Saturday, November 8, 2008

Relaks Sekejap

Sabtu datang lagi...silih berganti tanpa mengira musim...Oktober berlalu membawa bermacam2 episod, episod menjengah memohon kenangan untuk dicipta. Ini detik terbaik melakar episod gembira dalam hidup, bukan mempalit noda dan mencakar hati orang lain.

Aku makin gembira di sini, di tempat baru yang rupa2nya menjanjikan kenikmatan dan ketenangan. Aku bersyukur ya Allah kerana diberi petunjuk untuk membuat pilihan tepat. Rakan2 baru yang menyeronokkan, suasana kerja yang menggalakkan, bos yang memahami dan berkredibiliti, pendekata menjanjikan yang muluk2 dan mententeramkan jiwa belaka. Biarpun, kadang2 sibuknya mencengkam, meskipun kadang2 terasa ingin memohon kepada Yang Maha Kuasa ditambahkan jam dan minit setiap hari namun secara keseluruhannya aku lebih ceria di sini. Mungkinkah kutemui cinta di sini? Hahaha no komen kerana masa depan belum tentu.

Jumaat semalam bertemu Kak Lyn, setelah sekian lama berjanji dan berjanji, baru kini mampu dilaksanakan. Melepak di White Town Coffee bercerita dan bersantai memang mengasyikkan. Berbicara dari hati ke hati membuatkan aku bersyukur dengan kehidupan ku sekarang. Terima kasih Ya Allah, sekian lama menderita dilorongkan jua jalan bahagia. Aku akan terus berdoa dan memohon rahmat dari MU...aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMU...

Satu perkara yang aku perasan, hidup kat sini memang variasi berbanding ketika bekerja di sebuah majalah deko di Klang Lama. Di tempat lama dulu, aku selalu mengira hari dan cuti. Masa terasa bebeno lambatnya. Kadang2 nak menunggu sampai enam petang tu its like being tortured. Then, kol enam memasing macam anak ayam keluar kadang, berhamburan (maklum le bukannya ada OT pun..). Menjelang 6.30pm, opis dah macam kawasan perkuburan. Senyap dan sunyi. Tak macam sini, kol 11pm malam pun masih cam awal pagi hahaha...kekadang aku terpikir gak, yang mana ada anak isteri tu, tak ingat rumah kah? Dalam seminggu berapa kerat la si anak bersua muka ngan si ayah ye? Maklum, dah balik lewat malam tentula si anak dah beradu. Tapi, they seem exteremely happy...i can see from their face..ni baru betul, bekerja lah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi....

Hai kalau nak cerita...kalah hikayat seribu satu malam. Setiap hari ada saja perkara baru yang menyeronokkan dan kadang kala boleh gak mengharu birukan hidup...hahaha..this is life babe.



No comments: