Kalau ditanya siapa yang paling aku rindu sekarang...selain 'si dia' , aku kepingin sangat nak jumpa ngan Kak Lyn, teman susah senang serta suka dan duka. Rasanya macam dah berkurun tak jumpa Kak Lyn..dan, kadang2 kerana kesibukan aku macam terlupa sekejap Kak Lyn (maaf kak lyn, bukan niatku tapi keadaan yang menentukan begitu...)
"Ben Kak Lin dok gila tgk citer Korea kat 303. Hensem giler hero dia." Sebaris sms yang kuterima dari Kak Lyn setelah sekian lama dia menyepikan diri. Walaupun, bagi orang lain mungkintak memberi makna tapi cukup membuat senyumku lebar hingga telinga. Sejuk hati ini bagai disiram titisan embun. Ini tandanya Kak Lyn masih mengingati aku. Tanda Kak Lyn tak lupa minat aku dan minat dia yang kita kongsi bersama. Tanda persahabatan ini masih hidup dan utuh walau tak selalu bertemu. Kak Lyn, tetap kak Lyn yang dulu yang perihatin dan mengerti minat aku. Kak Lyn masih memegang hati muda (young at heart), tetap sabar dengan gelombang dan ujian hidup, tetap teguh dengan kecekalannya yang aku pasti bukan calang2 orang dianugerahkan dengan sifat begini.
Aku hormat Kak Lyn, aku respek Kak Lyn. Bagi aku Kak Lyn satu dalam seribu. Sampai bila2 pun aku tak boleh nak sesabar kakak aku yang sorang ni. Inilah uniknya kak Lyn, inilah yang istimewanya Kak Lyn. Sayangnya sesiapa yang tak pandai menghargainya...semoga Kak Lyn terus berbahagia dalam hidupnya. Amin.
No comments:
Post a Comment