Tuesday, September 30, 2008


Seronoknya berada dalam pelukan ibu...(aku suka sangat pix ni..montoknya baby tu)

catatan sebelum raya

Pejam celik, pejam celik esok dah raya...aku masih di office, mungkin aku akan balik petang ni. Macam mana keadaan trafik pun aku tak tau..entah le lately susah nak jangka.

Sampai opis terus capai akhbar...tak de cerita lain mengatasi tragedi kemalangan. Buat aku senak perut dan menggigil seluruh badan. Memang benar malang tak berbau, kadang2 kita berhati2 tapi kesilapan orang lain pula menyebabkan petaka.

Memetik Berita Minggu 28 September tulisan Mohd Azis Ngah, "Berdasarkan kajian pada 1985 mendapati jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya berpotensi dikurangkan sebanyak 85% jika kes membabitkan motosikal ditatasi.

"Kemalangan motosikal adalah penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan dan kematian setiap tahun terutama menjelang musim perayaan."

Azis menggariskan beberapa faktor; 1 Aspek keselamatan tidak dipentingkan sebagaimana diamalkan di negara maju yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Sedangkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, China dan India, kebanyakan motosikalnya jenis kapcai berkuasa kurang 250CC.

2. Aspek kejuruteraan yang menyediakan laluan khusus buat motosikal seperti dari Johor andai dilaksanakan mampu mengurangkan kadar kemalangan.

3. Had kelajuan motosikal sepatutnya sehingga 60km sejam. Pada kelajuan ini, motosikal mampu dikawal sekiranya berlaku kecemasan.

4. Tidak menggunakan topi keledar berkualiti yang diiktiraf SIRIM dan memakainya secara betul. Elakkan menggunakan topi keledar 'kura-kura' yang tidak melindungi sepenuh kepala.

5. Tidak memakai baju pantulan cahaya apabila menunggang pada waktu malam.

Kemalangan membabitkan motosikal kerap berlaku. Sebab di atas antara perkara mengundang maut namun sikap penunggang/pemandu sebenarnya lebih penting. Empat tahun bergelar pemandu di Kuala Lumpur ini, yang aku perhatikan penunggang motosikal ni suka sangat mencilok sana-sini. Main ikut sempat je. Dorang ni memang tak sayangkan nyawa, macam kawan aku Ram kata, nyawa dorang dalam beg plastik.

Dan, bukanlah tidak disediakan laluan khusus untuk dorang. Federal highway misalnya, laluan dia cukup cantik dan sistematik namun ada juga yang tak reti bahasa, dok menyelit2 di jalan kereta dan kenderaan berat. Sudahle langgar undang2, siap hon lagi kita supaya tau kehadiran dia.

Bukan sekali dua, aku terserempak dengan penunggang motosikal yang hobinya melanggar traffic light merah. Dengan dorang ni dah tak leh cakap apa dah. Main boh je...

Dan, paling haru sekali dorang ikut rapat belakang kenderaan berat terutama bas dan lori. Yang pening kepala jugak memikirkan tapi aku diberitahu cara ni dapat mengurangkan hala tiupan angin sekali gus mampu menjimatkan minyak. Walhal apalah sangat harga minyak yang dua tiga ringgit tu berbanding dengan nyawa sendiri.

Entah le, bila bab macam ni susah nak cakap. Sepatutnya, ambil iktibar perkara lalu dan amalkan sikap beringat sebelum kena. Kalu dah kena apa pun tak guna. Memang sungguh le kata Ram, nyawa dalam beg plastik. Karung hitam polis buat bungkus mayat.

Monday, September 29, 2008

Mood oh mood

Hari ke 28 puasa..aku masih lagi di office..biasa ler, aku baru lagi kat sini, mana nak ada cuti... Tak macam biasa, suasana di sini sangat lengang. Tak dengar bunyi meriah printer (tak macam selalu, acapkali tumpuan terganggu dengan mesin itu yang dok mencetak story kengkawan)...

Sesekali bunyi keyboard diketuk memecah kesunyian (aku tak pasti sama ada reporter itu sungguh2 menyudahkan ceritanya ataupun ada amuk di hati kerana dipaksa kerja menjelang hari2 terakhir aidilfitri).

Mujur HIP (entertainment desk) masih keje...kekekan ketawa dorang la yang membunuh kesunyian...ajaibnya Farihad yang tak penah bercakap ngan aku pun,singgah bertanya, "tak balik ke?" Tanyanya... "Oh, balik esok ler, lepas keje" Jawabku sepatah. Malas nak memanjang2 cerita. "u?" Tanya ku kembali. "Malam ni, naik flight terus ke Johor,"jawabnya... Tapi, aku kesian dengan si Zaidi, dah le balik Kedah, cuti dua hari je..., malam raya pertama dah kena berangkat balik ke KL le jawabnya..

Mmm..dah nak dekat 1.30 petang dah pun. Selepas jumpa client si Azlinie Sham dari Euphonuous, belum ler lagi aku mengetuk story...Sepagian mencari mood yang hilang, belum lagi ketemu. Mujur ada si penyejuk mata hehehe...

Tapi kan pelik sungguh, aku tengok orang kat sini macam tak de apa2...relaks je...malah, ada yang terlebeh workoholic, dok sibuk cari follow up..cam ni le environment paper...bagi dorang, bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi...sampai aku yang pemalas ni pun terikut2 hehehe...kadang2 tertanya gak aku, family dorang esp yang dah ada anak bini...tak bising ke, tak merengek ke bini masing2 ajak balik kampung, dah la ari2 biasa dok berumah tangga kat opis...agaknya alah bisa tegal biasa...ni yang buek den maleh nak bercento ngan reporter ni eh...keje macam polis...siap ada recall lagi...tapi kalau dah jodoh...terpaksa le terima hehehe...mmmm..apa2 le Cik Ennieva oii....

Ok, aku berazam nak siapkan satu story ari ni...wish me luck..aza aza fighting..

milik siapakah jejaka ini






Ni le si kacak Danniel Henney...amacam cair tak? aku kasi tiga gambo je dah cukup, tak buleh lebeh2 aaa...kang ada yang tido malam kang hehehehe

Saturday, September 27, 2008


ni le citer dia...sexy tau..

Seducing Mr Perfect

Hari ni mostly team Berita Minggu cuti raya..tinggal le aku sorang bekerja sampai selasa...Ram, housemate pun balik malam ni...sengsorang gak le aku kat rumah..alahai sayu dan sepinya...

Malam ni aku nak buat apa ek...korang rasa kalu aku gi nengok wayang ok tak? Tapi macam tak ada yang best jer...maklum le aku bab movie ni, choosy sket...kalu aku rasa worth it tengok, i'll go for it. Kalu aku rasa cam hampeh jer..tak kuasa nak gi tengok..buat serabut kepala jer..talking about movie...korang penah tak tengok Seducing Mr Perfect..act, its a korean movie. Dilakonkan hero terhangat Korea Danniel Henney...mak aih giler tul aku ngan mamat ni...aku rasa dah lebeh lima kali kot aku tengok movie ni semata2 tangkap cintan ngan di Danniel ni...

Tapi, movie ni pun full of lesson la...esp. bagi u all yang baru nak belajar bercinta ataupun ada dendam kesumat ngan kaum adam ni..kiranya, u all nak kenakan balik dorang yang banyak melukakan hati korang...yang bagusnya, karyanya dari perpekstif lelaki sebab baik pengarah, penulis skrip, lakon layar, semuanya membabitkan kaum adam ni...tentulah mereka lebih mengerti dan tau macam mana nak kenakan kaum sendiri ye tak..tentulah mereka lebih paham hati budi dan sepak terajang dunia mereka...kalu tak caya cuba la korang tonton...sure lepas ni boipren, suami dan boss (aik...interframe jugak) gelisah dan tak senang duduk gara2 takot dikenakan korang hahaha...cuba jangan tak cuba.

Friday, September 26, 2008


Ni plak dari kak Kusyi ngan abang Zul..guna cover novel ye kak kusyi...

Kad raya dari Cik Ton dan suami..wah, ada style

Thursday, September 25, 2008


kad raya dari Niza...sweetnya Phia...

Bestnya makan belanja orang

Hari ni geng2 Berita Minggu bukak posa kat luar...Selero Negori kat Amcorp Mall...yang lagi bestnya, boss belanja..phuh..tu yang lagi sedap makan tu...masing2 pulun...berbaloi Kak Yatie kuwar duit..thanks Kak Yatie, lain kali belanje le lagi ek hehehe...

Dulu (wah scene terkenang di masa dulu lagi...), sorry le kengkawan, dua tiga hari ni aku asyik nak bernostalgik jer...mungkin sebab raya makin hampir kot dan aku kena keje hari 'masak' (petang sebelum raya)..nampak gayanya tahun ni tak merasa le lagi aku membakar lemang bersama sepupu2 lelakiku..tak dapat la aku memasang panjut bersama sepupu2 kecilku...dulu aku le kepala memasang panjut...bab ni le paling aku suka sekali pun...terasa sangat2 kemeriahannya...biar le orang kata aku cam bebudak (sebab siap main bunga api ngan mercun lepas tu), lantak le orang tengok gelagat aku cam tak cukup umo, janji aku bahagia...bukan main sakan terlompat sana sini sampai mak terjerit2 mintak aku pasang langsir dan bakar biskut raya...sorry mak, anakmu ini tak puas lagi menjadi budak2..kalu boleh aku nak jadi budak2 sampai bila2...

Tetapi satu habit aku, memalam raya aku suka bersidai kat tingkap rumah, berjiwang karat sengsorang kat situ...mula le macam2 pikir..kalu le ada someone speacial yang berdiri kat sebelah aku, kalu ler aku boleh mintak jadi budak kecik balik, punya lah banyak fikir...sampai pernah terlintas, kalu le aku jutawan, aku akan register diri melancong ke bulan...tup2 Dr SMS yang pegi..bertuah doktor tu...masa aku gi umah dia dulu, tak sangka plak aku dia bakal jadi angkasawan, kalu tak aku siap landing atas katil dia hehehe....

Itu ler serba sedikit ceritanya, pendekata, hari raya le aku diizinkan jadi macam2...jadi budak2, lepas bebas bergurau ngan sepupu2 lelakiku, pakar buat biskut raya dan macam2 lagi... tahun ni nampak gayanya menyambut malam raya di jalan raya ler aku...isk..isk...dengar takbir dalam kereta je la jawabnya...isk isk...

Lega

Setelah berhempas pulas, akhirnya siap juga dua isu sebelum raya. Bagai nak patah pinggang aku ni dok terperuk di kerusi. Naik tegang leher asyik memandang skrin. Pendekata, mata tak kalih tempat lain dah...tak sempatpun nak cuci mata macam biasa hehehe...

Terangkat segala beban sebaik story kuhulurkan pada editor. Terima ke tidak ke, itu lain cerita. Waktu dia edit boleh panggil dan tanya...saat ini, kalau dapat berbaring dan bermalas-malasan di katil huh alangkah bestnya, alangkah nikmatnya...

Hisss..aku ni tak abeh2 berangan...

Tapi kan, masa zaman study di USM dulu, wah dah mula nak bukak cerita dah...lagi teruk bebanan kejenya (buleh tanya Puan Intan...dia satu group ngan aku masa buat Berita Kampus dulu). Sibuknya tadak ampun, semua kena buat sendiri. A-Z, daripada cari bahan berita, lay out sampailah tang menjual dan kira untung. Semua dalam masa dua hari.

Bayangkan Jumaat- selasa cari berita, selasa malam - pagi rabu siapkan lay out. Khamis 7 pagi paper sampai sedia untuk delivery (bagi yang ada transport aje ler...ni la yang aku dok kulu-kilir ngantar ngan moto Kriss aku ni) & selesai delivery, balik lab ambil paper untuk jual plak.

Dalam pukul dua petang, paper mesti habes...kalu tak laku malu wei...macam ko curi tulang je rasanya...siap sedia plak untuk post moterm...ni le masanya rasa nak sumbat je telinga dengar jeritan dan bebelan lecturer merangkap advisor..tapi mujur le tiga jejaka (Dr Adnan, Tuan Mansor & Haji Haron) tu baik2 belaka..marah dorang tu setakat hujung kuku je...marah2 sayang...

Ha tu le dianya...yang letehnya, bukan kita ngadap projek Berita Kampus tu je..ada lagi paper minor dan opsyen menanti. Tu belum ambil kira KO-K (ko-kurikulum)...macam nak mati rasanya hehehe...

Aku pun hairan, macam mana le daya tahan aku kuat sangat. Aku ingat lagi masa jadi ketua lay out penah aku tak tido dua hari (berjaga dari lapan malam sampai lapan malam esok harinya...) aku rasa ting tong sangat dah...bawak motor pun terawang2 je..nyaris tak eksiden ngan sorang mamat depan cafe harapan...adussss...

Tu yang bila landing je katil tak tunggu sampai bilangan tiga terus tido tak sedo hape...makan pun lupa...hahahaha teruk tul...

Itu le sedikit kenangan masa bergelar student dulu...payau, pahit, manis, masam semua ada..mana nak carik sekarang ni wei...kalu le boleh ulang balik, 10 kali jadi ketua lay out pun aku sanggup....aci tak tipunyer :)

Wednesday, September 24, 2008

Lelahku di sini

Aduh...macam tak cukup masa jer nak menyiapkan semua stories aku ni...Ni pun baru balik shooting dari Jalan Conlay, penat meredah jam belum reda, kena lak ngadap pc ni siapkan story...

Betul la Ngah, syoknya kalu bergelar suri rumah sepenuh masa kan...tapi kerana 'kejutan' itu maka i rasa frusssttt sangat...hahaha...kenapa la begini suratan cintaku. Layu sebelum berkembang. Petir datang tanpa amaran. Membuat hatiku gundah gulana. Hilang seri, punah harapan. Hai nasib..nasib....Ko jangan sengih2 Ngah...kang i teriak kat sini kang...gempak satu opis ni ha...

Kat luar tu hujan menggila, bagai mengerti hatiku yang menangis (lagi sekali ko senyum Ngah, aku kawenkan ko ngan Zef). Entah bila la luka ini kan terubati...hanya kerana cintaku hadir salah tempat dan ketika.

Tuesday, September 23, 2008

Kerja bagai tiada hari esok

Kali ni aku benar2 mati..adus senak dada, semput napas rasanya...mana taknya kena siapkan dua issue dalam seminggu...nak cari satu issue pun payah..tunggang terbalik rasanya dunia...ni nak dua plak...esok deadline..DEADLINE...sure i'm dead hahahaha...

Apa le yang aku nak tulis kalu inputnya ciput....nak tak nak kena paksa diri gak...adusss saat ini, alangkah bahagianya kalau aku bergelar guru (sure aku kena marah ngan guru2 seMalaysia ni kan?) maklum le, tugas guru pun bukan senang sekarang ni...lebeh2 lagi bebudak sekarang bukan main le degilnya..aku rasa aku tak ada kesabaran untuk itu..takot la plak jadi cikgu yang tak disukai ek...

Tapi aku pun tak paham, dalam banyak2 karier di dunia ini aku pilih reporter..padahal aku ni pemalu orangnya...perghhh...betul tak tipu. Then, aku ni bukan senang2 nak bercakap...kalu aku rasa tak comfortable ngan seseorang tu, aku lebih suka senyap je...entah le, Tuhan Maha Kaya kan...DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI....Moga ada hikmahnya..

Saturday, September 20, 2008

Alah membeli menang memakai

Masjid India tetap seperti tahun-tahun sebelumnya. Penuh sesak dengan warga kota yang ingin mendapatkan persiapan raya. Hiruk pikuk suara berbaur menyesakkan dada dan minda. Menambah panas hati yang terjerang di bawah terik matahari khatulistiwa.

Biar kulit rasa menyengat, biar keringat melimpah, kaki dihayun menjejak cerita. Berhujan peluh menunggu Munirah, si jurufoto yang sesat dan keliru tempat.

Mata melingas memerhati sekeliling. Simpati melimpah ruah memandang seorang kanak-kanak 12 tahun memuntahkan isi perut di jejaring besi longkang. Rimas dan sesak barangkali. Kasih sayang ayah hingga ke hujung hayat. Terharu rasa hati melihat lelaki umur 40 an itu menggosok2 perlahan belakang si anak. Mengusap2 kepala dan mengurut perlahan tengkuknya. Fikirnya dapat mengurangkan derita si anak. Fikirnya mampu membalut rengsa si anak.

Munirah tak kunjung tiba. Sesat lagikah dia? Terperangkap dalam kesesakankah? Sedangkan aku semakin rimas dan lemas. Rimas dengan cuaca yang melengas. Lemas dengan senario kesibukan di kiri kanan, depan dan belakang. Dalam pada itu, aku menyungging senyum memandang dua wanita separuh abad kalut menjinjing empat beg plastik sebesar budak dua tahun. Perempuan..perempuan, bila tiba bab mengabiskan duit, kudratnya segagah peserta bina badan hahahaha...

Munirah, Munirah di mana kau? Berkali-kali skrin telefon kerenung, menunggu pesanan ringkas Munirah. Mataku sudah mula berair kerana mengantuk dan lesu. Kepala kian berpusing memerhatikan gelagat orang yang kian jelak ditengok....

Pandanganku tertancap kepada perempuan berwajah ayu, berpakaian santai dengan langkah yang sengaja dipantaskan. Senyumku lebarkan, dia membalas dengan lambaian santainya...Ya, itu dia si Munirah manis sudah datang...manis di wajah namun tangkas langkah dan perilakunya...

Jom Munirah, kita mulakan kerja...untuk menghasilkan sebuah cerita untuk tatapan anda semua

TINJAUAN

Buat sekian kalinya, aku keje lagi ari Sabtu...bagi aku leceh sket la...fisrtly, office memang kosong macam dilanggar geruda. Secondly, aku kena buat news, aduh yang ni aku agak surrender la sebab kena tahan mental dan fizikal.

Selesai bab interview (of course make sure u tak kena scoop)...kena tampil dengan different stories compared to other newspapers...kalu tak mati la, nak menjawab, then balik kena buat story plak..Ha yang ni aku akui agak lemah, maklum le aku ni 'orang magazine' so cara penulisan aku lebih melankolik, berbunga bahasa dan membuai perasaan (kalu human interest story) tapi untuk news, semua tu tak pakai tapi u kena tepat, ringkas dan padat. Walau nampak mudah, biol jugak kepala aku nak memikirkan hatta intro sekalipun...berasap gak kepala otak ni...selalunya, dapat kat editor, kena zas zus zas gak hahaha...

Lastly, ni yang paling aku takut sekali, kita kena bertanggungjawab terhadap penulisan kita. So, jangan le ingat reporter ni boleh buat main2 dengan penulisannya, aci buat je...kononnya menfitnah, menulis dengan penokok tambahan ke apa ke...sebab silap langkah je, siaplah engkau kena bersoal jawab...selepas news editor, kalau kes terlalu kronik kena mengadap internal court sebab saman jangan buat main2 wooo...bukan ribu-riban, tapi makan juta ooo...tapi itulah...sedeh gak bila orang tuduh reporter pandai2 buat cerita. Tapi aku tak heran...adat dunia la kan...andainya penulisan kita memberi manfaat kepada pihak dia, bukan main dipuji melambung. Tapi, jangan ada silap sikit, melambung2 le nasib ko...silap-silap tercampak ke longkang...nasib, nasib...

Hari ni aku cuma buat follow up persiapan raya...orang kat sini panggil story 'cap ayam' je..maknya, news values dia memang tak ada la...tapi, aku peduli hapa...moga2 story cap ayam ni ada le pagenya...tak le sia2 berpeluh ketiak aku kat Jalan TAR tu nanti...

Friday, September 19, 2008

Menunggu saat pulang

Lagi beberapa minit nak pulang...aku dah giler berblog....tolonggg aku...betul la cik belacan, benda ni addicted...

Hari ni rancang nak berbuka ngan cik elie...hajat hati nak ke A&W..teringinkan waffle dia tu..tapi entah le..cakap lain, for sure tak ke situ punya...

Orait geng, kat sini dah kosong..semua orang nak berbuka kat rumah agaknya...yang laki2 orang dah mula ingat jalan pulang nampaknya...hehehe

so, chow dulu lah ye...

ZODIAK

TAURUS - The TrampAggressive. Loves being in long relationships. Likes to give a goodfight for what they want. Extremely outgoing. Loves to help people intimes ofneed. Good kisser. Good personality. Stubborn. A caring person. One of akind. Not one to mess with. Are the most attractive people on earth!

GEMINI - IrresistibleNice. Love is one of a kind. Great listeners Very Good in the you knowwhere... Lover not a fighter, but will still knock you out. Trustworthy.Alwayshappy. Loud. Talkative. Outgoing VERY FORGIVING. Loves to make out. Hasa beautiful smile. Generous. Strong. THE MOST IRRESISTIBLE.

CANCER - The CutieMOST AMAZING KISSER. Very high appeal. Love is one of a kind. Veryromantic. Most caring person you will ever meet! Entirely creative.Extremelyrandom and proud of it. Freak. Spontaneous. Great telling stories. Not aFighter, But will Knock your lights out if it comes down to it. Someoneyoushould hold on to.

LEO - The LionGreat talker. Attractive and passionate. Laid back. Knows how to havefun. Is really good at almost anything. Great kisser. Unpredictable.Outgoing.Down to earth. Addictive. Attractive. Loud. Loves being in longrelationships. Talkative. Not one to mess with. Rare to find. Good whenfound.

VIRGO - The One that WaitsDominant in relationships. Someone loves them right now. Always wantsthe last word. Caring. Smart. Loud. Loyal. Easy to talk to. Everythingyou everwanted. Easy to please. The one and only.

LIBRA - The Lame OneNice to everyone they meet. Their Love is one of a kind. Silly, fun andsweet. Have own unique appeal. Most caring person you will ever meet!howevernot the kind of person you wanna mess with ... u might end up crying...

SCORPIO - The AddictEXTREMELY adorable. Intelligent. Loves to joke. Very Good sense ofhumour. Energetic. Predict future. GREAT kisser. Always get what theywant.Attractive. Easy going. Loves being in long relationships. Talkative.Romantic. Caring.

SAGITTARIUS - The Promiscuous OneSpontaneous. High appeal. Rare to find. Great when found. Loves being inlong relationships. So much love to give.Not one to mess with. Very pretty. Very romantic. Nice to everyone Theymeet. Their Love is one of a kind. Silly, fun and sweet. Have own uniqueappeal. Most caring person you will ever meet! Amazing in the you knowwhere..!!!Not the kind of person you wanna mess with- you might end up crying.

CAPRICORN - The Passionate LoverLove to bust. Nice. Sassy. Intelligent. Sexy. Predict future.Irresistible. Loves being in long relationships. Great talker. Alwaysgets what he orshe wants. Cool. Loves to own Gemini's in sports. Extremely fun. Lovesto joke. Smart.

AQUARIUS - Does It In The WaterTrustworthy. Attractive. Great kisser. One of a kind. Loves being inlong-term relationships. Extremely energetic. Unpredictable. Will exceedyourexpectations. Not a Fighter, But will Knock your lights out.

PISCES - The Partner for LifeCaring and kind. Smart. Center of attention. High appeal. Has the lastword. Good to find, hard to keep. Fun to be around.Extremely weird butin agood way. Good Sense of Humor!!! Thoughtful. Always gets what he or shewants. Loves to joke. Very popular. Silly, fun and sweet.

ARIES - The LiarOutgoing. Lovable. Spontaneous. Not one to mess with. Funny. Excellentkisser EXTREMELY adorable. Loves relationships, Addictive. Loud.
TAURUS the bull

Wanita cantik yang suka menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.
adakalanya menangis itu satu teraphy

Jodoh

Renungkanlah sedalam-dalamnya. …

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah p erjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa ya ng kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai ker enah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untu k bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembuny ikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pasti kan sembuh selagi iman terselit didada..."
bahagianya mereka...(Tom, Kate & Suri Cruise)

Warna dan wanita

UNGU Wanita yang suka warna ungu adalah: Seorang murah hati, Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah. Penuh inisiatif, Pandai tetapi tidak emosi, Dingin dan kehendaknya meluap-luap, Jarang berjaya.

HITAM Wanita yang suka warna hitam adalah: Seorang yang suka bermurung, Prihatin, Kuat menghadapi petaka apa sahaja, Tidak mudah terpengaruh, Setia pada suami, Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA Wanita yang suka warna biru muda adalah: Seorang yang suka merendahkan diri, Suka mengalah, Suka berkorban peranan, Cerdas, Pandai dan berotak berlian.

KELABU Wanita yang suka warna kelabu adalah: Seorang yang suka sekali mengelamun, Romantis, Sabar, Tenang tetapi hatinya suka mengembara, Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH Wanita yang suka warna merah adalah: Seorang yang berwatak berani, Emosional dan tegas, Tamak serta serakah, Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU Wanita yang suka warna biru adalah: Seorang yang setia paa suami, Senang pegang wang, Kuat kemahuan, Berterus terang dan jujur, Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING Wanita yang suka warna kuning adalah: Seorang yang amat menyukai ilmu, Gemar membaca, Tekun dan cerdas, Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH Wanita yang suka warna putih adalah: Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, Fikirannya tidak banyak prasangka, Berkata benar, jujur dan rendah hati, Ramah dan bersopan-santun, Kuat menerima ilmu, Damai dan berubah alam fikirannya, Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT Wanita yang suka warna coklat adalah: Seorang yang mempunyai sifat keibuan, Suka merendah diri, Sopan dan halus budi, Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU Wanita yang suka warna hijau adalah: Seorang yang subur dan damai, Cintakan kebahagian, Tidak suka perang, Patuh pada agama, Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

Tetap mahu beraya walaupun cutiku sangat singkat

Ingat raya tahun ni nak beli kebaya la...Dok tanya Cik Belacan warna apa paling sesuai...

Hari ke 19 puasa

Sedar tak sedar dah 19 hari puasa ye...pejam celik, pejam celik, minggu depan dah nak raya...aku tak le excited sangat sebab tak dapat cuti beb...dua hari tu la cuti aku...balik kampung pun after working hours petang selasa tu...drive sengsorang plak tu...last year ada gak cousin aku, si Kapten Hasrul temankan...sekarang ni dia dah pun ada kereta sendiri...alamat aku balik seoranng le...last year dibantainya kami melalak dalam kereta, duet lagu si Acha & Irwansyah...satu kaset dua tiga kali putar...naik jelak hahaha...mana taknya, jam punya pasal 3 pagi baru sampai umah...yang teruknya aku, si driver...kapten 'cacat kaki'...hahaha tak de lesen ler maknanya tu...

Kat sini meriah betul ngan hamper, paling sakan entertainment desk le..macam2 jenis ada, kami dok memandang je la...econ desk pun sakan gak terima hamper, syok tengok dorang bagi2 sesama sendiri...semalam, tengah syok menaip tetiba si Supian (econ desk) datang hulur pulut kuning, rendang dan kurma...aik takkan masuk jawi sekali lagi kot hahahaha..rupa2nya one of the big company sponsor, dia tolong sampaikan je..hahaha...aku, Fiza & Angah memula senyum sumbing, hilang je kelibat dia berdekah2 kitaorang ketawa...mana taknya si Pian ni bukannya biasa bercakap ngan pompuan lebeh2 lagi anak dara plus mak dara vouge cam kita orang (perasan gilers)...tup2 mau plak berkongsi rezeki, berbagi pulut..cewah...Angah, apa lagi...jual la minyak urat kat Pian hahahaha....toksah diharap pada Zef, sebab si Superman tu dah ada Loisnya..jangan marah Ngah, nanti kita reramai gi makan kat Pizza Hut, Fiza nak banjer hehehe





Thursday, September 18, 2008

Cerita hari Khamis

Hari Khamis macam biasalah jadi penunggu opis...hari ni jugak ler aku berpeluang update blog...bersantai2 sket depan pc walaupun aku lebih suka bersantai2 atas katil hahahaha...mak aih, bestnya dapat bergolek-golek di katil aku yang bersaiz queen tu...dan, alangkah indahnya menghampar kepala di bantal aku yang gebu2 tu..lagi satu peel aku, kalu tidur bantal tak cukup satu...sekurang2nya kena ada 6 biji bantal campur satu teddy bear hahaha...tapi menjelang subuh je...bantal ntah ke mana, bear entah tercampak ke mana...kiranya aku ni lasak jugak le orangnya walaupun nampak cam lembut..lembut ke uolsss...hehehe...dulu ada sorang kawan ni suka perli aku kalu aku nak tido...jaga2, katanya..nanti momok tumpang tido sekali...hahahaha aku takut dia le yang jadi momoknya...

Sorang Graphic artist aku kat sini pun suka sangat memerli aku kalau setiap kali dia tanya, "ko ni buat apa le nak balik cepat? Bukannya ada laki kat rumah..." , jawapan aku cukup simple, "Nak tido la...ngantuk ni...", nak tau apa kata dia..."memang le ko ni kaki tido..."hahaha..aku hanya mampu gelak je...lantak le nak cakap apa...mana dia tau mata aku ni payah nak pejam..terbedik2 atas katil tu..masuk tido kol 12..kol 2pagi kadang2 baru lelap...aku pun tak tau kenapa le payah beno aku ni nak tido...nak kata memikirkan pasal tsunami politik negara tak juga...walaupun, aku harap Anwar lupakan saja niatnya nak jadi PM tu...sebab aku rasa, pemimpin sepatutnya dipilih, bukan memilih diri sendiri...

Key le, aku nak check lay out ni...rasanya katil gebu aku tu dah memanggil2 aku tu...teddy bear aku yang bernama Justin (gara2 gilakan Justin Timberlake) macam merengek2 mintak dipeluk...hehehe cian dia...kekurangan kasih sayang...
Till then, chow dulu...

Thursday, September 11, 2008

Satu Penyakit....

Ni satu lagi penyakit...hari tu bukan main lagi berkobar-kobar nak berkecimpung sebagai blogger...sekarang ni mak oi..banyaknya Vitamin M aku ni...bukan setakat blog je..nak menyiapkan artikel untuk rencana next week pun bukan la main malasnya..jenuh berkalih sana-sini, dah naik juling mata ni dok browsing 'alam maya', duduk tak kena, berdiri lagi tak kena...aku dok cam ni gak...agaknya, ni la yang orang kata writer block kot...oh Tuhan, tolong lah hambaMU ini...datangkanlah ilham di minda aku yang semakin tepu dan sebu dengan bermacam benda ni...

Syok aku tengok blok Miss T-Rex (Mrs sekarang)...bukan main sakan...siap gambo segala...mak aih..rajinnya ko Tan...mana ko cari masa? Pandai ko menggunakan 24 hour yang Allah bagi ek..sedangkan aku, kalau boleh nak 36 jam satu ari...tamak sungguh aku ni no...

La ni..orang dok riuh nak berbuka posa kat cafe (Scomi sponsor)...wah..makan free memang sedap ek...yang tak laratnya, tak sanggupnya..jenuh le berebut2...satu perkara yang paling aku tak suka di dunia...tapi mengenangkan kata orang tua2, rezeki jangan ditolak, terpaksa la aku menghadirkan diri gak...(wah..macam le dia ni penting bebeno ek...)

Alamak, naip dok naip, dah lengang rupa2nya opis2 ni...nampaknya aku kena le macam orang lain gak..turun berbukak posa sekali...akhirnya...hahahaha

Thursday, September 4, 2008

Setia Di Sini



Dah lewat begini masih di office lagi..deadline...jangan 'till death do us part' dah ler..haru kalu cam tu...
Keje, sampai bila pun tak habis, tapi kalau tak buat lagi ler rasa guilty...biar lelah, biar mengah, biar kadangkala lebih banyak putus asa tu datang dari keseronokan tak tentu hala, kena buat juga...maklumler tanggungjawab sebeban gunung...
Di usia macam ni patutnya dah kawen, dah ada anak dua hehehe (tu sebabnya aku letak gambo baby kat sini). Tapi nak buat macam mana belum ada rezeki, hukum Tuhan jangan disanggah. Belum ada rezeki, jangan takdir cuba diuji...
Aku harap tahun ini adalah perubahannya ye tak...kalu tak lebih baik, ada lah yang menyeronokkan sikit...ada lah juga kemajuannya...amin...























































































































































mmmmmm


sesegar sunkist

hari ini dalam sejarah

Orang lain dah lama dok bising pasal blog ni...bagus ada blog kata orang, boleh luah perasaan, boleh tajamkan skill penulisan, boleh berdebat...dan entah seribu macam lagi...aku plak baru hari ni terbuka hati nak ada blog sendiri....:)