Esok bakal berubah tahun. Kita juga menjadi bertambah usia dan dewasa. Jangan ditanya tentang pencapaian kerana tidak akan ada jawapan spesifik. Jangan ditanya tentang azam lalu kerana bukan semuanya mampu menepati sasaran. Atau mungkin disebabkan tiada usaha mengiringi lalu kita semakin alpa, leka, hanyut dan jauh tenggelam.
Seperti biasa, walaupun tidak suka menanam azam tapi pasti ada satu impian yang akan menjadi hajat lalu minta dimakbulkan. Tahun depan, tiada lain yang terbayang di minda dan tertayang di mata melainkan aku nak pusing dunia. Melihat tempat, budaya dan keberuntungan/ kelemahan tempat orang. Memang ini aku punya passion dan ini mampu membahagiakanku rupa-rupanya. Aku rasa hidup, segar dan semangat kembali melonjak2 apabila berpeluang melancong..uwaaaaa hobi yang bakal memufliskan aku.
Sudah ada dua tiga tempat ingin dijelajah tahun depan, menunggu masa saja. Siap merancang backpack lagi. Moga2 diizinkan dan dipermudahkan jalan oleh Tuhan. So, apa lagi? Dipersilakan bekerja keras ye...supaya dapat dibelanjakan sepuasnya wang itu nanti...ayooo meremang bulu roma memikirkannya.
So, kepada semua Selamat Tahun Baru...semoga hari2 mendatang meminggirkan awan mendung dan membawa gemilang matahari dalam hidup kalian...Jangan berhenti berharap dan mencuba key...
2 comments:
selamat tahun baru ben..semoga semuanya dipermudahkan olehNya Amin. aku sentiasa memberikan sokongan...dan sentiasa mendoakan kebahagian ko yer..
Thanks Tie...ko pun sama...aku pun harap ko bahagia dunia dan akhirat...ko sahabat aku yang istimewa..semoga persahabatan ini kekal selamanya. Amin.
Post a Comment