Friday, December 31, 2010

Happy New Year

Esok bakal berubah tahun. Kita juga menjadi bertambah usia dan dewasa. Jangan ditanya tentang pencapaian kerana tidak akan ada jawapan spesifik. Jangan ditanya tentang azam lalu kerana bukan semuanya mampu menepati sasaran. Atau mungkin disebabkan tiada usaha mengiringi lalu kita semakin alpa, leka, hanyut dan jauh tenggelam.

Seperti biasa, walaupun tidak suka menanam azam tapi pasti ada satu impian yang akan menjadi hajat lalu minta dimakbulkan. Tahun depan, tiada lain yang terbayang di minda dan tertayang di mata melainkan aku nak pusing dunia. Melihat tempat, budaya dan keberuntungan/ kelemahan tempat orang. Memang ini aku punya passion dan ini mampu membahagiakanku rupa-rupanya. Aku rasa hidup, segar dan semangat kembali melonjak2 apabila berpeluang melancong..uwaaaaa hobi yang bakal memufliskan aku.

Sudah ada dua tiga tempat ingin dijelajah tahun depan, menunggu masa saja. Siap merancang backpack lagi. Moga2 diizinkan dan dipermudahkan jalan oleh Tuhan. So, apa lagi? Dipersilakan bekerja keras ye...supaya dapat dibelanjakan sepuasnya wang itu nanti...ayooo meremang bulu roma memikirkannya.

So, kepada semua Selamat Tahun Baru...semoga hari2 mendatang meminggirkan awan mendung dan membawa gemilang matahari dalam hidup kalian...Jangan berhenti berharap dan mencuba key...

Tuesday, December 21, 2010

Boros kah aku?

Aku memang tak mesra teknologi. Sesuatu gadget tu jangan harap lah nak bertahan lama denganku. Pelik juga, aku bukannya 'berkasar' sangat dengan 'mereka2' itu. Pakai pun sekali-sekala. Tapi agaknya kerana terlebeh pandai, selalulah jugaklah gadget canggih hancur di tangan aku.

Contohnya, kamera Olympus baru lima bulan pakai, lensanya dah bermasalah..tak boleh properly shut..bila dirujuk dengan kawan dan camera center, kata mereka perkara normal. Infact, dua orang kawan aku ada masalah dengan kamera brand ni.

Ayo, dan mata yang tak berapa nak disiplin ni dah sibuk meninjau2 brand baru. Memang aku cukup tertarik dengan Sony Cybershot yang baru. Dan, aku ni pulak memang la pencinta Sony...Latest design RM999...mmm hati macam berat je nak sambar. Tengok lah macam mana Khamis ni..rasanya macam nak sabar jugak. Semalam dah test, night viewnya sangat lah cantek..sesuai le kaki travel dan suka ngambik gambo cam aku ni...

Kebetulan handphone pula buat hal..ish 'dorang' ni macam tau2 je tuan dia ni senang sket. Tapi ye lah, dah dekat 5 tahun pakai pun...mahu tak meragam. Manusia pun makin tua, makin banyak 'peel'nya kan...tu kira bagoslah aku dapat bertahan lama dengan handphone tu...hanya speaker je yang rosak tapi ye la..desgin lama..aku belum lagi bertanya, baru keluarkan dari beg nak tanyakan buleh baik ke tidak? Cina penjual tu dah gelak..kurang asam betul.

Penyudahnya, sembang punya sembang, cerita punya cerita, tersambar Nokia C7 yang paling latest tu...(tersambar maknanya tak sengaja kekeke). Terbang gak la dekat RM1500 (plus application mak nenek semua tu). Itu pun, cina tu kata ada diskaun sebab krismas just around the corner...hah, yelah tu...aku senyum je la..dalam hati, aduh nampak note kertas terbang melayang2 macam kapas ditiup angin.

Ye, aku memang boros..dalam kepala serba mak nenek nak buat. Ada je seribu macam cara nak ngabiskan duit...bila dah waras seket..tengok2 balik barang2 yang dibeli...OMG ini untuk apa? La...kenapa aku beli ni...hah, dah biasa sangat dah...tapi itulah aku, yang tau nak berazam...tak nak boros2 lagi, nak simpan duit, tahun depan nak beli rumah...implementationnya non ador..ni aku tahan diri dari singgah bertandang ke kaunter perfume dan cosmetic..kalu tak wasalam...orang angkut satu beg, aku tiga..hai Bennie, Bennie bila la nak insaf????

Saturday, December 18, 2010

Kisah lif dan mereka pengindap sindrom self denial

Ini bukan cerita lawak tapi macam jenaka pun ye. Kisah tiga hari lepas tapi terpanggil untuk menulis di sini.

Muka abang Azis memerah, mencungap2 dan dikibas2kan bajunya. Gaya cacing kepanasan. Aik pesal pulak..

"Adeh, penat2..." katanya macam orang baru lepas menamatkan acara trek 100 meter.
" Pesal?" tanyaku.
"Lif rosak. Kena menapak dari tingkat 2," jawabnya dalam pada mengambil nafas.

Alamak ye ke? Walaupun bilik berita di tingkat 4 tapi perbezaan dua tingkat perlu menapak berlapis2 tangga. Maklum bangunan besar. Ye ke? Aiseh, rancangnya nak gi lunch, cam ne?

"Sekejap je kot..dia orang ada fix sumthing tu," kata abang Azis. Fuh, lega sket.
"Tapikan...," dia menyambung, "masa naik tu ada terdengar suara orang mencungap2 kat tingkat bawah nak menapak naik. Dari bunyi tapak kaki dia tu gayanya macam orang berbadan besar. Naik sekejap, berenti rehat. Melangkah dua tiga anak tangga, berenti rehat,"

"Departmen mana?" pintasku.

"Entah, admin kot. Dengar suara dia aiya, aiya...pas tu bercakap bukan2. Abang rasa non malay kot tapi yang pastinya badan besar. Sian pun ada," sambungnya sebelum gelak2.

"Amboi gelakkan orang..tapi bab badan besar tu pelan sikit ye..terasa la," hati aku dah mengeceil sebesar biji kacang sawi.

Abang Azis menoleh ke arahku. " Awak tak besar lah...mana ada besar..." katanya

"Ye berisi..." kataku lirih.

"Mana ada besar, mana ada gemuk," katanya bersungguh2.

"Eh ye ke?" Hatiku dah mengembang sikit demi sikit. Macam belon tunggu masa nak terbang ke awan. Dia sekadar nak beli jiwa ke betul2 ikhlas...

"Hehehe...nanti bonus saya belanja ea," pas tu gelak tak hengat.

Ini le kisahnya orang yang ditimpa perasaan. Mereka2 yang concious dengan bentuk tubuhnya tetapi tidak mahu berusaha untuk mencantikkan tubuhnya hahaha...macam mana? Takut juga mengembang dan terus mengembang tetapi apa kes kalau selera makan mencanak2...Sesiapa boleh bantu saya..

Thursday, December 16, 2010

Cuti oh Cuti

"25hb shut down." kata abang Naim. "Berita Minggu takde..boleh le nak ambik cuti," tokoknya.
 Aku capai kalender, jeling Roha. Senyum sampai telinga. Wah ada can cuti.
Roha bagai faham. Kami main isyarat mata. " Ben, kita sambung sampai Khamis, Jumaat masuk keje.." Idea bagus.

Tetiba Syed di depan mengeluh. "Cuti saya dah habes," katanya. " Laaa...." aku pandang simpati.
"Masa apply dulu, off pun dia orang kira sekali..."jelasnya walau haram sorang tak tanya.
"Lain kali ko jangan buat macam tu...ko patut...bla bla bla, "abang Naim beri tunjuk ajar.

Zahrin yang baru sampai mengendeng sebelah aku. " Ko tak payah dengar...ko tak de cuti, buat sakit ati je nanti," abang Naim menyakat. Zahrin dah mencebik.

Aku pandang Zahrin..."La ciannya, takde cuti Zahrin?" Aku unjuk kalendar di depan mukanya. Aku terangkan pasal shut down, pasal main paper...pasal tarikh bila ambik cuti...bla bla...

"Banyak ke lagi cutinya? " Tanya dia. " Heisss..banyak jugalah..ada la berbelas.." Zahrin buat muka seposen. Memang selalu pun dia buat muka macam budak mintak utang tu.

"Tak nak dengar, tak nak dengar..." katanya menutup telinga.
" Kalau aku buleh sedekah cuti, aku bagi kau empat hari.." syoknya menyakat..

Wah, ditolak, campur, darab, bahagi...mau dekat seminggu. Nak pegi mana? Macam nak terjah Singapore lagi tak pun Vietnam cari kain ela..geng2 coti Ruby, Cikah, Maton, Shaz, Ieda..Yan pun buleh...apa lagi...Jom, langgah ke sana!!!! Syoknye membeli, bayar dan belah hehehe

Thursday, December 2, 2010

Gambar2 Banding...

Setelah sekian lama, baru le dapat di'post' di sini...maaf le...hamba ingat janji2 hamba, cuma masa tidak mengizinkan...terlalu sibuk..Lepas Taiwan ari tu, ke Sarawak pulak...then, kena siapkan stok..sekarang ni je bernafasssss sket...:)

Suriani yang baik hati sedang membahagi2 gula2 pada anak2 Orang Asli..suka diorang bertemu kakak yang baik hati...semoga murah rezeki Su...

Satu perkara yang aku perasan, anak2 Orang Asli ni mendengar kata dan mahu berkawan. Kalau kita suruh berdiri, berdiri lah dia sampai la kita suruh duduk. Tengok tu, comel kan?
Jambatang yang menghubungkan Pekan Gerik dengan Pulau Banding...aku kagum dengan wayar elektrik yang merentang sungai. Dengar kata pemasangannya dilakukan masa zaman darurat, ketika tidak ada jambatan lagi...bayangkan betapa azab nak menyiapkannya...kita patut bersyukur kerana dapat mengecapi teknologi itu.
Fuh, sesekali si miss photographer ni pose..buleh tahan..dah rupe seniwati Saloma je cik Su ni...
Aku tumpang sekaki...memang nak nampakkan jambatan tu lebih dari aku yang kian aktif menternak badan ni huhuhu

Gembira tak terkata terserempak family gajah sedang mencari makan...gajah suka keluar senja...kebetulan kami balik lepas maghrib...teruja sesangat

Su apa lagi...terus capai kamera dan snap, snap..naluri photographer, cepat saja dia bertindak...

Wednesday, October 20, 2010

Melawat Orang Asli, Pulau Banding, Temenggor, Perak

Kerjaya sebagai reporter kena selalu bersedia, dalam sekelip mata boleh terlontar ke mana-mana. Tidak semestinya ke hotel lima bintang, acara karpet merah, festival meriah mercun dan bunga api bahkan kena bersedia ke tempat jin bertendang.

Kala mula mendapat assignment ke Pulau Banding, aku gelak besar. Karnival Orang Asli? Mak aih, mencabar dan menggeletek jiwa. Maaf la bos, kadang2 deria ketawa saya begitu longgar. Selalu meronta-ronta ingin menghamburkan gelak.

Bila? Alamak lusa, teringat pulak kain sebakul belum berbasuh. Maklum balik matahari tenggelam, segan pula menyentuh mesin. Walaupun bukan susah sangat kan? Sebab teknologi yang buat semua tu..hahaha apa nak buat, saya memang penyegan kekeke...

Nak jadi cerita, saya dan Su, Puan Photographer berkereta dengan cikgu ke sana. Pelik juga namanya cikgu, bila ditanya rahsia, "karang2 lah, masa makan kang kita borak panjang.." Serius, sampai ke sudah tak tahu. Jenuh berkelih, berborak bagai...(sebenarnya nak ilangkan kecut perut sebab cikgu pecut kereta 180 km/jam...jangan cikgu, saya tak puas hidup lagi..hehehe) bocor rahsia, rupa2nya cikgu General Manager for Land Matters. Tengok betapa humble nya orang, tak meninggi diri walau berpangkat tinggi.

Dipendekkan cerita ( tak mahu le cerita berapa kali berenti makan hehehe), sampai juga ke Pulau Banding. Tempat penginapan kami terletak di puncak Titiwangsa. Sangat indah anugerah alam, flora dan fauna walaupun cuaca diharap nyaman, lencun peluh jugalah kalau berlari.

Saat karnival, saya tak berhenti mengamati masyarakat asli, macam saya pula yang jakun. Baik tua mahupun muda, semuanya kaya perisa. Sangat unik dan jangan tak tau, pakaiannya aneka fesyen dan berwarna-warni.

Malu2 kala Su menghalakan lensa kamera namun sporting bila disuruh beraksi. Kanak2nya yang ampun disiplin. Disuruh berdiri, tegak le berdiri sampai ke sudah. Tidak tahu melawan. Tidak keluar suara langsung. Berkahwin seawal 10 tahun, menimang bayi kala 12 tahun dan umur 30 tahun bergelar nenek. Sayangnya, kata seorang teman, hayat mereka tidak panjang. Menjengah 40 tahun sudah menghembus nafas akhir. Jenuh berfikir: begini, makanan mesti sihat, ulam2an dan akar kayu, tiada perisa tiruan, tiada msg. Fizikal harus sihat sebab memanjat bukit, pokok dan gunung. Kenapa ye? Oh, agaknya kitaran hidup sudah sampai penghujung. Selepas menjadi nenek dan datuk, apa lagi ye? Habis lah sudah satu putaran.

Ditengok, diteliti, muda-mudinya pun macam kita, sukakan muzik dan keseronokan. Bahkan mereka ada band sendiri, dasat juga memetik gitar...fuh, macam man kidal. Seorang teman berjenaka, "mereka ni suka muzik, ada satu perkampungan yang saya pegi pasang lagu cina. Bila ditanya penghulu, tau katanya? Ah, biarlah asalkan bising..." kahkahkah...kawan saya memang boleh masuk Raja Lawak.

Kata kawan tu lagi, sekarang tak sempat, nanti datang lain kali kita masuk Hutan Belum, naik bot 2 jam, berjalan kaki 6 jam, boleh jumpa orang Asli pakai cawat..saya senyum tapi dalam hati sanggupkah saya? Tapi awas, kata kawan tu, yang ni garang, baik2 halakan kamera, kalau dia tak suka, dia akan cakap, "jangan amik gambar, nanti saya bagi sihir, keluar gambar lain..." ayo, gerun juga.

Dengar ceritanya awal tahun depan Rafflesia berbunga dan enggang berterbangan. Di Sarawak ada 9 spesis burung enggang, di Belum ada sepuluh. Saya memang teruja dengan Rafflesia. Hendak juga menyaksikan secara berdepan bunga kaya muslihat itu, mengeluarkan bau busuk macam bangkai kala mencari mangsa. Aduh banyak betul perancangan saya. Member opis beriya-iya, dalam enam orang sanggup terjah tapi saya tengah berfikir.

Pulang ke Kuala Lumpur, pertama kali bertembung sekawan gajah mencari makan. Terus snap gambar. Nanti saya postkan di sini ye, Mula2nya sang gajah tak kisah berposing tetapi semakin ramai yang berhenti merakamkan gambarnya, dia mula lari. Saya dan Su beruntung sebab si Eza ( teman rombongan karnival) dua tahun berulang-alik belum sekali terserempak, saya sekali pergi terus berjumpa.

Awal bulan depan, ke luar negara pula. Insya Allah, ke selatan Taiwan pula. Tahun lepas berkunjung ke bandar dan bahagian timur. Kali ni Selatan pula. Hehehe seronoknya, tengok gunung ganang dan pemandangan alam yang cantik dan syahdu...hisss harus le bergambar dan terus bergambar.

Saya tumpang gembira Siti, sahabat baik ke Brisbane, Australia. Tempat kerja lamanya tak pernah menghantar ke luar negeri. Di tempat baru, merasa meneroka negara orang. Tahniah Tie, rezeki kita murah di sini kan? Syukurr....

nota bawah: nanti saya letak gambar2nya..hehehe

Tuesday, September 21, 2010

Aduh mana nak mula ni???

Sementelah dalam mood raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir batin bagi kesilapan sengaja dan tidak disengajakan. Saya manusia biasa tidak lepas dari membuat kesilapan dan kadang kala tanpa sedar melukakan hati orang2 di sekeliling saya.

Hamboi, lama sungguh tak post entry ye...saya akui selain malas berkisah, kesibukan kerja membekukan seketika otak2 untuk menulis. Hari cuti? Saya memang tak tahu hendak duduk diam, ada2 saja plan sama ada secara solo atau keluar bertemu kawan2. Kalau berseorangan, saya suka lepak bersama Kak Mariam di Amcorp Mall, tengok gelagat orang membeli-belah barangan antik sebelum mencari buku/ novel murah di sebuah kedai buku di sana. Harganya memang luar biasa murah dari toko2 buku terkenal. Cukup saya katakan separuh daripada harga buku biasa. Dan, kalau ada sale, sebuah novel dan biografi import boleh jatuh harga sehingga RM3 sebuah dan RM9 adalah normal. Nak kata saya ulat buku, tidak pulak...tapi saya suka membeli hehehe...masih ada lagi dua tiga buah novel yang dibeli di Pesta Buku PWTC lalu yang bukan saja tidak dibaca, malah masih berbalut plastik lagi..hahaha, rajinkan saya? Jujur saya katakan, saya beli buku sebab tidak mahu elaun buku disediakan company dipersiakan begitu saja..

Kalau bersama teman2, saya suka melepak-lepak di Mid Valley dan Berjaya Times Square. Selalunya tengok fesyen baju terbaru tetapi bab mencari garment/ pakaian yang sangat fashionable dan luar imaginasi, saya puas membeli-belah di Berjaya Times. Ada juga make up Etude dari Korea yang saya gilakan sangat sekarang. Kalau nak mencari BB Cream pula, saya akan ke Cheras Leisure mall. Hendak tambah koleksi CD dan DVD Korea saya akan bertemu janji dengan Kak Mimie di Uda Ocean. Ahh, ceria Kak Mimi tengok muka kami berkunjung ke kedainya. Mana taknya sekali beli mahu terbang paling sedikit RM300.

Lepas tu lepak dengan kengkawan bersembang ria di Old Town White Coffee, nikmati keenakan Ice Blended Mocachino di Starbuck dan kalau teringinkan kek manis, saya suka ke Secret Recipe. Sesekali ada masa, tinjau perabot di Ikea dan nonton wayang di The Curves.. hahaha saya memang kaki jalan, seorang pun saya panjang langkah, inikan pula dengan dua tiga teman sekepala...satu Kuala Lumpur kami pusing, mana dengar tempat best, situ ada muka kami. Dulu, masa kerja di magazine, saya akui buta jalan kerana kerap menumpang photographer...sekarang motto saya pulak, "redah je!". Saya dan kengkawan suka menjadi yang pertama, mana ada tempat syok lepak, saya akan pakat dengan teman2 ke sana..makan langsat? Perkara biasa tetapi apa nak takut, Kuala Lumpur macam Penang Island, habes2 akan jumpa tempat yang sama pulak...

Kawan gila2 pernah menyarankan ke Singapura balik hari...hehehe saya tengah fikir ni..Rasanya nak ke Universal Studios sekali lagi dan ada plan juga nak bertemu seorang teman di sana. Dan, mmmmm...teruja juga nak bertemu si dia di Orchard Road...hehehe...nantilah, saya kumpul tenaga..Insya Allah, kalau tak ada aral melintang, nak juga mencabar diri memandu ke sana. Mungkin ke Mutiara JB dulu jumpa kenalan...aduh, banyaknya projek, mana satu nak mula ni...

Hehehe, boring dah membaca? Itu le malas nak menulis, nanti melalut je lebih. Sebenarnya, saya tension mencari idea untuk menyiapkan satu artikel ni. Lepas cuti raya, otak beku, ayat2 saya dah macam budak tadika dah...dua tiga kali lagu Love, Love, Love by FT Island ni saya putar, idea tetap tak muncul2 juga..Sesiapa boleh tolong saya tak?

Saturday, July 10, 2010

Sotong vs Nuri

Macam-macam kegilaan di dunia ini. Kalau dulu hanya manusia mempunyai kebolehan meramal seperti Nostradamus, sekarang haiwan pun dah tumpang semangkuk. Heboh betul kisah si Paul sotong dan Mani burung nuri tampil dengan ramalan masing-masing. Keputusan final Piala Dunia, Paul meramalkan Sepanyol menewaskan Belanda manakala Mani memilih Belanda mengatasi Spain. Tengok, si haiwan ni dah celaru, memberikan dua keputusan berbeza membuatkan kaki judi keliru dan huru-hara. Hah, hambik engkau.

Yang kelakarnya, kalau dulu pemain penyebab kekalahan diancam bunuh dan dibunuh seperti nasib malang Escobar yang ditembak di sebuah bar kerana menjaringkan gol sendiri lalu mengakibatkan Colombia kalah. Sekarang, Paul si sotong pula diancam bunuh oleh penyokong fanatik Jerman dan Argentina. Aku sendiri pun rasa nak buat masak kicap atau panggang je si Paul ni kala ramalannya mengenai Jerman tewas kepada Spain menjadi kenyataan. Tapi mengenangkan muka hodohnya tu, terus 'kansel' hehehe...dah la aku alergik makanan laut ni...takut gak, selepas makan, muka berbintik bintat macam si Paul..heh, tak kuasa.

Dalam mencari2 internet, aku terjumpa kenyataan yang sungguh lawak lagi mengharukan, antaranya.

"Paul the Octopus has been inundated with death threats from Argentina and Germany. Spanish celebrity chef José Andrés is however currently running his restaurants sans octopus, but we assume Spain needs to bring home the gold trophy to keep the octopi from appearing back on the menu.

Also, Spain's Prime Minster Jose Luis Rodriguez Zapatero has offered protection for El Pulpo Paul saying, "I am concerned about the octopus. I'm thinking about sending in a team to protect the octopus because obviously it was very spectacular that he should get Spain's victory right from there." How spectacular would Zapatero continue to consider Paul should he be wrong about Sunday's upcoming match?"

Huh, gila sungguh, macam tak ada kerja lain. Daripada protect si Octopus ni, baik hantar satu skuad melindungi pasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Ini tidak, si Israel laknatullah tu bukan main lagi mendongak langit.

Begitulah dunia sekarang, macam2 kegilaan sebab manusia makin hilang kewarasan. Fikir2 balik seronoknya jadi sotong tu..dah macam selebriti plak..tapi for guys, please lah, jangan berangan2 nak jadi sotong plak. Buat penaya nusa, bangsa dan agama saja. Cukup2 la Paul pegang status tu ye....at least ada hasilnya, u all??? hahaha sendiri mau ingatlah!!!!

Thursday, July 1, 2010

Jangan asyik mendongak langit

Aku sentiasa menghadapi dilema yang satu ini. Berkenaan orang lain yang terlebih ambil peduli tentang diri aku. Orang sekeliling yang terlampau ambil kisah fasal diri aku. Sebenarnya tak ada salah mengambil berat tapi jangan sampai mencalarkan perasaan orang lain. Meremuk rendamkan hati orang. Sepatutnya fikir satu perkara saja, "bagaimana kalau aku berada di tempatnya? Cekalkah aku seperti dia?"

Kalau setakat sekali kena, aku boleh buat2 lupa. Ignore saja. Tapi, kalau berulang kali di depan dua tiga kenalan, hati aku mula mendidih. Kecik besar, kecik besar je aku tengok dia. Tapi dah tua2 begini malas dah nak berbalah..

Aku harap dia boleh sedar perlakuannya. Aku harap dia tidak teruja sangat dengan langit tinggi tapi cuba memandang ke bawah. Ke rumput yang diinjak...kerana itulah perasaan aku yang sedang dipijak2nya...

Monday, June 21, 2010

Reunion bekas SMTP di Midvalley

20 Jun 2010 - jadi jugak gathering kami bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Perak (SMTP). Terima kasih bebanyak kepada Norsilawatie Che Din yang bertungkus lumus memastikan rancangan ini berjaya. Paling terharu ada yang sanggup datang sejauh Penang dan Kuala Kangsar semata-mata hendak bertemu muka dan memeriahkan program ini. Cikgu yob Sabree pukul dua pagi sampai ke Kuala Lmpur dari Bukit Mertajam ye? Sebelum itu, Laili dan Wan Asmah sanggup ambil cuti dan turun KL semata-mata memenuhi undangan. Memang aku sanjung komitmen kalian.

Apabila dah berjumpa balik ni, bermacam2 isi cerita yang terkeluar. Watie masih dengan perangai selambanya. Cikgu Yob tetap kelolo (kelakar kata orang Perak) macam zaman sekolah dulu. Azlinawatie (yong) tetap 'ratu' di kalangan kami. Dia ni dari dulu sampai sekarang maintain ayu dan jelita...dah ada dua anak pun tetap anggun. Yaya tetap comel dan selamba. Dia boleh tiba2 terpacul di depan kami semua. Macam mana le aku tak boleh perasan si kecik molek ni.

Mad yang dah ada tiga anak (amboi produktif ko Mad) masih kekal dengan sikap pemimpin dan bapak2nya. Kamaruzaman yang masih single plak macam aku suka melancong. Sempat berkongsi rencananya yang berhajat ke Melbourne hujung tahun ini dan tahun depan khabarnya nak jelajah London pula. Hai zaman nampak gayanya tak kawen le kita, kalau dok asyik sibuk nak pusing dunia je. Satu kemujuran bertemu Niza Khair yang bekerja di agensi pelancongan, terus aku close deal ngan dia untuk ke Hong Kong tahun depan.

Jue, Laili dan Wan anak2 dara ni datang kemudian dapat warm welcome. Jue macam aku berisi dan bagai dipam2, Laili maintain aku kira family genetik dia ni, wan nampak susut sedikit. Namun, semuanya gembira bertemu kawan2.

Rozman dan Azman Musa pun ada. Rozman pendiam tapi mahu juga berkongsi cerita. Azman ni aku tengok penampilan dia dah macam tokoh politik, kalau dia mengaku ketua bahagian pun senang-senang orang percaya.

Sempat juga dua tiga orang lagi merancang hendak buat gathering besar2an lepas ni. Termasuk perancangan ke Bali bercuti sama-sama musim cuti sekolah tahun depan. Secara tak langsung Cikgu Yob diangkat menjadi ketua projek. Aku tak kisah, kebetulan ada kelapangan pasti tak ketinggalan join sekali. So, kepada kengkawan, get ready je la...kita jumpa lagi nanti dalam suasana yang lebih meriah lagi ye...neway, thanks bebanyak, kamu semua begitu sporting pada hari itu.. i have a very good moment!

Selit2
Sempena demam World Cup ni teringat aku kisah ketika di form two. Masa tu rancak Piala Dunia juga. Sebagai pelajar, aku akui ada ketikanya malas sangat hendak mengikuti pelajaran lebih2 lagi subjek selepas waktu rehat. Mata pun dah berat semacam maklum baru lepas makan.

Kebetulan waktu itu Mr Foo (guru bahasa Inggeris) bakal mengajar. Double period plak tu. Kami dah masing2 hilang mood.

Salah seorang kawan, Azrul Mahathir (ye Jooi) sudah dapat satu akal. "Apa kata kita ajak Mr Foo sembang2 bola, bila dia dah syok mesti lupa punya nak mengajar," Azrul sengih nakal.

"Boleh gak, aku pun cam malas nak belajar ari ni," sokong si Meor. Aku yang tersengguk2 menahan kantuk memasang telinga.

"Boleh, no hal," sambung kuncu2 yang lain. Mr Foo ni memang gemar berceloteh, bercerita dan friendly sangat dengan murid2nya. Kami memang dah hafal sangat dengan perangai dia yang kalau bercakap mahu habis satu period.

Sebaik memberi ucapan selamat, Azrul bukak gebang , "Sir, tengok tak game Argentina semalam?" Huh, sir aku ni pun apa lagi, bukan main ghairah dia memberikan pendapatnya. Azrul and the gang dah senyum panjang. Buku teks atas meja tak bukak2..aku tumpang seronok mendengar.

Brazil samba, penalty Italy, England main tipu, Italy main kasar bla, bla, sampai habis satu period. Satu kelas rancak menyampuk. Azrul dan kuncu2nya senyum puas. Agaknya dalam hati berkata, "menjadi rancangan aku"

Lagi suku masa loceng waktu kedua berbunyi, tiba-tiba Mr Foo memberi arahan, "Azrul, Meor bla bla (dua tiga orang lagi) beratur berderet kat longkang tu." Dalam terpinga2, Azrul dan kengkawan mengikut juga, dalam blur2 Meor turutkan aja.

"Menonggeng," jeritan Mr Foo dah bunyi guruh. Kami mula tak sedap hati.

"Kenapa sir?" Azrul mula cuak. Muka dah tak tentu arah.

"Buat!" Jerit Mr Foo sebelum "Ini Brazil penalty, ini Italy side kick..ini bla,bla," sambil menendang buntut seorang demi seorang. La, rupa2nya cikgu aku ni tau taktik kami. Satu kelas ketawa tengok Azrul and the geng tersungkur mencium rumput. Tu la buat lagi hahahaha...

Kepada geng2 ni, teringin nak jumpa. Harap gathering akan datang dapat turut serta lah ye...masa tu kita boleh sembang bola puas2 sambil mengimbas kenangan manis bersama Mr Foo hahaha

nota hujung: nanti kengkawan dah bagi gambar kat aku, buleh aku postkan...dalam kamera aku ada dua keping je...bukan apa punya syok bercerita sampai tak ingat nak bergambo..ni ada le sekeping
Ijan, Niza, Yaya (muka separuh) Wan dan Laili...maaf geng lain, tak dapat masukkan semua la...gambar ni pun blur je....aiseh, happy betul kita kan?

Friday, June 11, 2010

Demam Piala Dunia

Roha senyum manis berlatarkan hiasan Espana (Spain). Kata Roha ini kenangan kerana selepas ini kami semua akan berpindah tempat duduk huhuhu sedihnya..


tengok jersi dan kepala gergasi Maradona tergantung tu...sebatu dah nampak...maaf ye visual gelap sikit...


Nazmi dan team Germany nya...nampak tak pintu gerbang felda di belakang tu hahaha ala gurau jer


alahai halus2 tulisan dibuatnya encik Azli ni...tenggelam dek rambu-ramba..tapi tak leh cakap lebih2, demam lagi si arkitek ni.


Kunun2 tengah tekun menghias la ni...tengok Zaidi, apa yang dibelek tu. Kak Nab, ewah2 giat mengusik si Zaidi ni


Aku, Zaidi, Abang Azis (berdiri atas meja) dan Kak Nab sedang tekun membuat persiapan tetapi macam biasalah tetap ada masa nak pose

Aksi Nazmi menjulang piala...ala2 Guru Besau baru lepas meraikan kejayaan pasukan bola sepaknya menang game peringkat daerah plak...


Piala dunia dah bermula. Tapi, di sini demamnya sebulan lalu apabila setiap desk diberi satu team, kemudian perlu dekorasi ruang kerja berpandukan team. Maka, semaraklah bilik berita dengan jingga Belanda, biru lembut berselang putih Argentina, Merah-putih- biru  France dan sebagainya.
     Desk Berita Minggu, HIP (hiburan) dan Ekonomi berkongsi pasukan Sepanyol. Oleh kerana Azli Ayob pandai bab hias-menghias ni kami lantik dia jadi 'arkitek'nya. Maka, sakan lah kami berhias. Meskipun, agak 'ketinggalan keretapi' berbanding desk lain tapi bila dah siap...hah, ambik kau, dah macam kelab malam kat Spain sana nun. Itupun belum lengkap lagi kerana khabarnya sedikit masa lagi akan dibawa masuk 'matador', lembu naik minyak dan hah, Zorro pun ada. Tapi dalam rakaman program tv Nasi Lemak Kopi O esok (entah masuk entah tidak) dah tentu2 lah Cik Mat menjadi Zorro sekali gus merangkum maskot kami.
    Ada lah dua tiga gambar yang sempat aku postkan  di sini. Aku belum berkesempatan mengambil gambar team Belanda lagi yang sangat happening dengan kincir angin, mural pemain bolanya, segala banner berjurai dan sebagainya...nantilah, ada masa aku tunjuk kat korang. Aku sempat snap gambar team kami Spain membuat persiapan yang ala2 lokasi kelab malam hahaha, Germany (ada pintu gerbang Felda ( ini menurut Abang Azis) dan kepala gergasi Diego Maradona dari jauh..hehehe jom tengok

Sunday, June 6, 2010

Sparkling Korea Pic

Lepas mengabeskan duit, bergambo pulak..baik uni (kakak) ni..kat kedai dia ni syok borong, dia suka bagi free gift :)


Antara cenderamata selebriti yang dijual..pilih je mana berkenan dari sapu tangan, button, rantai kunci, rantai handphone, bekas tisu eh macam2 la..


trek kuda di belakang istana



balairung seri



Saling tak tumpah macam pengawal Buckingham Palace..usiklah apapun, seinci tak bergerak..ada ke patut member aku tarik janggut dan bendera dia..nampak tak pedang dia tu? hisss..tak berani teman..

laluan berbata menuju balairung seri..di dalam tu la penggambaran drama bersiri Hong Gil Dong dilakukan....saat pembesar sembah menghadap Maharaja Chang Wi.

Jelmaan hulubalang lama istana Kyongbok


Satu2nya masjid besar terletak di Itaewon...you all akan jemu tengok aku menge'pose' je la...maklum le bukan senang, selalu pegi sebab keje. Yang ni sendirinya hal, tu yang tetiba kemaruk bergambar tu hehehe


Pose tak berapa nak maut berlatar belakangkan tebuan bunga gergasi..dah ada yang nak ngambikkan gambo, kita pun hentam pose ler..


meriah bunga pelbagai warna dan spesis. Ada lak tikus comel di tengah jelapang


aku dan skandal naik choo choo train..cute betul belon arnab yang dia buat tuh :)


Untuk ke Safari World kena naik cable car..syoknya berjuntai2 kaki..macam kanak2 ribena :)


Inilah Everland, taman tema tercantik di Korea. Cuba tengok jalan bitumin tu..bersihkan?


tengok le kehijauan rumput di bawah sana..jangan tengok saya..pose memanjang...hahaha



Menyusuri kubu dan kota lama di Suwon. Syahdu cuaca dan pemandangan di sini.



Tak dapat jumpa pelakonnya, bergambar kat signboard ni pun kira ok lah :)


Tiga dara cuba pose ala2 Charlie's Angels tapi hampeh tak jadi..sebenonya teruja ngan photographer haha


Pose tak hengat di Nami Island


Pokun Bab (nasi goreng)...sedap gak, bila tengok kitaorang terkial2, si Dean datang mengacaunya...fuh lagi sedap jadinya hahaha

Syok bergambar ngan Ruby di perhentian menuju Nami Island...


Kat tengah jalan...kira cam divider la ni..ada hiasan cute gini

Deretan kedai di Itaewon..sini meriah barang dan foreigners


Demam bola beb..banyak kedai jual jersi



Di Itaewon ada pemilihan Mayor baru...merasalah tengok dorang berkempen...ingat nak join sekali tapi lain kulit la hahaha


Walaupun tak de sistem u-turn kat sana, dorang macam tau2 je bila nak belok, bila nak bagi laluan...kalau accident tak de lak jam..heran gak



Pemandangan Han River, seronok lepak2 di padang rumput tepi sungai tu. Sungai ni sangat terkenal dan selalu dorang shooting drama dan filem kat sini.

Biru air laut di Nami Island kan...sejuknya bila terpercik ke muka..
air pancut di Everland. Cuba berdiri di tepinya, sejuk macam percikan salji halus.

Amboi susah payah jugaklah baru dapat down load gambar2 ni. Berukband (broadband) problem, asyik sangkut je..hampir2 gak putus asa tapi mengenangkan janji dengan kawan2 diturutkan jugaklah..
Ini baru sebahagian gambar sedangkan dalam kamera ada beratus keping lagi..tapi mana2 yang patut tu biar aku simpan sendirilah, untuk diabadikan dalam memori. So, tengok2lah ye..kot2 nanti berhajat cuti-cuti Korea, adalah serba sedikit bayangannya. Enjoy! (untuk diri sendiri selebihnya hehehe...)

Friday, June 4, 2010

Sparkling Korea

Ehem..macam mana nak cakap ek...aduh, jenuh mikir ayat2 paling indah tapi tak leh lawan hati yang kembang berbunga ni :). Bercuti memang menyeronokkan tambah2 dapat ke seberang laut, beribu2 batu jauhnya. Ke negara orang, tengok budaya orang, rasai pengalaman hidup di tempat orang. Bukan sekali dua aku ke luar negara (mostly urusan kerja) tapi cuti kali ni lain rasanya, lain sangat. Indahnya bercuti di Korea. Indah sangat. Ingin aku menyebutnya seribu kali, tidak sejuta kali. Tapi setiap kali jugalah bibir ini menguntum senyum. Mengingat bait2 kenangan, momento2 indah yang telah ditinggalkan. Tapi, berazam untuk menjejak dan mengutipnya sekali.

Mengenang keindahan dan keseronokan pertama kali menjejak kaki ke Pulau Nami tak mampu diungkap dengan kata2. Tanah indah menyaksikan cinta sejati Junsang dan Yujin lewat filem epik cinta Winter Sonata. Biarpun ketika persinggahan ku musim bunga hampir ke penghujung membawa angin musim panas, namun sejuknya masih terasa. Seronoknya berjalan2 menyusuri pohon2 rimbun di bawah cuaca 17 selsius. Dan, sesekali angin bertiup membawa harum bunga sakura mengiringi perjalanan.

Pulau ini bersih dan mulus. Bayangkan sepanjang perjalanan usahkan nak berjumpa sampah, ludah orang pun tidak. Kagumnya aku. Bersihnya. Leka seketika menatap daun2 hijau bergabung dengan kuning, merah dan jingga maple. Rumputnya hijau dan terpelihara. Kebetulan rombongan kami datang, warga Korea bercuti hujung minggu. Maka ramailah pasangan muda-mudi ke sana. Yang bekeluarga membawa anak, isteri dan saudara-mara.

Anak2 muda Korea cantik2 dan handal berfesyen. Untungnya kulit mereka mulus, gebu dan putih. Di mana2 saja akan nampak kelibat Rain, Son Dambi, Lee Joon Ki dan sebagainya. Tak payah sibuk2 mencari artis, orang Korea memang lawa2. Ada yang sangat berani berfesyen, wah rambut bukan main blonde namun bila berjumpa nenek tua, hormat sangat, asyik menunduk. Ada juga army yang diberi cuti, berjalan bersama hamoni (nenek) dan oma (ibu). Suka tengok institusi keluarga mereka.

Mereka sangat hormatkan orang walaupun kami warga asing. Kadangkala naik segan nak bergambar apabila mereka berdiri di tepi memberi laluan kami pose di papan tanda atau mana2 tempat. Sebolehnya dia akan menepi. Dan selepas mengucapkan Kamshanida (terima kasih) mereka akan menunduk dan senyum. Senyumnya sangat ikhlas.

Apa ada di Pulau Nami? Setiap ceruk ada pemandangan indah2. Macam dalam postcard. Ada juga patung hero-heroin tu. Kereta kuda menyusuri jalan berbatu kerikil dan sesekali pasangan kekasih mencelah dengan basikal. Ada arca salji sebijik macam dibentuk Junsang dan Ujin. Sempat jugaklah aku snap gambar. Berjalan di mana2 ada saja pemandangan dan objek indah yang boleh dipandang. Ada galeri Winter Sonata. Ada yang menjual cenderamata permata, rantai kunci dan sebagainya. Wah, semua cute belaka. Bila kita mendekat mereka senyum sambil menunduk kepala.

Untuk ke Pulau Nami perlu menaiki ferry dalam 10 minit perjalanan. Seronok melihat tasik bertemu laut yang airnya biru dan sesekali apabila terpercik ke muka, sejuknya bagai salji. Ada juga pusat bermain ski tapi musim panas begini, sunyi sajalah. Bangunannya bata merah dengan seni bina cantik sekali. Oh, kagumnya aku dengan cara mereka menjaga kebersihan. Tertanya2 juga agaknya, sampah disimpan dalam saku kot.

Kalau diizinkan Tuhan, ingin sekali lagi ke Pulau Nami ini bermain salji pula. Tentu seronok lepak2 di kerusi taman sambil membentuk snowman kan? Terbayang di kepala ini babak2 romantik Jun Sang dan Ujin saling melempar salji. Jelas, ini pulau cinta, patutlah ramai pasangan muda-mudi singgah di sini.

EVERLAND
Taman tema tercantik di Korea, sama taraf dengan movie world di Gold Coast, Australia. Kata seorang teman, di sini pernah merakamkan babak Rain (Yong Tze) mencari Jien dalam siri tv Full house. Ye betul lah..cam betul aku dengan roller coasternya. Menurut sumber, roller coaster ini antara terpantas dan tertinggi di dunia. Ada teman ajak mencuba tapi aku gerun.

Melangkah masuk, seronok betul tengok pengunjung memakai topi dan cekak rambut cute kucing, arnab, riben Minnie Mouse dan sebagainya. Aku pun beli le satu. Cekak rambut kucing dengan harga 12000 won (puluh ringgit gak la duit kita) untuk dipakai sepanjang tiga jamn di taman ini. Alahai, tak pernah dibuat tapi di sini semua orang selamba dan ceria. Aku pun dah macam kanak2 tadika dah mencuba itu-ini.

Ada bermacam pilihan permainan dan tempat. Selain roller coaster ada ferris wheel, kuda pusing dan sebagainya. Kalau sukakan binatang, boleh ke Safari World dan kalau sukakan bunga dan suasana romantik, ada taman Four Season. Sungguhpun di awal musim panas, landskap taman cantik amat. Bunga pelbagai warna dan spesis cukup membuat hati terpesona. Sudah lah begitu, ada yang dibentuk seperti kumbang, rama2, muzik dan lain2. Nak tengok keliling taman, naiklah choo choo train. Sesekali angin bertiup lembut, lepak pula di tepi air pancut, wah rasa macam berada di taman di pergunungan.

Taman Temanya pun sangat bersih. Kuperhatikan kru dan staffnya tak reti duduk diam. Sekejap2 menyapu, sekejap2 memangkas, menyiram bunga. Memang betul lah macam dalam movie dan series, mereka ini sangat pembersih. Kalau boleh setitik habuk pun tak nak tengok.

Di sini bermacam permainan boleh dicuba, tak perlu bayar tiket tambahan. Memadai sekadar membeli tiket di pintu masuk. Sempat juga aku tengok drama anjing laut dan mencuba permainan perang dengan hantu di Ghost Mansion. Kanak2 di sini pandai mencari hiburan. Ibu bapa beri kebebasan mencuba apa saja. Selamat. Tak perlu risau penculikan ke apa ke.

Kedai snek dan cenderamata bersepah. Semuanya menjual produk2 comel sesuai tema theme park. Maskotnya arnab dan harimau putih. Jadi, dua haiwan ini cukup banyak diabadikan sebagai patung, rantai kunci, pen, mug, topi, bantal dan sebagainya. Alang2 datang ke sini, rugilah kalau tak sambar satu hehehe

SUWON
Perjalanan balik sempat juga singgah di Suwon. Suwon bermakna kawasan pergunungan. Melawat kota lama dan lapangan memanah di situ. Di sini, pernah diadakan shooting Boys Over Flowers. Adegan Yijoeng dan Won Bin menembak burung.

Turun saja bas, terus terpaku dengan padang dan bukit melaut. Saujana mata memandang. Di sepanjang bukit, dipagari tembok konkrit dengan laluan berbatu. Seronok menyusuri jalan sambil bergambar di kubu lama. Bersandar di temboknya dan memerhati sayup2 jalan raya dan orang tengah memanah. Angin bertiup kencang membuat tubuh yang lesu segar semula.

Hendak lebih, teroka dungeon dan menara. Seram juga tapi bila sampai ke puncak, macam berada di pundak dunia.

Hah, tandasnya mengejutkan.Sudahlah air sejuk, maklum dialirkan dari gunung tapi ada mini landskap siap dengan pagoda mini, bunga matahari dan replika istana. Aduh, macam manalah mereka terfikir untuk menghias tandas ye. Wangi bunga memang membunuh busuk tandas walau hakikatnya tandas mereka bersih dan tidak berbau. Dalam dok lepak2 di situ, terlintas di fikiran. Kenapa tak R&R kita mencuba cara ini? Aku rasa kat Tapah tu boleh dibuat macam ni kot...surely, lagi best.

ITAEWON
Oh, ini kota muda-mudi. Ini bandar hiburan dan fesyen. Rumah fesyen tumbuh macam cendawan membawa jenama Prada, Nike, Adidas dan sebagainya. Di sini, foreigner lebih2 lagi mat saleh dah sama ramai dengan orang tempatan. Bahkan, ada yang kahwin dengan orang tempatan.

Paling senang mencari makanan halal di sini sebab ramai warga arab. Dua tiga restoran makanan halal termasuk kedai roti dan sebagainya. Di sini juga ada satu2nya masjid besar. Saiznya sama lah macam masjid Jamek.

Aku dan kawan sempat memborong cd di sini. Ada imitation bag gred A dan baju musim dingin. Syok betul lah. Rambang mata dibuatnya. Selepas beli, cuci2 mata pulak tengok mamat2 yang macam boyband 2pm dan big bang. Dan, gelap mata juga tengok mamat2 Afrika yang dok sengih2 di bar-bar coffee..ceih...

INCHEON
Selain National Ginseng Outlet dan Amethyst Factory (permata ungu), aku sempat ke gedung kosmetik. Ada serba mak nenek jenama Etude, BB dan ntah apa lagi. Semuanya menggunakan selebriti sebagai jurucakap. Joon Ki, Bhu Hyun, Lee Min Hoo dan macam2 lagi. Rambang mata dibuatnya tambah2 salesgirlnya cantik2 belaka. Yiputa (lawa) kata orang sana. Packaging alahai menarik dan comel, tak sedar memborong dua tiga lip balm. Fikir2 balik, buat apa la aku beli banyak2 ni ye...sebab kagum punya hal...hisss

Petangnya ke Istana Kyongbok (dibina pada tahun 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun). Dulu2 raja Korea tinggal kat sini. Sekarang jadi tempat tarikan pelancong dan penggambaran filem saja. Filem Princess Hours dan Hong Gil Dong menjalani penggambaran di sini.

Masuk ke balairung seri nya, kami disambut pahlawan Korea dulu. Dengan aksi fighting yang menarik dan costume serta dandanan sebijik zaman disnasti lama itu. Jangan tak tau, ada pengawal yang terpacak diam macam di Buckingham Palace. Cakap la apa pun, usiklah mana2 patut, dia takkan bergerak dan senyum. Kawan yang dajal sempat tarik janggut, pun seinci tak bergerak hahaha jahat. Sekali dia libas pedang dia tu putus dua.

Kawasan istana ini sungguh luas, dirimbuni pohon sakura, padang kuda dan dibina muzium bagi menyimpan khazanah lamanya. Aku kira sejam pun belum tentu habis pusing kawasan.

Balik singgah pula di kediaman Presiden Blue House.Lalu sajalah, ambil gambar. Lain lah menteri ke apa ke, buleh lah masuk makan kimchi.

Stay Seven, hotel kedua kami berdekatan dengan pusat penyiaran KBS, MBS dan SBS. Kata tour guide, Mr Hackey, kalau nasib baik berpeluang jumpa pelakon dan selebriti. Hahaha..tapi pelakon kat sini sangat menghargai privacy. Mana ada keluar dengan transport awam meskipun teksi. Betullah kata Roha, jumpa poster sajalah. Itu sebab kalau terserempak mereka di tempat awam, peminatnya histeria. Mereka tak akan menjejak kaki ke tempat umum.

Malamnya, aku dan teman sebilik tak duduk diam. Berpakat merayap dan mencari kopi. Tengok nite life dorang yang sebenarnya. Penat berjalan singgah sebentar di GS 25 (macam Seven eleven la) dan Seven Eleven mencari kopi botol Maxim. Enak betul. Berbotol jugaklah kami beli, maklum pelbagai flavour, ada esspresso, capuccino, black dan lain2. Sekarang ini, aku asyik teringat2 kopi tu. Kemudian berjalan2 menyusuri MRT. Sejuk sampai ke tulang hitam tapi tak terasa sebab seronok. Tak sedar jam dekat 12 malam tapi masih selamat. Tak de plak jumpa mat rempit, cuma terserempak mat saleh mabuk soju dengan kawan Koreanya. Haram depa tak kacau, just tukar2 senyum je la..

NAMDAEMUN MARKET
Wah, ini syurga beli-belah. I like. Di sini juga terkenal dengan kerongsang2, rantai dan sebagainya yang lawa2 belaka. Sempat aku menjenguk pusat membuatnya. Blink blink..mata aku pun dah naik silau. Tapi satu je lah yang disesalkan. Tutup awal sangat. Pukul 6 petang dah bungkus dan tutup kedai. Dia takkan berubah hati walaupun pelanggan berkerumun. Biarpun kita pujuk, dia akan  cakap 'biane' (maaf).

Pakaian up to date, sneakers, cenderamata dan serba mak nenek lagi tak usah cakap. Bersepah. Mak ayah je tak jual hahaha...harga boleh runding. Celebrities Merchandise pun banyak...mug, poster, sticker, freeze magnet, towel, cakap je semua ada. Lagi satu, aku tengok orang Korea ni tak berkira. Senang dapat diskaun. Dan, kalau kita pembeli yang tak banyak songeh dia akan hadiahkan sesuatu pada kita.

Peniaganya sangat peka. Ini aku alami sendiri tika mencari-cari merchandise Kim Hyun Joong (pelakon dan leader of SS501 boyband) untuk cousin aku. Dia tengok aku beli tanpa banyak songeh, dihulurnya aku sticker Kim Hyun Joong. Pelik gak aku pasal tak mintak pun.. "gift, gift" katanya. Rupa2nya dia bagi free jer hehehe...

Banyak gak lak berabes duit kat sini dan rasa nak tercabut plak kaki. Balik ke hotel dengan MRT jer. Tak usah risau, train ni datang ontime. Dah tu, orang Korea tak kisah nak berebut2 dan mereka lebih suka berdiri dalam MRT. Yang dok penuhkan tempat duduk, kami orang Malaysia jer heheheh

NAMJA
Jangan salah sangka ye, ini bukan nama tempat tapi mamat2 kat sana. Haruslah kena cerita sikit kan, baru le lengkap seisi cerita.

Dari segi fizikalnya, jejaka2 Korea ni tinggi dan tegap2 belaka maklum semuanya diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun. Kulit tip top, bersih gejala jerawat. Fesyen? Tak usah cakap lah, apa yang mereka tidak cuba.

Tapi satu sikap yang aku peratikan lelaki kita tidak ada (bukan semua ye) ialah gentleman dan caring. Mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang. Dalam MRT kiri-kanan couple berkepit. Aku tengok lelakinya punya hensem, perempuan alahai pendek pula. Tapi, si lelaki bangga amat. Cinta punya hal.

Aku sempat menonton reality show dorang tajuk Better Me, kisah perempuan spesis Halimah Jongang bercinta dengan Namja meletops. Yang perempuan sanggup buat plastic surgery agar nampak sepadan dengan kekasihnya. Sedangkan lelaki tu keberatan. Katanya, buruk ke hodoh ke kalau dia sayang semua jadi indah..aigu, aigu...

Jeng jeng, yang ni aku alami sendiri. Bersama Mr Dean, mamat yang menemankan rombongan kami. Huh, hensemnya macam pelakon So Ji Sub (bukan maggie sup ye) membuatkan kami anak2 dara cair dan teruja. Ini kisah di Pulau Nami, si klon So Ji Sub ni mengajak kami singgah di R&R makan buah berangan. Dalam dok leka bergambar, tak sedar sungguh sudah mengganggu trafik. Tetiba pulak ada kereta, entah dari mana, alamak macam mana ni kaki macam kena gam.

Nasib baik ada So Ji Sub, dia sudah buat aksi stunt tahan kereta tu. Ayo sangat ngeri. Rasanya, aku belum lagi apply jadi pelakon drama KBS ke SBS ke. Dah tu, dia bukan marah aku tapi marah driver kereta tu. Yang pemandu kereta tu pulak menunduk2 minta maaf. Then, siap tanya plak, aku ada luka apa2 ke..aku rasa tangan dia kot la yang luka. Langsung So Ji Sub memakai sarung tangan sampai ke lengan. Aduh, gila lah..hahaha bila cerita pada Shiqah..dah la kak, dah la kak..tak nak dengar...hehehe jeles la tu..

Bukan aku sorang ye..sepanjang bersama dia, dia jaga semua orang. Mak cik2 dipimpinnya. Dia siap masakkan pokun bap (nasi goreng) untuk kami dan siap suapkan kami nasi kimchi. Aduh lah, malu tapi mahu hahaha...

Di Nami Island banyak le kisahnya tapi biarla kita simpan sendiri aje lah...untuk skrip drama akan datang, Date With So Ji Sub Klon hahaha...tapi seriously, lelaki Korea memang gentleman. Susah nak cakap, korang kena pegi sendiri le, baru tau..

Frankly speaking, ini cuti2 paling indah seumur hidup. Berbaloi betul. Kawan sebilik Ruby,siap nak hilangkan passport lagi hahaha naik cuak aku. Dah satu kerja kena dok tanya "Beb, passport ko mana? Dah masuk beg dah?" hehehe... dapat gak kawan baru yang gilers cam Amat, Ida dan Syaz. Amat paling sempoi, rambut macam rangga, badan macam kerengga hahaha...

Aku tentu rindukan sangat Seoul lepas ni. Rindukan Maxim coffeenya, rindu nak lepak2 di GS25 then, tengok orang2 sana lepaskan tekanan perasaan main baseball jam 12 malam. Huh, rindu kimchi dan So Ji Sub jugak hahaha agak2 la.. Angneyo.

Nota: Nanti aku masukkan gambar2nya plak ek...penat le menulis..hahaha sapa suruh

Wednesday, May 26, 2010

Haiya, beli kamera ka?

Lain dirancang, lain yang jadi. Lain dicari, lain pula yang dibeli. Rasanya bukan aku saja yang terkena macam ni kot, you all pun mesti ada pengalaman yang sama.

Kununnya, semalam mahu menukar mata wang di Midvalley, tup2 terbeli pula kamera digital yang memang tidak ada langsung dalam perancangan. Ewah, ewah macam 'berwang' sangat. Paling kelakar, Kak Hazirah pun teruja sama. Dia sambar kaler hitam, aku angkut balik kaler merah. Sungguh la kuat kuasa memujuk si amoi penjual kamera itu. Daripada satu ke satu spesifikasi ditunjukkan. Sampaikan kami yang pada mulanya hendak beli yang tertulis dalam belanjawan pun mengangguk2 kencang tatkala dia bertanya, "So, jadi ambil ka?" Haiya, ini kepala banyak jahat la. Kepala otak terlebih geliga, mahu kasi tuan dia muflis la huhuhu...

Hai, dengan kamera baru ni dapatlah aku ambil gambar dekat 600 keping nanti. 12 Megapix, mak oi size billboard tu. Harus le serba mak nenek gambar dirakamkan nanti. Tak cukup pose sendiri, habis segala macam driver bas, keretapi, pili bomba, ranting mati, batu sungai aku rakamkan nanti.

Itulah dia Bennie, sebelum keluar shopping merancang dulu. Duit dalam dompet biar cukup2, jangan terlebih. Huh, dia memang pantang tengok dompet penuh, habis semua nak disambar. Itupun kira nasib baik aku tak bagi Korean Won dengan Vietnam Dong pada amoi tu. Nyaris2 jugalah nak kasi.

"Kasi ini boleh ka?" kataku sambil mengunjuk wang asing itu.
"Boleh, boleh, boleh tukar..itu money changer dekat saja ma..." Wah, bergeliga sungguh otak amoi ni. Yang tak bijaknya aku...terbang duit dekat 5 rat...huhuhuhu (nanges tak berlagu).

Saturday, May 22, 2010

Sembang2 Juara AF

Satu2nya bunga...rose among the thorns...suara sedap. Tapi entah le, kalu ramai voter pompuan, payah nak celah dia ni...


Maulana...genre dia lebih kepada Jazz...


Ramai remaja bawah umur admire dia nih..aku tengok dia cam Aril dan Adam la...lincah!


Ni dia, favourite dara dan mak dara

Macam kartun...jangan salah anggap, aku bukan kutuk dia, maksud aku dia ni menghiburkan..
sesak2 boleh masuk Raja Lawak dia ni


Sabtu. Keje petang. Story dah submit. Apa lagi yang nak dibuat ye? La ni, dok melepak je kat meja ni sambil jeling2 tv di depan, konsert akhir AF bakal berlangsung 15 minit lagi. Bukan ler ghairah sangat cuma teruja jugak nak tau siapa bakal juara.

Last week, budak2 AF tu ada mari kat opis aku ni, ditemani pengetua dorang yang berkarisma. Siapa lagi kalau bukan Norman Abdul Halim. Ingat lagi masa zaman2 gila rap dulu, memang tak sah bergelar rapper kalu tak gilakan KRU. Norman masa tu muda remaja lagi. Comel je. Sekarang? Hemmm...tetap ada aura glam dia tu, cuma dah berusia la sikit nampaknya. Apabila Norman dan studentnya mendekati meja kami, aku dok jeling2 gak.

"Kak, saya tak minat budak2 AF tapi minat pengetuanya.." kataku kepada kak Hazirah di depan.
"Hahahaha.." Kak Hazirah gelak besar sambil menyambung mengetuk story.

Masa diperkenalkan dengan budak2 tu, bos ku Kak Nurul senyum malu2. Muka akak sampai memerah. Bila grup tu menjauh sikit, aku menyendeng2 di tepi mejanya.

"Minat sape kak?" tanyaku.
"Akak suka Shahir dik,"katanya dengan senyum malu2.
"Kak, tidak ke muka dia macam Basir (Meja Pendidikan)?"
"Ha ah, Basir tu encem sebenarnya.." Akak membuat pengakuan macam dalam sessi TERJAH bersama Nas Ahmad, abang rambut kerinting.
"Entah la kak, ye kot. Tapi kak, saya tak berapa dengan wajah2 ala Arab gitu, saya sepet sukalah. Muka Korea sukalah..."hehehe ampunkan aku Basir, lain orang lain seleranya. Ko sebenornya kategori good looking gak lah, tapi dah selera aku jatuh di benua lain, nak wat cam ner?

Amboi jauhnya melencong. Dalam dok main teka2 siapa bakal juara AF, terkeluar pulak cerita pengetuanya sebelum tersasul sampai ke Basir Zaharom pulak..Hah, siapa menang ye. Kata kak Raja Timah (B-POP) Syahir berpeluang cerah juara. Orang la ni cari wajah2 suci gitu lebih2 lagi women voter.

Betul la tu kot, rasanya ye dah...maklum budak dari Perak tu pun tak banyak kerenahnya. Muka innocent dia tu pun memang favourite makcik2, sure ramai nak buat menantu ni...hahaha korang plak cam ner? Agak2nya sape ye? Sama2 lah kita tunggu.

Tuesday, May 18, 2010

Cuti vs Kerja

Menuggu hujung bulan ini, semangat datang meluap-luap. Tidak sabar untuk bercuti, teruja untuk ke destinasi yang selama ini menjadi impian. Tak sangka setelah bertahun memendam rasa, kali ini mampu menunaikan mimpi. Alhamdulillah, di tempat baru, semua serba lebih, rezeki dan hidup pun tak macam tunggul mati. Macam2 yang dirancang dan hendak dibuat sehinggakan rasa macam tak cukup je 24 jam sehari.

Hari ini ada dua tiga tugasan perlu diselesaikan tetapi sebelum tenggelam dengan kerja ingin bermanja2 dengan blog dulu. Teruja dengan Siti Zarinah yang meng'update' blognya hampir setiap hari, begitu juga Kak Shidah. Aton pun dah aktif semula, bagus la Ton..mungkin demam Facebook dah reda ye Ton?

Berbalik kisah bercuti. Mmm...macam2 hendak disediakan. Maklum bukan selalu dapat berjalan jauh macam ni, ditaja diri sendiri pulak tu. Selalunya berpeluang ada assignment luar negara. Tapi faham2 lah, kalau pergi kerana kerja memanglah kaki tangan macam terikat je. Kena fikirkan skop kerja dulu, enjoy-menjoy dah jatuh nombor dua. Biasanya, aku akan bagi komitmen 100 persen sampai pernah suatu ketika, gambar tuan punya diri ada la tk sampai sepuluh keping, gambar lain; view, building hatta pili air, railway station, kereta segala dekat 300 keping...aduh tepuk dahi aku.

La ni, nak sambung kerja. Nak settlekan Pertandingan Rumah Idaman yang dah nak klimaksnya (aiyakkk...manyak susah mau atur temu janji sama clients maa...masing2 ada komitmen), articles for this week hutang dua tiga, fix photo shooting, tolong boss handle corporate shirt, gits and etc etc, layan phone calls yang non stop dari tadi, thinks for the potential rencana aiyak, aiyak, 18 kali...langsung membunuh seketika angan2ku tentang Jang Geun Suk...sabar je la :P

Tuesday, May 11, 2010

Kenangan di Cameron Highlands

Ini cerita zaman purba. Kalau masa tu seorang perempuan tengah mengandung dua bulan, la ni baby dia mungkin dah umur dua tiga bulan kot. Raya tahun lepas. Tapi, disebabkan dalam proses tengah meng'clear'kan (kalu DBP baca, sah2 dia sue aku ni...perosak bahasa katanya) gambar2 di kamera, maka aku terpanggil untuk menge'post'nya (sekali lagi ye..) di sini..

Ini dia gambo2 nya...
Aku dan Ayda Jihu di Strawberry Park (SP). Dua2 baju pink sesuai benar dengan cuaca syahdu kat sini.


korum dah tambah ramai; mak dan mak mun tumpang sekaki bergambar. Kalu batu buleh berkata2, tentu dia menjerit tidak rela dijamah punggung2 kami hahaha


Di air terjun, landskap buatan SP. Tengok mamat tinggi di belakang sekali tu, itulah Solehin yang suka buat lawak pecah perut.


E'in menunjuk kepakaran menari breakdance. Nota: untuk bergambar saja ye..lepas itu dia jatuh tersepuk dan kami gelak guling2

Pokok2 kaktus yang cute belaka ni dijual di kedai2 cenderamata letaknya berceratuk di kiri-kanan jalan. Geramnya...macam nak angkut balik semua. Nasib baik tak bawak lori ari tu..kalu tak, harus tinggal cina penjual kedai saja di situ hahaha


Pemandangan syahdu ladang teh di waktu petang. Melepak di sini, rasa macam berada dalam pembikinan iklan teh yang tersohor itu. Ceh, berangan, berangan...


Ini dia model iklan teh untuk tayangan 2020..pak cu dan culie. Dua2 berspek hitam dan seperti sedang berbulan madu lagaknya. Kemeja T kuning pak cu tu blend sungguh le dengan daun teh...good choice.


"Jemput minum teh, tapi jangan ambik teh saya, order lain..." kata Solehin dengan jelingan tak berapa nak mautnya tu. Lepas syok berhuha-huha di ladang teh, nikmat sungguh pekena teh panas pelbagai perisa. Lemon ada, cinnamon ada semua ada la..pendek kata, mak ayah je tak de :)