Thursday, October 16, 2008

Bingung

Bingung,bingung dan terus bingung aku hari ni mencari bahan untuk dimuatkan dalam paper next week. Stock story semakin susut, maklum sebelum raya dah all out mencari. Dok cari2 internet, sampai la ni ilham belum turun dari langit. Perut plak dok berkeriut dan mencengkam (maklum le puasa ganti).

Keje apa paling senang dalam dunia ek??? Apa perkara paling menyeronokkan untuk dibuat. Kalu le ceritera hidup ini semudah filem Mamat Khalid...penuh warna-warni macam lawak mencucuk perut yang selalu dibikinnya itu..alangkah bahagianya. Maaflah, aku asyik 'interframe' Mamat Khalid jer. Sebenonya aku ni suka sangat filem arahan dia...kelakau. Baik Man Laksa, Zombie Kampung Pisang (FYI lokasi penggambarannya di kampung aku...betul2 lima minit berjalan kaki ke bangunan kindergarten yang diserang zombi tu..hahaha bangga, bangga) hingga le terbaru, Kala Malam Bulan Mengambang. Sebelum puasa sempat jugak aku melintasi lokasi penggambaran ESTET (ni filem terbaru dia, belum keluar panggung)...hahaha teruja sekejap.

Mak oi, meleret plak cerita si bro Mamat ni...harus le dia kena bayo royalti kat aku. Tapi memang ye..menghiburkan. Honestly, aku tak berapa suka tengok cerita melayu, bukan aku belagak tapi jelak dengan stereotype je lebih2 lagi hasil kerja tangan si pengarah million dollar man tu (ni pendapat peribadi aku ye...maaf le, selera orang berbeza2. Mungkin ada yang memuja, mungkin ada yang mengeji...kitakan manusia). Dalam pada tu ada le satu dua director yang aku hormat macam Rashid Sibir yang tidak lepa mendidik betapa perlunya kita menghormati orang tua. Shumi Baba yang kreatif dan melankolik, tak lupa Yasmien Ahmad yang selamber...

Tapi aku peratikan filem kita sudah mula menunjukkan prestasi membanggakan...orang kata dah ada kualiti berbanding kuantiti. Tidak lagi stereotype dan movie seramnya bagai disadur dari Korea. Itu tandanya kita mampu bersaing cuma mungkin dana jadi penghalang. Aku tertunggu2 kemunculan pengarah muda yang buleh menandingi kehebatan filem Indonesia Pasir Berbisik, Pearl Harbour hasil buah tangan Jerry Brukheimer dan deretan drama korea yang mengusik perasaan, mencuit hati dan membuka minda seperti Full House, Sang Doo, Lets Go To School, Winter Sonata dan memacam lagi...aku doakan ada le :)

2 comments:

rynas said...

Ben sorrylah yer aku tak dapat nak bantu ko cari bahan..asyik bg org yg salah jer...nantilah aku fikir2kan yer...

ennieva fauzi said...

tak pe...tak pe...:)