Tuesday, December 21, 2010

Boros kah aku?

Aku memang tak mesra teknologi. Sesuatu gadget tu jangan harap lah nak bertahan lama denganku. Pelik juga, aku bukannya 'berkasar' sangat dengan 'mereka2' itu. Pakai pun sekali-sekala. Tapi agaknya kerana terlebeh pandai, selalulah jugaklah gadget canggih hancur di tangan aku.

Contohnya, kamera Olympus baru lima bulan pakai, lensanya dah bermasalah..tak boleh properly shut..bila dirujuk dengan kawan dan camera center, kata mereka perkara normal. Infact, dua orang kawan aku ada masalah dengan kamera brand ni.

Ayo, dan mata yang tak berapa nak disiplin ni dah sibuk meninjau2 brand baru. Memang aku cukup tertarik dengan Sony Cybershot yang baru. Dan, aku ni pulak memang la pencinta Sony...Latest design RM999...mmm hati macam berat je nak sambar. Tengok lah macam mana Khamis ni..rasanya macam nak sabar jugak. Semalam dah test, night viewnya sangat lah cantek..sesuai le kaki travel dan suka ngambik gambo cam aku ni...

Kebetulan handphone pula buat hal..ish 'dorang' ni macam tau2 je tuan dia ni senang sket. Tapi ye lah, dah dekat 5 tahun pakai pun...mahu tak meragam. Manusia pun makin tua, makin banyak 'peel'nya kan...tu kira bagoslah aku dapat bertahan lama dengan handphone tu...hanya speaker je yang rosak tapi ye la..desgin lama..aku belum lagi bertanya, baru keluarkan dari beg nak tanyakan buleh baik ke tidak? Cina penjual tu dah gelak..kurang asam betul.

Penyudahnya, sembang punya sembang, cerita punya cerita, tersambar Nokia C7 yang paling latest tu...(tersambar maknanya tak sengaja kekeke). Terbang gak la dekat RM1500 (plus application mak nenek semua tu). Itu pun, cina tu kata ada diskaun sebab krismas just around the corner...hah, yelah tu...aku senyum je la..dalam hati, aduh nampak note kertas terbang melayang2 macam kapas ditiup angin.

Ye, aku memang boros..dalam kepala serba mak nenek nak buat. Ada je seribu macam cara nak ngabiskan duit...bila dah waras seket..tengok2 balik barang2 yang dibeli...OMG ini untuk apa? La...kenapa aku beli ni...hah, dah biasa sangat dah...tapi itulah aku, yang tau nak berazam...tak nak boros2 lagi, nak simpan duit, tahun depan nak beli rumah...implementationnya non ador..ni aku tahan diri dari singgah bertandang ke kaunter perfume dan cosmetic..kalu tak wasalam...orang angkut satu beg, aku tiga..hai Bennie, Bennie bila la nak insaf????

2 comments:

rynas said...

kadang-kadang membeli untuk kepuasan sendiri adalah terapi diri ben. dulu kita tak pernah merasa dan berpeluang membeli..asal dapat gaji cukup2 untuk kehidupan sebulan. Nampak baju tu pandang saja dengan senyuman...skang ni alhamdulillah...dah boleh membeli apa yang dirasa berkenan di hati..tak per ben tahun depan bajet beli umah pulak...aku ni dah sambar bio aura, beli mesin basuh baru ngan bayor dpayment umah jer..dah habis hehheheh

MummySuri said...

wah murah rezeki awak ngan kak ct. alhamdulillah. tapi betul la ben, barang canggih2 ni cepat nau rosaknya. bila tgk orang pakai canggih, hati pun rasa nak satu tapi bukan la tau sgt pun functionnya. tu kira ok la tahan 5 tahun, saya nyer hp x sampai 3 tahun, rasa cam nak campak ke longkang je sebab keypadnya bermasalah. time nak sms, time tu jugak dia buat hal.