BERITA HARIAN, 15 Oktober, Wilayah (page 41) Sindiket Curi Kenderaan- Serasa sejuk embun menitis ke hati membaca story Nik Sukry Ramli (aku panggil Pok Nik jer) ni...masyukkkk (ni ayat favourite Pok Nik ni)
Dalam artikelnya Nik menulis, polis melumpuhkan satu sindiket mencuri dan melupuskan kenderaan yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu selepas menyerbu sebuah bengkel di Kampung Melayu, Subang.
Aku pasti sesangat sindiket ni le yang merampok dan bawak lari Kancil aku 5 bulan lepas. Huh, betul la Tuhan selalu adil kepada makhlukNYA...buat balik dibalas baik, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Ini le bahananya nak senang dengan jalan mudah, sanggup menempuh risiko dan menjerut tengkuk tetapi menghuru-harakan hidup orang lain. Dia tak tau betapa penat jerih orang mencari duit semata2 nak beli sebuah kereta. Difikirnya kita beli kereta dengan air. Dia senang-senang curi kemudian relaikan. Orang macam ni patut dihudud. Dipotong tangannya buat peringatan. Jangan ada kesihan belas. Kalau dibiarkan menyuntik barah dalam masyarakat. Amboi bunyinya macam aku marah sangat, tetapi ye...memang aku marah gilers dan naik hantu dengan orang2 begini. Orang begini selfish dan tak pedulikan kesengsaraan orang lain. Kalu buleh aku nak tengok sendiri muka penyangak tu...nak aku tempelengkan..wah tetiba darah Datuk Maharaja Lela, pahlawan Pasir Salak mengalir dalam diriku...
Pandang dengan mata hati, tengok dengan makrifat. Ini sebenarnya balasan Tuhan untuk mereka. Baru balasan di dunia, akhirat nanti macam mana le rupanya. Memang masa memula hilang kereta dulu, aku bagai hilang arah. Fikir macam mana nak pegi keje sebab bidang keje aku ni memang memerlukan aku ke sana-sini, bila takde kereta rasa macam patah kaki. Dah le baki hutang makan bertahun nak dihabiskan...belum lagi bab ke sana-sini settlekan insurans claim...memang aku terseksa masa tu...mujur ada housemate, Ram yang begitu memahami. Baik dia tunggu aku kat LRT...mana nak cari sahabat sebegitu tulus...Mujur ada Lily yang menumpangkan rumahnya dan menghantarkan aku ke mana-mana (termasuk membeli kereta baru). Dekat dua minggu juga aku melepak di rumah ni. Mujur ada Lily berhati malaikat...sanggup susah senang dengan kawannnya ini...thanks Ly....dan, ada beberapa peristiwa lagi melukakan hati aku (ini orang yang tak mahu paham)..tak yah le aku ceritakan...tak baik...
Tapi, apapun aku bersyukur..sekurang2nya ada nasib yang terbela, yang sepatutnya dihukum sudah menerima padah. Ini berkat baca Yassin...surah Allah yang punya makna sembunyi. Sesungguhnya kuasa Allah maha luas dan tak terjangkau dek akal fikiran...Terima Kasih Tuhan.
3 comments:
amboi ben, pertolongan aku tu kecik je la..ko dan aku kan dah berkongsi sudu....
smlm lagi masa kami adik beradik dok tgk buletin utama TV3, semua dok kata..si malaun ni la yg rompak keta ko mlm tu ben....meh kalau ada peluang kita pakat2 g terajang malaun tak berhati perut tu..apa depa ingat kita beli keta dgn daun kayu agaknya...
wah..wah...wah..aku pun naik minyak juga ke ben?????hehehe
aku pun bila berita malam tadi terus jer bg tau hasben aku nielah agaknya sindiket yg rompak kete ko...itu ler balasannya buat jahat dibalas jahat. Bukan takat nak tempelang...patutnya potong jer tangan2 malaun jahat tuh.
memang tie..bengkel dia kat area apartment daisy tu..tak sampai tiga minit dari rumah aku..
Ly, jasamu dikenang...sampai akhirat...
Post a Comment