Lepas mengabeskan duit, bergambo pulak..baik uni (kakak) ni..kat kedai dia ni syok borong, dia suka bagi free gift :)
Antara cenderamata selebriti yang dijual..pilih je mana berkenan dari sapu tangan, button, rantai kunci, rantai handphone, bekas tisu eh macam2 la..
trek kuda di belakang istana
balairung seri
Saling tak tumpah macam pengawal Buckingham Palace..usiklah apapun, seinci tak bergerak..ada ke patut member aku tarik janggut dan bendera dia..nampak tak pedang dia tu? hisss..tak berani teman..
laluan berbata menuju balairung seri..di dalam tu la penggambaran drama bersiri Hong Gil Dong dilakukan....saat pembesar sembah menghadap Maharaja Chang Wi.
Jelmaan hulubalang lama istana Kyongbok
Satu2nya masjid besar terletak di Itaewon...you all akan jemu tengok aku menge'pose' je la...maklum le bukan senang, selalu pegi sebab keje. Yang ni sendirinya hal, tu yang tetiba kemaruk bergambar tu hehehe
Pose tak berapa nak maut berlatar belakangkan tebuan bunga gergasi..dah ada yang nak ngambikkan gambo, kita pun hentam pose ler..
meriah bunga pelbagai warna dan spesis. Ada lak tikus comel di tengah jelapang
aku dan skandal naik choo choo train..cute betul belon arnab yang dia buat tuh :)
Untuk ke Safari World kena naik cable car..syoknya berjuntai2 kaki..macam kanak2 ribena :)
Inilah Everland, taman tema tercantik di Korea. Cuba tengok jalan bitumin tu..bersihkan?
tengok le kehijauan rumput di bawah sana..jangan tengok saya..pose memanjang...hahaha
Menyusuri kubu dan kota lama di Suwon. Syahdu cuaca dan pemandangan di sini.
Tak dapat jumpa pelakonnya, bergambar kat signboard ni pun kira ok lah :)
Tiga dara cuba pose ala2 Charlie's Angels tapi hampeh tak jadi..sebenonya teruja ngan photographer haha
Pose tak hengat di Nami Island
Pokun Bab (nasi goreng)...sedap gak, bila tengok kitaorang terkial2, si Dean datang mengacaunya...fuh lagi sedap jadinya hahaha
Syok bergambar ngan Ruby di perhentian menuju Nami Island...
Kat tengah jalan...kira cam divider la ni..ada hiasan cute gini
Deretan kedai di Itaewon..sini meriah barang dan foreigners
Demam bola beb..banyak kedai jual jersi
Di Itaewon ada pemilihan Mayor baru...merasalah tengok dorang berkempen...ingat nak join sekali tapi lain kulit la hahaha
Walaupun tak de sistem u-turn kat sana, dorang macam tau2 je bila nak belok, bila nak bagi laluan...kalau accident tak de lak jam..heran gak
Pemandangan Han River, seronok lepak2 di padang rumput tepi sungai tu. Sungai ni sangat terkenal dan selalu dorang shooting drama dan filem kat sini.
Biru air laut di Nami Island kan...sejuknya bila terpercik ke muka..
air pancut di Everland. Cuba berdiri di tepinya, sejuk macam percikan salji halus.
Amboi susah payah jugaklah baru dapat down load gambar2 ni. Berukband (broadband) problem, asyik sangkut je..hampir2 gak putus asa tapi mengenangkan janji dengan kawan2 diturutkan jugaklah..
Ini baru sebahagian gambar sedangkan dalam kamera ada beratus keping lagi..tapi mana2 yang patut tu biar aku simpan sendirilah, untuk diabadikan dalam memori. So, tengok2lah ye..kot2 nanti berhajat cuti-cuti Korea, adalah serba sedikit bayangannya. Enjoy! (untuk diri sendiri selebihnya hehehe...)
6 comments:
amboi Ben bukan main suka lagi yer bersama sang skandal..ala-ala cam pelakon Korea pulak dia.
Cantiklah yang permandangan bunga dengan Nami Island tu
ehem..kat sana ramai orang lawa dan stylo..bukan dia jer :)
Pulau Nami memang paling romantik. Sesuai untuk pasangan kekasih.
Everland yang ada pemandangan bunga tu sesuai untuk 'kanak-kanak riang' cam aku hehehe...kalu ada anak ko tie hisss lagi best..
Mak oi banyaknya gambor, bikin jeles gitu...bila pula giliran akak dpt pergi ... tak lepaslah nampoknya...
Ben............ jeless ler....nak gi gak....tapi cam ner...nengok kat astro dan youtube jer ler.....huargh....cantik dan menarik....
kak shidah..ala, kak shidah lagi mampu gi kalau nak...tak rugi kak...jom, join kitaorang back pack nanti :)
kak lyn, memang best..ala, kak lyn rezeki akan datang kita tak tau...mana tau, bahagian kak lyn lagi menyeronokkan...sabar ea...ada rezeki Insya Allah ada...
Post a Comment