Kalau ditanya siapa yang paling aku rindu sekarang...selain 'si dia' , aku kepingin sangat nak jumpa ngan Kak Lyn, teman susah senang serta suka dan duka. Rasanya macam dah berkurun tak jumpa Kak Lyn..dan, kadang2 kerana kesibukan aku macam terlupa sekejap Kak Lyn (maaf kak lyn, bukan niatku tapi keadaan yang menentukan begitu...)
"Ben Kak Lin dok gila tgk citer Korea kat 303. Hensem giler hero dia." Sebaris sms yang kuterima dari Kak Lyn setelah sekian lama dia menyepikan diri. Walaupun, bagi orang lain mungkintak memberi makna tapi cukup membuat senyumku lebar hingga telinga. Sejuk hati ini bagai disiram titisan embun. Ini tandanya Kak Lyn masih mengingati aku. Tanda Kak Lyn tak lupa minat aku dan minat dia yang kita kongsi bersama. Tanda persahabatan ini masih hidup dan utuh walau tak selalu bertemu. Kak Lyn, tetap kak Lyn yang dulu yang perihatin dan mengerti minat aku. Kak Lyn masih memegang hati muda (young at heart), tetap sabar dengan gelombang dan ujian hidup, tetap teguh dengan kecekalannya yang aku pasti bukan calang2 orang dianugerahkan dengan sifat begini.
Aku hormat Kak Lyn, aku respek Kak Lyn. Bagi aku Kak Lyn satu dalam seribu. Sampai bila2 pun aku tak boleh nak sesabar kakak aku yang sorang ni. Inilah uniknya kak Lyn, inilah yang istimewanya Kak Lyn. Sayangnya sesiapa yang tak pandai menghargainya...semoga Kak Lyn terus berbahagia dalam hidupnya. Amin.
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Jamuan Aidil fitri
Tak sangka plak di saat akhir2 syawal ni ada jamuan hari raya lagi...sebetulnya memang aku tau Berita Harian akan adakah jamuan, tapi dek sebab sibuk sangat ngan keje terus terlupa. Bukan lupa tapi tak ingat (bukan ke sama ke?)...
Makanya hari ni, puas le aku menjamu selera. Buleh dikatakan ari ni aku memang betul2 makan ler...satay entah berapa cucuk masuk ke perut (ini memang bagi aku the best food in the world la)..hendak2nya satay Kajang..then, ada dua biji kek secret recepi, Hilton hotel, Sunway hotel (cantik keknya tapi rasanya entah le...), ada coffee cake, coklat yang sangat moistnya...aduh syurga dong ah...
Si Fiza suka bebenor ngan durian puff dari Armada Hotel. Memang sebijik rasa real durian la...cuma tak de bijik jer...aku sebagai orang Perak memang le hantu durian tapi gagah makan satu je la...perut ni tepu dek satay...banyak sungguh makanan, aku rasa le orang BH ni bukan pemakan orangnya...rasa sayang lak nengok banyak makanan tak berabis...hisss tapi apakan dayaku...kantung tak besar..dah sendat.
Alahai semua pihak yang sponsor dan bertungkus lumus menyiapkan hidangan...terima kasih daun keladi la yang mampu kuucapkan, lain kali buat lagi ek...:)

Blurry
Pernah tak korang rasa macam sesuatu yang tak selesai kat hati..sesuatu yang terpaksa korang tinggalkan separuh jalan, tanpa rela...
Ya, seperti yang terjadi kepada Puan Intan@Anakbabah ketika tv rosak masa tengok drama favouritenya KUSERU macam tu le yang aku alami waktu dok sedap layan blues Korean series IM SORRY, I LOVE YOU tu...tengah dok masyhuk tengok tetiba gelap...aik, aku tak bayo bil Astro ke..tak semena-mena tertera kat kaca tv this channel is not included in your subscription. Mak aih, bengkak betul ati aku...apa kesss??? Cerita dah separuh jalan, makin suspen, makin thrill, makin masyuk...lar...macam cicak tertelan kapur aku...terbedik mata aku...tak puas lagi menghayati Min Sook yang macho tu...lar itu je le ceritanya kan...hahahaha...tapi memang ye...dah le pepenat nunggu sampai kol 11.25 mlm..alih2 gini jadinya...
Aku pun apa lagi...memanjat katil menyambung baca novel Habiburahman Ketika Cinta Bertasbih....si Kang Abik ni macam ada sentuhan magik...jangan cuba2 nak mula 'menelaah' karyanya, memang tak leh letak. Aku tertarik sangat dengan tema keislaman yang diperjuangkannya. Dalam citer, ada teladan, dalam kacau-bilau, bertemu ketenangan dan dalam bait2 kata tersurat kisah hidup tepu nikmat.
Berulang-ulang kali ku menghayati salah satu daripada beribu2 kata-kata indahnya. Berkali-kali kumenyebutnya, "Cinta kalau tak berlabuh di tempatnya, menyiksakan..." Padat namun bagi yang merasa, sangat terkesan di kalbu dan menusuk ke hati...
Sekarang aku berkira2 nak memulakan Ketika Bercinta Bertasbih dua plak..apa nasib dan cerita si Khairul Azzam, pembekal tempe dan bakso di Cairo yang pulang menyambung hidup di tanah airnya, Indonesia...semoga diizinkan Allah...

Saturday, October 25, 2008
Sorry, I Love U
Ada sesapa ikut citer Korea, Sorry I Love U tak? Aku suka sangat dengan jalan cerita tu (ditayangkan di chanel 303- Isnin- Khamis kalau tak silap aku, 11.25 - 12.25 mlm) tetapi tak upaya nak mengikutnya sebab jadual kerja aku ni kekadang tak mengizinkan. Kalau sempat tengok pun dapat separuh je...
Kalau tak silap aku juga series ni pun sedang bersiaran di tv8 setiap 7.00 petang. Harus le aku tak dapat nengok sebab masih kat opis ataupun terperangkap dalam trafik. Lagi, dah hilang originalitynya sebab disadur dalam bahasa cina. Akupun tak tau kenapa walhal aku rasa bahasa Korea lebih indah, lembut dan membuai rasa...
Jenuh gak cari di Speedy tu cd dia tapi setakat ni belum jumpa lagi (tak tau la aku kot tajuk dia bukan Sorry I Love U tapi I Love U? Sorry Sket...hahaha)
Apapun, malam sabtu ni aku pastikan melepak depan tv...sebab nak tengok Beverly Hills 90210..sentimental value beb...teringat zaman2 awal remaja dulu...punya dok giler kat Jason Priestly, berangan gak le nak jejak Beverly Hills tu...walaupun, Fraser Hills pun tak penah sampai lagi...hahaha apa2 le cik Ennieva Walsh...gituuu...:)

Kau tulis aku baca
Mmm...agak lama jugak aku tinggalkan blog ni...mujur le tak bersawang ek...maaf ler, sebetulnya aku sibuk kebelakangan ni, bagai dihambat keje. Cuma kalu keje hari Sabtu je, aku ada kebebasan sket...itupun, lepas story submitt, kalu tak berkulat gak la ko blog oiii...
Dalam sibuk2, sempat gak le aku ke MPH wharehouse sale bersama Hafizah Iszahanid. Mak oi, giler aku nengok buku2 kat situ, can u imagine all the dictionaries ada yang sampai jatuh harga RM5.00 dan RM3.00. Miracle world of Disney tul lah...aku pun apa lagi sambar 2 ketui. Then, ada macam2 english novel yang boleh buat korang gila macam karya Judith Mcnaught, Stephen King, Julie Garwood, John Grisham, Tom Clancy dan macam2 lagi la...daripada original price RM39.90 dijual dengan RM20. Bagi yang minat koleksi JRR Tolkien- The Lord of The Rings dan Harry Potter - JK Rowling, memang le tempat ni syurga bagi korang.
Dan bagi para ibu seperti Puan Siti Zarinah buleh le beli buku kanak-kanak kat situ. Macam2 sampai mata aku naik juling. Ada Enid Blyton, fairytales stories, children picture dictionaries dan macam2 lagi. Terlalu banyak sampaikan aku rasa nak jadi bebudak balik. Rasa aku nak menyelusuri dunia kanak2 yang ditonjolkan menerusi ilustrasi buku yang tersangat le indahnya. Bersembang sakan dengan Peter Rabbit, bernyanyi bersama Snow White, menemani si kembar Hardy melakukan penyiasatan mendebarkan, hidup dalam dunia khayalan taman permainan Enid Blyton; si Noddy dan menyepak buntut anjing Tin Tin (bukan buntut Anwar ye hahahaha) sebab aku tak suka anjing hahaha...
Pendekata, jom le kita ikut rakyat Jepun yang membaca buku tanpa mengira tempat dan ketika. Kalu tak gagah ikut cara mereka, dapat habiskan sebuah novel sehari pun tak pe. Buat permulaan aku sarankan korang sambar novel Ayat2 Cinta karya Habiburahman...sure korang tak leh letak punya macam aku yang menghabiskan dekat dua jam membaca dalam keadaan berdiri ketika menunggu giliran di pejabat pos...hahaha, aku kusyuk membaca, orang dok kusyuk menelaah aku...apa le gila budak ni berdiri dua jam sambil muka kejap2 senyum, kejap berkerut, kejap2 sayu..teruk betoi penangan si Habiburahman ni yek...

Saturday, October 18, 2008
Tag
Tag daripada CT...
Top 2 things found in your wallet as always:
1. Cards
2. RM & cents
Top 2 things to do when i’m sad:
1. pray had - Allah ya rabbi azza wajalla
2. dok dendiam dalam bilik
Top 2 songs you can listen to again and again:
1. Full House soundtrack
2. yang menenangkan - terbaru aku suka Ayat2 Cinta dan Atas Nama Cinta - both by Rossa (jiwang gak aku ni)
Top 2 reasons to watch television:
1. Malangnya selalu tak de mase nengok tv (selalunya aku le heroin - meaning tv nengok aku ler)
2. now, i'm addicted to Friends and The Moment of Truth (suka tengok kebodohan manusia mengejar duit...inmoral tul la)
Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1. Makkah al Mukaramah
2. Korea Darul Takzim (kata Nazmmy Sanusi...bila ni yeop kita nak ke sana?)
Top 2 current obsessions:
1. Novels
2. hahaha yang ni secret (Cik Lily jangan senyum)
Top 2 favorite nickname:
1. Ben
2. Benjy
Top 2 favorite food:
1. cookies
2. Curry puff (pergh eja omputeh..rindu plak ngan karipap Kak Lin...pakar dia ni, bab karipap ngan challenge dia)
Top 2 favorite snacks:
1. Mr Potatoes
2. Munchy wafer
Top 2 favorite website:
1. non specific ler...
2. semua bantai
Top 2 goals you want to accomplish:
1. Tetap rahsia
2. Limpahkah kemewahan pada keluarga aku..Insya Allah.
Top 2 favorite to do:
1. Lately, aku memang lack of sleeps..jadi, itu le yang aku nak buat..mmm sedapnya tido
2. Jalan2 cari makan, kutip pengalaman. Aku nak pusing dunia.
Top 2 favorite places:
1. Of course, kampungku yang indah permai
2. Kawasan pantai dan pergunungan. Historical sites pun best gak.
Top 2 things i can’t wait to happen:
1. hahahaha...malas nak cerita
2. hahahaha...kelakau le soalan ni..aci skip tak?
Top 2 places where I love to shop:
1. MPH
2. Semua tempat jualan murah seluruh dunia. Perfume shop di Vienna buleh buat aku gila gak
Top 2 persons to tag:
1. Angah
2. Fiza
AKU- Bila aku buleh balik ni? Story tak release lagi nih..aku nak tido uwaaa

Bertemu Kyai Raiman
Kala menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Penuda UMNO Bahagian Titiwangsa di Hotel Flamingo, Ampang aku sempat berborak dengan sifu silat Tinju. Dia menetap di Bandung dan berkawan baik dengan salah seorang kenamaan. Namanya Kyai Muda Drs Ira. Raiman Satiman Taman Raden Kromo Santono Wijoyo Shantry. Banyak juga info yang aku dapat mengenai silat tinju ini yang dikatakan berasaskan aliran tenaga dalaman.
Dalam pertemuan singkat itu juga, dia banyak berkongsi cerita mengenai islam, yang bagiku amat berharga dan takkan dapat kutemui di mana2pun jua...antara yang paling aku ingat, "dalam berdoa jangan menyebut Ya Allah Ya Tuhanku, sebaliknya sebut Allah hu rabbi aza wajalla. Tuhan ini sudah bersalahan kerana merujuk banyak Tuhan majusi, tuhan buddha, hindu dan sebagainya. Sedangkan Allah itu satu, tiada duanya baru doa mujarab."
Lagi, ada satu tempat di Bandung nama Tasek Malaya, ada seorang kiyai yang sangat tua berumur lebih 180 tahun. Bertemu dengannya sehari mampu merubah diri kita kepada lebih baik. Kita menjadi orang baru yang lebih menyayangi agama. Caranya, dengan mentalkinkan kita, then ada 'court'. Insya Allah, kita akan lebih sayang Allah, lebih insaf dan sedar. Selain itu, Tasek Malaya ini juga tempat yang sangat cantik. Lebih cantik dari Bali, katanya. Aku suarakan yang satu hari nanti, aku nak ke sini, dengan tangan terbuka dia mempelawa aku datang.
Dan, nak kebaya murah2, dia ada menyebut satu tempat, tapi aku lupa. Lebih murah dari Tanah Abang, Jakarta. Kalau di Tanah Abang, sepasang kebaya bersulam, kerawang dan sarat berlabuci dijual semurah RM60 (di negara kita mau makan dua tiga ratus). Di tempat itu, boleh dibeli dengan harga dua tiga puluh. Kalau nakkan jeans tempat lain pulak, katanya. Kalau aku ngan teman2 datang, dia akan luangkan masa tunjukkan.
Banyak jugak la yang kami bualkan sebelum acara bermula. Pasal seni silat tinju, pasal hikmah tujuh baris surah Al Fatihah (termasuk simbol tujuh petala langit dan bumi, tujuh sahabat dan khalifah nabi dan sebagainya), rahsia lima anak jari dan dua tiga lagi yang sempat kami bualkan.
Membaca surah ayat2 suci kena tau terjemahan katanya, kalau tidak mana mungkin kehendak makbul dan berkesan. Empat Qul terbaik, kerana cukup serba-serbi baik tauhid (mengesakan Allah) - surah al ikhlas, menghalau jin, memerangi kafir dan satu lagi, nanti kalau ingat, aku tuliskan ye...
Ada juga serba sedikit cerita pasal novelist yang aku minat tu, Habiburahman. Dia memuji Habiburahman kerana mengangkat tema islamik. Macam-macam, kalu le ada masa panjang lagi banyak yang aku dapat.
Dia ni juga boleh mengubat orang terkena sihir. Walaupun terkena ilmu siam, Insya Allah, katanya kerana kuasa Allah Maha Luas. Moga2 ada kesempatan berbual lagi.
So, mulai hari ni, bila berdoa elakkan menyebut Tuhan ye, tapi terus ke Allah dan nama khusus untuknya. Kan ke Almaul husna tu Allah ada 99 nama. Cuba ye...

Thursday, October 16, 2008
Bingung
Bingung,bingung dan terus bingung aku hari ni mencari bahan untuk dimuatkan dalam paper next week. Stock story semakin susut, maklum sebelum raya dah all out mencari. Dok cari2 internet, sampai la ni ilham belum turun dari langit. Perut plak dok berkeriut dan mencengkam (maklum le puasa ganti).
Keje apa paling senang dalam dunia ek??? Apa perkara paling menyeronokkan untuk dibuat. Kalu le ceritera hidup ini semudah filem Mamat Khalid...penuh warna-warni macam lawak mencucuk perut yang selalu dibikinnya itu..alangkah bahagianya. Maaflah, aku asyik 'interframe' Mamat Khalid jer. Sebenonya aku ni suka sangat filem arahan dia...kelakau. Baik Man Laksa, Zombie Kampung Pisang (FYI lokasi penggambarannya di kampung aku...betul2 lima minit berjalan kaki ke bangunan kindergarten yang diserang zombi tu..hahaha bangga, bangga) hingga le terbaru, Kala Malam Bulan Mengambang. Sebelum puasa sempat jugak aku melintasi lokasi penggambaran ESTET (ni filem terbaru dia, belum keluar panggung)...hahaha teruja sekejap.
Mak oi, meleret plak cerita si bro Mamat ni...harus le dia kena bayo royalti kat aku. Tapi memang ye..menghiburkan. Honestly, aku tak berapa suka tengok cerita melayu, bukan aku belagak tapi jelak dengan stereotype je lebih2 lagi hasil kerja tangan si pengarah million dollar man tu (ni pendapat peribadi aku ye...maaf le, selera orang berbeza2. Mungkin ada yang memuja, mungkin ada yang mengeji...kitakan manusia). Dalam pada tu ada le satu dua director yang aku hormat macam Rashid Sibir yang tidak lepa mendidik betapa perlunya kita menghormati orang tua. Shumi Baba yang kreatif dan melankolik, tak lupa Yasmien Ahmad yang selamber...
Tapi aku peratikan filem kita sudah mula menunjukkan prestasi membanggakan...orang kata dah ada kualiti berbanding kuantiti. Tidak lagi stereotype dan movie seramnya bagai disadur dari Korea. Itu tandanya kita mampu bersaing cuma mungkin dana jadi penghalang. Aku tertunggu2 kemunculan pengarah muda yang buleh menandingi kehebatan filem Indonesia Pasir Berbisik, Pearl Harbour hasil buah tangan Jerry Brukheimer dan deretan drama korea yang mengusik perasaan, mencuit hati dan membuka minda seperti Full House, Sang Doo, Lets Go To School, Winter Sonata dan memacam lagi...aku doakan ada le :)

Wednesday, October 15, 2008
Ayat2 Cinta - Rossa
desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
back to reff
ketika ku bersujud
AKU - hayati le keindahan liriknya
But i do love you - Leann Rimes
I don't like to be alone at night
And I don't like to hear I'm wrong when I'm right
And I don't like to have the rain on my shoes
But I do love you
But I do love you
I don't like to see the sky painted grey
And I don't like when, nothin's goin my way
And I don't like to be the one with the blues
But I do love you
But I do love you
I love everything about the way your lovin me
The way you lay your head upon my shoulder when you sleep
And I love to kiss you in the rain
I love everything you do, oh I do-o
And I don't like to turn the radio on
Just to find I missed my favorite song
And I don't like to be the last with the news

I love everything you do, oh I do
And I don't like to be alone at night
And I don't like to hear
I'm wrong when I'm right

But I do love you But I do love you
But I do love you
AKU- dah lama aku cari lirik lagu ni...bagi aku lirik ni romantik sangat...lepas ni aku nak cari lirik lagu Ayat2 Cinta lak...aku sukakan novel karya Habiburahman ni...romantik dengan caranya sendiri tanpa mengabaikan unsur2 islamik

Balasan Tuhan
BERITA HARIAN, 15 Oktober, Wilayah (page 41) Sindiket Curi Kenderaan- Serasa sejuk embun menitis ke hati membaca story Nik Sukry Ramli (aku panggil Pok Nik jer) ni...masyukkkk (ni ayat favourite Pok Nik ni)
Dalam artikelnya Nik menulis, polis melumpuhkan satu sindiket mencuri dan melupuskan kenderaan yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu selepas menyerbu sebuah bengkel di Kampung Melayu, Subang.
Aku pasti sesangat sindiket ni le yang merampok dan bawak lari Kancil aku 5 bulan lepas. Huh, betul la Tuhan selalu adil kepada makhlukNYA...buat balik dibalas baik, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Ini le bahananya nak senang dengan jalan mudah, sanggup menempuh risiko dan menjerut tengkuk tetapi menghuru-harakan hidup orang lain. Dia tak tau betapa penat jerih orang mencari duit semata2 nak beli sebuah kereta. Difikirnya kita beli kereta dengan air. Dia senang-senang curi kemudian relaikan. Orang macam ni patut dihudud. Dipotong tangannya buat peringatan. Jangan ada kesihan belas. Kalau dibiarkan menyuntik barah dalam masyarakat. Amboi bunyinya macam aku marah sangat, tetapi ye...memang aku marah gilers dan naik hantu dengan orang2 begini. Orang begini selfish dan tak pedulikan kesengsaraan orang lain. Kalu buleh aku nak tengok sendiri muka penyangak tu...nak aku tempelengkan..wah tetiba darah Datuk Maharaja Lela, pahlawan Pasir Salak mengalir dalam diriku...
Pandang dengan mata hati, tengok dengan makrifat. Ini sebenarnya balasan Tuhan untuk mereka. Baru balasan di dunia, akhirat nanti macam mana le rupanya. Memang masa memula hilang kereta dulu, aku bagai hilang arah. Fikir macam mana nak pegi keje sebab bidang keje aku ni memang memerlukan aku ke sana-sini, bila takde kereta rasa macam patah kaki. Dah le baki hutang makan bertahun nak dihabiskan...belum lagi bab ke sana-sini settlekan insurans claim...memang aku terseksa masa tu...mujur ada housemate, Ram yang begitu memahami. Baik dia tunggu aku kat LRT...mana nak cari sahabat sebegitu tulus...Mujur ada Lily yang menumpangkan rumahnya dan menghantarkan aku ke mana-mana (termasuk membeli kereta baru). Dekat dua minggu juga aku melepak di rumah ni. Mujur ada Lily berhati malaikat...sanggup susah senang dengan kawannnya ini...thanks Ly....dan, ada beberapa peristiwa lagi melukakan hati aku (ini orang yang tak mahu paham)..tak yah le aku ceritakan...tak baik...
Tapi, apapun aku bersyukur..sekurang2nya ada nasib yang terbela, yang sepatutnya dihukum sudah menerima padah. Ini berkat baca Yassin...surah Allah yang punya makna sembunyi. Sesungguhnya kuasa Allah maha luas dan tak terjangkau dek akal fikiran...Terima Kasih Tuhan.

Sesat
Dua jam setelah pulang dari assignment di Taman Kesuma, Ampang....letih lesu masih bersisa. Tengik badan dek peluh yang membasah, ubun2 terasa hangat dan menyengat.
Aku sebenonya benci betul bab cari tempat baru ni. Bukan apa dah agak mesti 'makan langsat' punya. Kalu buleh tak nak le dok makan langsat je...kembung perut nanti. Tapi apakan daya...bagi seorang yang 'buta jalan' macam aku ni, memang perkara ni di luar bidang kuasa aku. Tak dapat nak dielak.
Macam hari ni, terlepas satu dua simpang, melilau merata le aku. KLCC ditempuh, Rennaisance aku lalu sampai ke Jalan Pudu aku menghala. Hisss...sibuk le sambil memandu, sambil bertelefon. Orang kata, kalu setakat kredit nyawa2 ikan tak payah nak berangan le mulakan perjalanan. Asyik mengecal tak sedar kredit tak bersisa. Hai semalam masih ada RM10.90...ni dah zero...nasib baik aku sentiasa spare top up, kalu tak..nanges le aku tepi jalan tu, macam orang mati laki hahaha...
Dalam hati berkali2 istighfar..insaf pun ada, ini baru sesat di dunia, masih ada orang nak ditanya. Macam mana le rupanya nanti sesat di akhirat ye, tika sebatang kara dan dalam debar menunggu hukum..hanya Allah yang tau..
Yang aku ni plak, bukan tau nak memandu pelan2..dah le buta, pandai2 le agak kemampuan diri ye tak? Orang kata 'kayuh perlahan2'. Ni bukan main, macam dikejar hantu bawak kete...nasib baik ada Razali membantu... i lap u la Zali....:)
Nasib baik le tempat yang aku pegi tu menyenangkan..hostess nya ramah-tamah. Kalu tak, harus le aku cari batu belah batu bertangkup..masuk dalam tu tak keluar2 lagi...harus le lepas ni, aku cari Mamat Khalid, tukar profesyen..mintak jadi extra dalam Kala Bulan Mengambang Dua...watak perempuan kabaret, atau adik si Doreen tukang urut heh...

Thursday, October 9, 2008
TENSI DAN GENGSI
Aduh..aduh...cupin buli aku lagi...sakit jiwa tul la aku ngan dia... kenapa la setiap kali khamis dia suka sangat 'gaduh-gaduh manja' ngan aku...aku tau le malam jumaat penting bagi lelaki cam dia tapi pleaseee ler...jangan le cari haru ngan aku plak....
Hari ni katanya nak buat lay out page aku kol 11 malam...hai, Cupin, agak2 la..takkan le aku nak tercogok je kat opis ni sampai jam itu..
"tak de...tak de..ko kena stay back gak..kang sape plak aku nak tanya pasal caption? Kita balik together-gether," ewah, cantiknya dia berkira-kira. Macam le aku ni tak de keje lain..nak menemankan dia...hisss si cupin ni, kang aku sorok spek dia kang...meraba2 plak dia hahaha...
"tadak..siap tak siap, aku nak balik kol 10 gak," tak kuasa aku nak menunggu aih...esok, aku ada assignment pagi petang..hujung ke hujung dunia plak tu...pagi ke Kampung Subang, petang ke Bukit Indah, Ampang...mau aku tertido sambil bawak kete kang...
Hai, sabar le hati, tahan dulu le badan ni walaupun penatnya tak usah cerita. Aku rasa dapat je bantal ni, harus tak sedar apa...hai, mata usah lena dulu...biar sampai selesai tuntutan kerja, kerana ini saja yang membantuku terus hidup dan berbakti

Saturday, October 4, 2008
Heart Determines
It's ok to kiss a fool,It's ok to let a fool kiss you,but never ever let a kiss fool you....
It's still best to wait for the one you want than settle for the one available.
Best to wait for the one you love than settle for one who's around.Best to wait for the right one.Life is short to waste on the wrong person....
It is better to meet the person who will truly love you later,than meet someone now who promises to love you but sooner or later leave you forever.....
Never try to impress someone to make him/her fall in love with you
If you do, you will be expected to keep the standard for the rest of your life...
Fate determines who comes into our lives. Heart determines who stays...
If you love someone
If you love some one because you think that he or she is really gorgeous ...then it's not love .. it's ~ Infatuation ~
If you love some one because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't ... then it's not love.. it's ~ compromise ~
If you love some one because you think that you cannot live with out his touch ....then it's not love .. it's ~lust~
If you love some one because you have been kissed by him ...then it's not love.. it's ~ inferiority complex~
If you love some one because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings ..then it's not love .. it's ~charity~
If you love some one because you share every thing with him ...then it's not love... it's ~friendship~
but if you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him ... that's ~LOVE~
If you get attracted to there people but stay with him without any regrets...that's ~LOVE~
If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ...that's ~LOVE~
Kembali bertugas
Raya ke empat, aku dah mula bertugas...tak usah cakap le betapa berat dan sedihnya hati bertolak pulang ke Kuala Lumpur semalam (raya ketiga)...maklum sebelum ni (masa aku keje magazine), selagi belum masuk minggu kedua, tak denya aku nak menjejakkan kaki ke ibu kota ni. Raya sakan...sampai le lebuh raya lengang balik, baru aku bertolak ke Kuala Lumpur..
Jejak je kaki ke opis pada 9 pagi, terus bukak schedule...mak ai, tak de assignment. Bergegas ambik paper, tengok2 kot ada yang buleh dibuat follow up..dua tiga kali khatam dua tiga paper...buka schedule balik..alamak, follow up PTPTN Kak Ya dah buat. Wazan plak follow up pasal kes kematian berpunca ajaran sesat di Sri Sarawak..alamak...mati kutu jap...apa lagi nak buat ni? Kang editor tanya apa nak jawab???Takkan setiap minggu nak kena 'suap' jer...mati la cam ni...
"korang tak de follow up? Nak buat apa ari ni?" Alamak, editor dah tanya tu...hehehe...macam biasa le, aku sengih je...Angah, buat2 belek paper...abang Azis sejak 4 pagi stand by kat Subang Airport sambut tebusan MT Bunga Melati dua dan lima yang pulang hari ini...
Tetiba "Angah..Bennie pegi Sheraton Subang, interview mangsa tebusan MT Bunga yang ada kat sana..kalu tak dapat mangsa, cari keluarganya..."hah...dah dapat...tapi keje berat sebab mangsa dan keluarga mangsa tak dibenarkan buka mulut atas sebab keselamatan.
Bila cam ni kita kena la faham..mesti le ada sebab dan musababnnya..bukan saja2 suke kan...assign cam ni memang mencabar sebab masa ni le kita rasa maruah kita di tahap zero. Ibarat perumpamaan dulu kala, 'pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, aku pun tak hingin'. Tapi dalam kes ni kena 'hingin' gak, kalu tak dapat story lagi haru..
Mula le operasi himpit-menghimpit, buat muka tebal lapan inci dan bersembang2 kosong ngan ahli keluarga dorang. Malangnya, orang tu pulak nampak kita macam terserempak polong. Takut sangat...aduh, rasa cam kucing kurap pun ada..
Ini le sebahagian rutin keje kita..nak tak nak kena tempuh, dah ini pilihan dan takdir kita ye tak? sabo je la...walaupun hakikatnya, tidaklah ku minta menjadi kucing kurap, melainkan Garfield yang comel itu saja...hehehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)