tugas terpaksa buat2 tidak paham. Terpaksa bertanya juga demi mendapat maklumat. Terpaksa tebalkan muka mengorek maklumat asal jangan dimaki hamun editor nantinya.

Apabila jenazah dibawa keluar, insaf juga dan mengerti kematian itu pasti. Kita yang melihat sayu dan pilu apatah pula keluarga yang menanggung. Tak dapat suami, ibu dan ayah, saudara dan rakan mangsa dicari untuk secebis maklumat. Ada juga maklumat bertindan, pening juga dibuatnya. Tanya orang itu, ceritanya begini. Tanya pula pada yang lain, versinya sudah berubah. Nak menulis, fakta kena tepat supaya tidak hilang kredibiliti dan paling parah menerima surat saman.

Kembali ke opis, belum sempat melepas lelah, terpaksa mengetuk story. Kepala yang mula berpusing kerana lama berjemur dan tak henti berlari ke sana ke sini, kena tolak tepi dulu. Selesai submitt, baru bernafas sket. Selepas diedit, baru boleh pulang. Aduh, letihnya rutin sehari ini. Harus dapat bantal terus lena macam kayu balak hanyut....

Friday, December 5, 2008

21 Jump Street theme song

We never thought we'd find a place where we belong.
Don't have to stand alone, we'll never let you fall.
Don't need permission to decide what you believe.

I said jump, down on Jump Street. I said jump, down on Jump Street.

Your friends will be there when your back is to the wall.
You'll find you'll need us cause there's no one else to call.
When it was hopeless a decision is what you need.

You'd better be ready to, be ready to jump. 21 Jump Street.

21 Jump Street pics

gaya seronok tak hengat pelakon 21 Jump Street

jaket kulit, blue jeans gaya rebel without a cause Johnny Depp

tengok..hero harus le depan sekali





21 Jump Street

U all penah tengok 21 Jump Street? Ala...siri kepolisan (ada ke perkataan ni?) masa kita kecik2 dulu...sezaman dengan Doggie Howser, Growing Pains, Ferris Bueller semua tu ( pun tak penah dengar??? hahaha nampak sangat aku ni hantu tv ek..). Ok, ok one more clue...yang heronya si handsome macho Johnny Depp berlakon sebagai officer Tom Hanson, ada hero Vietnam Dustin Nguyen yang brilliant (entah sebab aku terencat akal ke apa...dulu aku suka mamat ni hahaha...jangan gelak...korang pun for sure penah terbabas cam aku).

Sekarang siri tu ada balik di TV8, Sabtu, 11.45 malam; thanks 8tv, faham kehendak viewer 'retua' cam aku ni...(wah, masih tak nak ngaku tua...hey, aku belum tua lagi key...). Sempat le tengok dalam 3 episod. Yang tak berubah;

* Johnny Depp masih hensem gila babas.
* Real cops sampai untuk memberi bantuan di penghujung cerita (bukan berlaku di filem hindi saja ek...omputeh pun ada gak)
* Remaja tak kira zaman tetap gila berfesyen..fuh! Teruja lagi terkedu menengok remaja zaman ni dok kulu-kilir dengan jaket gedoboh macam2 kaler, rambut penuh gel dan terjuntai di dahi. Dulu2 aku panggil hair stail cam ni, gaya Tommy Page (menyengat ngan lagu A Shoulder To Cry On).
* PI (private investigator) pekerjaan yang cooolllll..nak2nya muka ko baby face dan undercover di high school. The best scene ever ialah masa ko tunjukkan kad kuasa ko tu dan tengok muka kagum dan mata terbelalak student yang termasuk perangkap ko.
*Runut bunyi dia yang catchy ni sampai sekarang berjaya membuat aku terhangguk2 dan feel like to dance.
* Sampai sekarang aku dok fikir student sana banyak main dari belajar. Masa sekolah2 dulu aku jeles sebab dorang tak perlu pikul beg berat2, kepit buku je masuk kelas...
*Lain2 - nanti aku cari lagi (baru 3 episod beb hehehe)

Yang dah berubah plak:
* Apasal lak plot citer ni simple sangat...tak banyak isu dan kurang dialog membina (mungkin aku dah kurang fokus kepada kehenseman heronya...dulu2 tu apa saja dialog yang keluar dari mulut Hanson ni bisa mengundang teruja...:) )
* Mak aih, seluar sampai ke pusat? Apa tu?
* Yang perempuannya rambut ala2 heroin Grease...tak kembang tak sah, udah rupa Alex Madagascar plak ek...hehehe
* Cepat sangat si Hanson and the gang reveal status dorang..cam show off pun ada...
* Lain2...nanti aku cari lagi.

Kalu korang tak pecaya, mai join aku nengok Jump Street ni...selain ternganga nengok Johnny Deep yang hensem tu, sure korang rasa nak jump ke lubuk mak anjin je (lubuk ni ada kat sungai Perak, Kuala Kangsar)...

Selamat Menonton

Selamat menyambut Aidil Adha

Jumaat. Opis sedikit tenang kerana ramai yang dah mula bercuti. Boss cuti almost 2 weeks, Angah dah ke Korea semalam. Sebelum ke waiting hall sempat juga dia sms 'Bye Kben'. Ala, enjoy je Ngah, jangan pikir banyak sangat, 'Superman' awak kat sini tak kemana hehehehe...

Jumaat pun macam memberi ruang kepada ku untuk muhasabah diri. Oleh kerana semalam deadline dan semua keje sudah dibereskan, sempat le aku menarik nafas sebelum kembali sibuk petang ni dengan penghakiman Rumah Idaman. Aku rasa cam ni le schedule aku sehingga tiga bulan berikutnya. Lega cuma berdebar menunggu keputusan reshuffle. Ada yang bakal kehilangan kawan, ada yang bakal berhijrah ke tempat baru, ada yang bakal menikmati kenaikan pangkat, ada yang bakal menceburi nature of work baru. Macam2 baru lagi la. Semua orang buat2 relaks, semua orang tertanya2 dan tak kurang membuat spekulasi. Aku harap keputusan bakal keluar menyenangkan hati semua orang. Memberi keberkatan kepada semua orang.

Apa lagi nak kucerita ek...tetiba macam buntu plak, entah kenapa macam kekeringan idea. Oh ye, nampaknya aku terpaksa melupakan sambutan Aidil Adha di kampung sebab aku cuma diberi cuti dua hari saja. Tak berbaloi rasanya meredah jam, tubuh lemah lesu tetapi terpaksa kembali awal ke Kuala Lumpur. Mujur, aku dapat cuti 3 hari the following week, merasa la gak serdak2 biskut raya. Hai, mak...buat kuih raya jugak ke? :)

Tahun ni aku merancang sambut dengan Kak Lyn saja la...kesian dia...logik ke tidak cuti tahun dia cuma 7 hari. Tak penah aku dengar lak ada company yang terlalu berkira sangat macam tu. Even aku setelah berbincang ngan second boss (boss aku cuti maa...) dia izinkan kalu aku nak sambung cuti dengan syarat ada stock..ini kan pula Kak Lyn yang bekerja dengan sebuah construction company. Macam la Hari Raya dok ada orang bertukang buat bangunan, macam le kerje penyelenggaraan jalan raya berlaku sepanjang masa. hisss..hantu raya je yang sanggup keje 24 jam.

Dah dapat kelonggaran boss, semangat pulang ke kampung kembali berkobar2 namun memikirkan janji bersama Kak Lyn terpaksa kubatalkan hasrat yang meluap2 tu. Bukankah janji harus ditepati? Lagipun, pada mak dah kukhabarkan aku akan beraya di KL saja. Sian Kak Lyn ditinggal bersama babynya...husbandnya dah balik ke Sarawak bersama2 anak2 yang lain. Tak pe la belajar berkorban sket, sesuai sangat ngan konsep Hari Raya Korban kan? :)

Kepada teman2 blogger Intan bekas maduku...hehehe, Cik Siti, Fiza, Nazmi, Cik Ton (walaupun dah berstatus Puan kan?), Cik Liza Snoop Dog (dia ni memang minat abes ngan si Rapper ni...) , my luvllyyyyyy fren, Cik Elie dan Angah (walaupun di Korea, tetap kutulis namamu k...) Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga mendapat barakah di Hari Mulia :)

Buat yang tersayang...opssss....hahahaha...lupakan saja...the end. Titik.

And lovely are the blossoms
That are tended with great care,
By those who work unselfishly
To make the place more fair
And, like the garden blossoms,
Friendship's flower grows more sweet
When watched and tended carefully
By those we know and meet
And, if the seed of friendship
Is planted deep and true
And watched with understanding,
Friendship's flower will bloom for you
Aku: Macih Puan Intan dan Puan Siti..what a beautiful words :)


Wednesday, December 3, 2008

More than words can say by Alias

Here I am at six o'clock in the morning
Still thinking about you
It's still hard, at six o'clock in the morning
To sleep without you

And I know that it might
Seem too late for love
All I know

I need you now
More than words can say
I need you now
I've got to find a way
I need you now
Before I lose my mind
I need you now

Here I am, I'm looking out my window
I'm dreaming about you
Can't let you go, at six o'clcok in the morning
I feel you beside me

And I know that it might
Seem too late for love
For love

Oh, Oh, Oh

I need you now
More than words can say
I need you now
I've got to find a way
I need you now
Before I lose my mind
I need you now
More than words can say
I need you now
Oh I got to hear you say
I need you now
Before I lose my mind
I need you now
I need you now

AKU - Ini satu lagi lagu romantik giler babas zaman aku kat skool dulu. Out of sudden, lagu ni berkumandang di satu senja yang damai ketika aku memandu pulang ke rumah. hisss..syahdu plak rasanya. Dulu2 aku tak le plak terasa cam ni...why?

Nyawa hujung kuku

Weekly meeting. Kali ini agak tegang sebab selain saling bertukar dan melapor pendapat dan menerima tugasan serta arahan editor, dibangkitkan juga mengenai pertukaran desk dan keluar masuk staf. Alamak, ini lah yang seram sekali maklum dah selesa sedikit di meja rencana.

Bergelumang news cuma hari sabtu pun nyawa terasa di hujung kuku, inikan pula bakal ditukarkan ke situ dan lebih parah diserap ke ceruk pedalaman. Biarpun, tahu ini sebahagian daripada tuntutan tugas namun kengerian tidak dapat tidak terasa juga. Aku doakan yang baik2 pada semua orang. Jangan la ada sesiapa yang terpaksa ditukarkan sebab aku suka sangat ngan team aku yang co operative. Harap biarlah kekal begini untuk beberapa tahun lagi.

Selepas meeting, buntu dan blurry. Hanya abang Azis je yang ghairah menyiapkan storynya. Aku memang cukup puji dan kagum dengan semangat kejenya. Abang Azis kalau dah tenggelam dengan storynya, aku kat sebelah ni pun bagai angin lalu. Jangan harap la nak diajak minum dan bersantai...hahaha bolayan le jawabnya huhuhu...

Tak pe la, aku layan mata meja seberang je la..banyak yang nak ditatap dan dihayati hehehe... biarlah abang Azis 'layan' keje2nya...aku layan blues udah le..:)