Saturday, October 25, 2008

Sorry, I Love U

Ada sesapa ikut citer Korea, Sorry I Love U tak? Aku suka sangat dengan jalan cerita tu (ditayangkan di chanel 303- Isnin- Khamis kalau tak silap aku, 11.25 - 12.25 mlm) tetapi tak upaya nak mengikutnya sebab jadual kerja aku ni kekadang tak mengizinkan. Kalau sempat tengok pun dapat separuh je...

Kalau tak silap aku juga series ni pun sedang bersiaran di tv8 setiap 7.00 petang. Harus le aku tak dapat nengok sebab masih kat opis ataupun terperangkap dalam trafik. Lagi, dah hilang originalitynya sebab disadur dalam bahasa cina. Akupun tak tau kenapa walhal aku rasa bahasa Korea lebih indah, lembut dan membuai rasa...

Jenuh gak cari di Speedy tu cd dia tapi setakat ni belum jumpa lagi (tak tau la aku kot tajuk dia bukan Sorry I Love U tapi I Love U? Sorry Sket...hahaha)

Apapun, malam sabtu ni aku pastikan melepak depan tv...sebab nak tengok Beverly Hills 90210..sentimental value beb...teringat zaman2 awal remaja dulu...punya dok giler kat Jason Priestly, berangan gak le nak jejak Beverly Hills tu...walaupun, Fraser Hills pun tak penah sampai lagi...hahaha apa2 le cik Ennieva Walsh...gituuu...:)

No comments: