Wednesday, October 15, 2008

Sesat

Dua jam setelah pulang dari assignment di Taman Kesuma, Ampang....letih lesu masih bersisa. Tengik badan dek peluh yang membasah, ubun2 terasa hangat dan menyengat.

Aku sebenonya benci betul bab cari tempat baru ni. Bukan apa dah agak mesti 'makan langsat' punya. Kalu buleh tak nak le dok makan langsat je...kembung perut nanti. Tapi apakan daya...bagi seorang yang 'buta jalan' macam aku ni, memang perkara ni di luar bidang kuasa aku. Tak dapat nak dielak.

Macam hari ni, terlepas satu dua simpang, melilau merata le aku. KLCC ditempuh, Rennaisance aku lalu sampai ke Jalan Pudu aku menghala. Hisss...sibuk le sambil memandu, sambil bertelefon. Orang kata, kalu setakat kredit nyawa2 ikan tak payah nak berangan le mulakan perjalanan. Asyik mengecal tak sedar kredit tak bersisa. Hai semalam masih ada RM10.90...ni dah zero...nasib baik aku sentiasa spare top up, kalu tak..nanges le aku tepi jalan tu, macam orang mati laki hahaha...

Dalam hati berkali2 istighfar..insaf pun ada, ini baru sesat di dunia, masih ada orang nak ditanya. Macam mana le rupanya nanti sesat di akhirat ye, tika sebatang kara dan dalam debar menunggu hukum..hanya Allah yang tau..

Yang aku ni plak, bukan tau nak memandu pelan2..dah le buta, pandai2 le agak kemampuan diri ye tak? Orang kata 'kayuh perlahan2'. Ni bukan main, macam dikejar hantu bawak kete...nasib baik ada Razali membantu... i lap u la Zali....:)

Nasib baik le tempat yang aku pegi tu menyenangkan..hostess nya ramah-tamah. Kalu tak, harus le aku cari batu belah batu bertangkup..masuk dalam tu tak keluar2 lagi...harus le lepas ni, aku cari Mamat Khalid, tukar profesyen..mintak jadi extra dalam Kala Bulan Mengambang Dua...watak perempuan kabaret, atau adik si Doreen tukang urut heh...

2 comments:

rynas said...

biasalah ben keje kita..makan buang langsat perkara biasa. Sebab tu ler best kalau pg ngan pgrafer..tak perlah at least ko tahu ler tempatnya kat mana. aku pun gabra kalau cari tempat tak jumpa...

ennieva fauzi said...

hahaha..jom jumpa Mamat Khalid...agaknya, macam aku ni watak emak2 je la tie..hehehe