Pejam celik, pejam celik esok dah raya...aku masih di office, mungkin aku akan balik petang ni. Macam mana keadaan trafik pun aku tak tau..entah le lately susah nak jangka.
Sampai opis terus capai akhbar...tak de cerita lain mengatasi tragedi kemalangan. Buat aku senak perut dan menggigil seluruh badan. Memang benar malang tak berbau, kadang2 kita berhati2 tapi kesilapan orang lain pula menyebabkan petaka.
Memetik Berita Minggu 28 September tulisan Mohd Azis Ngah, "Berdasarkan kajian pada 1985 mendapati jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya berpotensi dikurangkan sebanyak 85% jika kes membabitkan motosikal ditatasi.
"Kemalangan motosikal adalah penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan dan kematian setiap tahun terutama menjelang musim perayaan."
Azis menggariskan beberapa faktor; 1 Aspek keselamatan tidak dipentingkan sebagaimana diamalkan di negara maju yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Sedangkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, China dan India, kebanyakan motosikalnya jenis kapcai berkuasa kurang 250CC.
2. Aspek kejuruteraan yang menyediakan laluan khusus buat motosikal seperti dari Johor andai dilaksanakan mampu mengurangkan kadar kemalangan.
3. Had kelajuan motosikal sepatutnya sehingga 60km sejam. Pada kelajuan ini, motosikal mampu dikawal sekiranya berlaku kecemasan.
4. Tidak menggunakan topi keledar berkualiti yang diiktiraf SIRIM dan memakainya secara betul. Elakkan menggunakan topi keledar 'kura-kura' yang tidak melindungi sepenuh kepala.
5. Tidak memakai baju pantulan cahaya apabila menunggang pada waktu malam.
Kemalangan membabitkan motosikal kerap berlaku. Sebab di atas antara perkara mengundang maut namun sikap penunggang/pemandu sebenarnya lebih penting. Empat tahun bergelar pemandu di Kuala Lumpur ini, yang aku perhatikan penunggang motosikal ni suka sangat mencilok sana-sini. Main ikut sempat je. Dorang ni memang tak sayangkan nyawa, macam kawan aku Ram kata, nyawa dorang dalam beg plastik.
Dan, bukanlah tidak disediakan laluan khusus untuk dorang. Federal highway misalnya, laluan dia cukup cantik dan sistematik namun ada juga yang tak reti bahasa, dok menyelit2 di jalan kereta dan kenderaan berat. Sudahle langgar undang2, siap hon lagi kita supaya tau kehadiran dia.
Bukan sekali dua, aku terserempak dengan penunggang motosikal yang hobinya melanggar traffic light merah. Dengan dorang ni dah tak leh cakap apa dah. Main boh je...
Dan, paling haru sekali dorang ikut rapat belakang kenderaan berat terutama bas dan lori. Yang pening kepala jugak memikirkan tapi aku diberitahu cara ni dapat mengurangkan hala tiupan angin sekali gus mampu menjimatkan minyak. Walhal apalah sangat harga minyak yang dua tiga ringgit tu berbanding dengan nyawa sendiri.
Entah le, bila bab macam ni susah nak cakap. Sepatutnya, ambil iktibar perkara lalu dan amalkan sikap beringat sebelum kena. Kalu dah kena apa pun tak guna. Memang sungguh le kata Ram, nyawa dalam beg plastik. Karung hitam polis buat bungkus mayat.
No comments:
Post a Comment