Berkawan luas pengertiannya. Maksudku berhubungan rapat dengan kawan lawan jenis. Tujuan berkawan ada untuk mengisi sepi, saling melengkapi, tuntutan keperluan, pendek kata definisi berkawan antara adam dan hawa punya banyak tersurat dan tersirat.
Harapnya persahabatan yang baru terjalin ini tidak putus di tengah jalan sebagaimana yang lain2. Harapnya persahabatan yang baru bertunas ini tidak lagi menemui jalan buntu, dihalang dan terhalang seperti sebelumnya. Kadang2 kita rasa dia cukup menyenangkan tetapi dunia ini bukan antara kita dan dia tetapi melibatkan keluarga, kerjaya dan segalanya.
Setakat ini tidak mahu menaruh harapan mendalam. Setakat ini, takut untuk berkisah lanjut. Biar masa dan takdir menentukan. Moga kali ini tak kecewa lagi. Amin....
13 comments:
aminnnnn
belum berani cakap banyak maaa...jauhhhhh lagiiii hehehehe
Insya Allah.... happy for u !
Salam ziarah, saye bintang :)
harapnya yang baik-baik sahaja...
Bintang - saya cukup suka dengan bintang. Sejak dulu apa2 pasal bintang cepat saja menangkap perhatian. Saya tidak kisah menghabiskan masa berjam semata tengok langit berbintang.
Kak Shidah- doa2 lah untuk saya supaya tetapkan hati. Sebab dalam bab ini hati saya cepat berubah :)
Salam ennieva, hey! D pun suka sgt tgk bintang,suka apa saja benda2 berbentuk bintang,suka buat bintang dgn kertas..apa sajalah tentang bintang.. My nickname masa kecik pun bintang,arwah nenek panggil saye bintang :)
Bintang - kalu ikutkan reporter bukan le cita2 asal, nak jadi pakar kaji bintang (ahli astronomi) kata orang, tapi dulu manalah orang pikir keje ni ada masa depan kan?
Suka gal lagu Kenny, Renny, Martin...ku petik bintang2...ayooo rasanya macam melayang ke langit ketujuh.
Adoi ! Cam sama lak,pnh bcita2 nk jd ahli astronomi gak tp tersasar ke perubatan,skrg keje sendiri,tiny biz.tiap yg allah takdirkan pasti ada hikmahnya kan? :) d suka lagu ku petik bintang2 tu , seribu bintang-alleycats,bicara pada bintang-rossa is my fav
ben adakah hatimu sudah terisi??? adakah ruang itu sudah dipenuhi. Marilah berkongsi kegembiraan itu.
macam bau nasi minyak je ni....ada kompang lagi kat....Ben? ada apa apa ke ni:-))
Bintang - ye ke? Nak cuba dengar le lagu Rossa tu..
Kak Jun & Siti - baru nak mula ler...tak tau hujungnya lagi. Doa2kan yang terbaik untuk saya. Teringin gak nak tempah kek Kak Jun yang lawa tu:)
Salam,berkawan..xkira lawan jenis atau sejenis,tua atau muda,kaya atau miskin..semuanya perlu rasa hormat antara 1 sama lain,bila kita hormat kita akn sabar,akan setia,xmudah melatah,terbuka utk memahami... Saling berkongsi dan menghargai tiap kelebihan dan saling melengkapi tiap kekurangan masing2. Mencari kawan/sahabat/kekasih sejati umpama mencari sebutir bintang di dalam ribut yg menggila..susah utk jumpa tp ia tetap ada..sentiasa,teruslah mencari tanpa putus asa :)
Post a Comment