Thursday, November 27, 2008

Penangan krisis ekonomi

Sekali lagi Khamis muncul, semua orang hanyut dengan kesibukan. Hari ini, cuma Fiza tak de sebab assignment ke Bandung. Neighbour sebelah aku ni plak dok khusyuk transkrip interview dengan seorang prof fasal fatwa pengharaman yoga. Aku punya part dah settle petang tadi, sekarang cuma pantau lay out dan stand by kalu ada perkara berbangkit nantinya. Ye la...spelling checking, tukar gambar, add more infos cam gitu le...

Biar susah macam mana susahpun keje, kita kena sabar. Kena tahan dan cekal. Jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dan, setiap kesulitan, pasti ada penyelesaiannya.

Meremang juga bulu roma membaca Berita Harian, 27 November mengenai 50,000 pekerja Malaysia pulang 2009 - Disebabkan krisis ekonomi global yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, 50,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura dijangka pulang ke tanah air 2009. Bukan sedikit jumlah ini. Bayangkan apabila mereka pulang nanti, tentu persaingan merebut pekerjaan menjadi semakin sengit.

Di negara kita saja ada 11 juta golongan bekerja dan daripada jumlah itu, kira2 2.1 juta daripadanya pekerja asing. Jumlah ini tidak mengambil kira 300,000 hingga 800,000 pekerja asing tanpa izin. Wah, tanpa izin berkali ganda ramai dari warga kita yang bakal pulang dari Singapura. Kalaulah, jumlah ini mampu dikurangkan, tentu ada peluang pekerjaan menanti kepada yang bakal pulang itu. Malah, silap2 tidak ada langsung rakyat Malaysia yang menganggur asalkan mereka tidak memilih pekerjaan.

Takutkan situasi ini? Gara2 satu dua kuasa besar dunia mengalami krisis ekonomi, semua negara terlibat sama. Yang miskin lagi papa, yang membangun jatuh terjelepuk dan yang kaya berpotensi muflis.

Terkenang pula aku akan nasib seorang teman yang bakal hilang pekerjaan. Aku doakan dia cepat2 dapat keje baru yang lebih menjamin dan membahagiakan. Aku faham betapa walangnya hati tanpa pekerjaan kerana sumber rezeki itu lah yang diharapkan melangsai segala hutang, menanggung diri dan menyara keluarga. Aku doakan dia tabah dan dipermudahkan Allah segala urusan. Amin.

7 comments:

INTAN said...

laki aku pun d ambang gak ni...org keje kilang ko paham2 la....mmm

ennieva fauzi said...

itulah, sediakan payung sebelum hujan Tan...ekonomi kita terkena tempias jugak tau...

Anonymous said...

emmmm:

ennieva fauzi said...

apa tu ton...mengeluh ke mengumam hehehe

Kifli Bujang said...

Salam,
saja nak share pandangan sikit, memanglah yang balik dari Spore tu 50,000 orang dan pendatang asing tanpa izin sampai berkali-kali ganda...tapi mahu kah mereka yang pernah bekerja di kilang elektronik di Spore tu nak kerja jaga kedai, atau buruh binaan atau setidak-tidaknya curi-curi jadi pembantu rumah seperti yang sedang dilakukan mereka-yang-tanpa-izin itu?
renung-renungkan dan selamat beramal! heheh.

Anonymous said...

heheh meng iya kan,,,kater2 mu
ko bz lg ker, smlm jumpe siti...rindu sama kamu la ben

ennieva fauzi said...

En, Zul, manusia sanggup melakukan apa saja untuk survival...di Singapore pun belum tentu mereka kerja bagus, majoriti bekerja di restoran dan kedai makanan segera. Cuma kerana mata wang lebih besar, dapat le mereka bermewah sedikit.