Monday, November 24, 2008

Samun, rompak, rampas, curi etc

Sepatutnya yang berlaku semakin moden dunia, maju teknologi, makin tinggi peradaban. Namun, sebaliknya berlaku, manusia makin hilang moral, rendah martabat malah sanggup lakukan apa saja asalkan hasrat tercapai. Cita2 hidup mewah tercapai sepantas mata berkelip. Malah untuk hidup senang, apa saja yang buruk menjadi halal dan keji melilit darah daging.

Semalam benar2 hari aku belajar kemanusiaan. Setelah insiden keretaku dicuri, ini satu lagi peristiwa yang membangkitkan ketakjubanku bahawa taraf manusia kian seiring dengan haiwan.
Hari cuti, hari untuk mengulit mimpi. Biarpun, aku bukan jenis yang suka tidur hingga matahari rembang, sesekali ingin juga melayar mimpi. Pun, sms 7.15 daripada sepupuku berjaya membuka luas pelupuk mata, "Kak Nie, along ngn member kena samun. Parang di perut, abes lesap semua dompet, duit, kad bank dan kad pelajar. Sekarang dah xde apa." Lebih kurang gitu le bunyinya.

Dalam mata yang cuba dipicingkan dan masih liat untuk dibuka, aku cuba tidak panik. Sekejap. sekejap. Bagi la aku pejam seminit dua. Lama kemudian, smsnya kubalas, "Buat police report".

Itu kes yang pertama, permulaan pagi yang suci murni. Aku amat bertenang dan relaks. Hanya selepas menonton Madagascar di Midvalley, baru ku ajak member melawatnya. Bantu apa yang patut, beli apa yang patut dan sumbang apa yang boleh.

Hari yang sama berlaku pada member aku di tempat yang sepatutnya dimuliakan, diangkat martabat. Tempat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menginsafi diri dan bermuhasabah - SURAU. Ketika ini kawan aku ni berhajat menunaikan solat Asar di surau salah sebuah pusat membeli-belah. Sebelum mengambil wuduk, matanya bertembung dengan seorang wanita bertudung dan mengandung sedang berehat di satu sudut. Mungkin untuk melepaskan lelah maklum ibu mengandung tentu mudah lesu dan penat. Pun dalam hati kawan aku ni sangsi juga, kenapa la mata dia ni liar semacam

Benarlah, kata hati selalunya jujur. Tak lama kemudian, heboh seorang wanita kehilangan beg. Rupa2nya beg itu lesap bersama2 si wanita mengandung ini tadi. Sedaya upaya member aku membantu dengan cuba menghubungi handset wanita malang itu tadi. Sekali percubaan, ada nada deringnya, kali kedua sudah ditutup. Bijaknya wanita panjang tangan itu menyelamatkan diri. Maklum sudah biasa.


Yang menjadi persoalan betapa beraninya dia melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah Allah. Tidak takut perhitungan hari kemudiannya. Kerana ingin senang, dosa pahala ditolak ketepi malah si pencuri rela menurutkan kata nafsu daripada takutkan balasan Allah. Lebih sadis, kata kawan aku ni, wanita malang kehilangan beg itu rabun. Begnya itu bukan saja mengisi dokumen penting malah cermin matanya. Mujur dia datang bersama kawannya, boleh juga dijadikan 'mata dan kakinya' kalau tidak, apalah yang akan jadi pada wanita itu...wallahuallam.

Kisah ketiga melibatkan rakan seofficeku. Ketika berkunjung ke galerinya di sebuah perumahan di Bangsar untuk menonton pameran karya seni sorang teman aku diberitahu mengenai insiden rompakan di rumahnya itu. Simpati aku mendengar cerita dia kehilangan beribu-ribu ringgit angkara kediamannya itu diceroboh perompak. Sebuah kereta, lap top, cash dan macam2 lagi.

Tapi, bagi aku elok lah dia turutkan permintaan perompak itu daripada kehilangan nyawa. Ngeri aku mendengar cerita rakan serumahnya yang diugut kelar leher dengan gergaji, seorang lagi rakan dipukul di belakang manakala dia dihentak di kepala.

Aku dapat bayangkan situasi yang mereka alami. Aku dapat selami trauma dan kesengsaraan yang dirasai kerana aku juga pernah merasa semua itu. Aku pernah diragut dan disamun dua kali. Masih terbayang kilat mata pisau yang hampir membenam ke kulit pipiku. Berdesing bunyinya dan kalau boleh aku tak mahu menempuhinya lagi. Mintak dijauhkan Allah.

Perkara begini membuatkan aku tak henti berfikir. Salah siapa? Masyarakat yang makin tamak haloba atau penguatkuasaan undang2 yang sangat lemah. Ketika ini, kalau aku diberi peluang membuat cadangan, ingin aku menyarankan agar hukum HUDUD digunapakai. Bukankah undang2 ISLAM yang paling adil, telus, berkesan dan menginsafkan di dunia? Itu kalau aku lah...entah apa pula yang difikirkan orang lain. Tapi, aku berharap sangat musibah sebegini dapat dielakkkan demi kesejahteraan semua. Moga doaku dimakbulkan Allah

4 comments:

rynas said...

Ben umah aku kat kampung dah 2 kali dimasuki perampok..kali pertama masa mak ngan ayah aku g bendang lesaplah RM2ribu duit mak aku katanya duit anak-anak bg. Kali kedua mak aku dah tak simpan duit kat umah semua masuk bank...tak ada barang berharga ..habis semua kain pelikat ngan batik mak aku dlm lemari perampok tuh amik semua yg baru plak tuh ehhmmm nak kata apa...

ennieva fauzi said...

ya Allah, apa jenis perampok dah sampai kain batik dan kain pelikat pun nak sapu..dan, duit RM2 ribu tu kenyang sakan la dia...kan syok kalu ada HUDUD kan tie...biar kudung tangan dia tu...baru le insaf dan serik

rynas said...

yerlah Ben kalau guna hukum Islam tuh sapa berani nak mencuri merampok semua nie..habis tangan kena potong sure takot punya..ni setakat masuk jel kuar jel makan free kat dlm tuh..lglah syok kuar merampok balik..gitulah

ennieva fauzi said...

harap2 ada la yang berani buat cadangan gitu ek...masalahnya alim ulamak kita mulut terkunci rapat tie..