Monday, September 29, 2008

Mood oh mood

Hari ke 28 puasa..aku masih lagi di office..biasa ler, aku baru lagi kat sini, mana nak ada cuti... Tak macam biasa, suasana di sini sangat lengang. Tak dengar bunyi meriah printer (tak macam selalu, acapkali tumpuan terganggu dengan mesin itu yang dok mencetak story kengkawan)...

Sesekali bunyi keyboard diketuk memecah kesunyian (aku tak pasti sama ada reporter itu sungguh2 menyudahkan ceritanya ataupun ada amuk di hati kerana dipaksa kerja menjelang hari2 terakhir aidilfitri).

Mujur HIP (entertainment desk) masih keje...kekekan ketawa dorang la yang membunuh kesunyian...ajaibnya Farihad yang tak penah bercakap ngan aku pun,singgah bertanya, "tak balik ke?" Tanyanya... "Oh, balik esok ler, lepas keje" Jawabku sepatah. Malas nak memanjang2 cerita. "u?" Tanya ku kembali. "Malam ni, naik flight terus ke Johor,"jawabnya... Tapi, aku kesian dengan si Zaidi, dah le balik Kedah, cuti dua hari je..., malam raya pertama dah kena berangkat balik ke KL le jawabnya..

Mmm..dah nak dekat 1.30 petang dah pun. Selepas jumpa client si Azlinie Sham dari Euphonuous, belum ler lagi aku mengetuk story...Sepagian mencari mood yang hilang, belum lagi ketemu. Mujur ada si penyejuk mata hehehe...

Tapi kan pelik sungguh, aku tengok orang kat sini macam tak de apa2...relaks je...malah, ada yang terlebeh workoholic, dok sibuk cari follow up..cam ni le environment paper...bagi dorang, bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi...sampai aku yang pemalas ni pun terikut2 hehehe...kadang2 tertanya gak aku, family dorang esp yang dah ada anak bini...tak bising ke, tak merengek ke bini masing2 ajak balik kampung, dah la ari2 biasa dok berumah tangga kat opis...agaknya alah bisa tegal biasa...ni yang buek den maleh nak bercento ngan reporter ni eh...keje macam polis...siap ada recall lagi...tapi kalau dah jodoh...terpaksa le terima hehehe...mmmm..apa2 le Cik Ennieva oii....

Ok, aku berazam nak siapkan satu story ari ni...wish me luck..aza aza fighting..

No comments: