Tuesday, May 11, 2010

Kenangan di Cameron Highlands

Ini cerita zaman purba. Kalau masa tu seorang perempuan tengah mengandung dua bulan, la ni baby dia mungkin dah umur dua tiga bulan kot. Raya tahun lepas. Tapi, disebabkan dalam proses tengah meng'clear'kan (kalu DBP baca, sah2 dia sue aku ni...perosak bahasa katanya) gambar2 di kamera, maka aku terpanggil untuk menge'post'nya (sekali lagi ye..) di sini..

Ini dia gambo2 nya...
Aku dan Ayda Jihu di Strawberry Park (SP). Dua2 baju pink sesuai benar dengan cuaca syahdu kat sini.


korum dah tambah ramai; mak dan mak mun tumpang sekaki bergambar. Kalu batu buleh berkata2, tentu dia menjerit tidak rela dijamah punggung2 kami hahaha


Di air terjun, landskap buatan SP. Tengok mamat tinggi di belakang sekali tu, itulah Solehin yang suka buat lawak pecah perut.


E'in menunjuk kepakaran menari breakdance. Nota: untuk bergambar saja ye..lepas itu dia jatuh tersepuk dan kami gelak guling2

Pokok2 kaktus yang cute belaka ni dijual di kedai2 cenderamata letaknya berceratuk di kiri-kanan jalan. Geramnya...macam nak angkut balik semua. Nasib baik tak bawak lori ari tu..kalu tak, harus tinggal cina penjual kedai saja di situ hahaha


Pemandangan syahdu ladang teh di waktu petang. Melepak di sini, rasa macam berada dalam pembikinan iklan teh yang tersohor itu. Ceh, berangan, berangan...


Ini dia model iklan teh untuk tayangan 2020..pak cu dan culie. Dua2 berspek hitam dan seperti sedang berbulan madu lagaknya. Kemeja T kuning pak cu tu blend sungguh le dengan daun teh...good choice.


"Jemput minum teh, tapi jangan ambik teh saya, order lain..." kata Solehin dengan jelingan tak berapa nak mautnya tu. Lepas syok berhuha-huha di ladang teh, nikmat sungguh pekena teh panas pelbagai perisa. Lemon ada, cinnamon ada semua ada la..pendek kata, mak ayah je tak de :)

4 comments:

Anonymous said...

best jgk g cameron yer Ben hihi : )

ennieva fauzi said...

Memang best ton. Aku cukup suka pemandangan dan cuacanya yang syahdu tu. Then, ada bunga2 segar, strawberry yang manis2, barang2 landskap, cenderamata...eloknya, ko pegi masa cuti raya...meriah...aku pun ingat nak ulang pegi lagi..cari bunga banyak2, biar penuh bonet kereta hehehe

lili norlaili said...

ben...e'ein mmg pelawak original...aku rasa belum pernah jumpa pelawak yg seselamba dia...

mak mum apa kabo?

ennieva fauzi said...

Itulah, E'in selalu buat aku muda sepuluh tahun...tapi letih la rahang aku, dok gelak je...

Mak mun ok lah nampaknya...berkat hidup kampung agaknya, hati senang..