Friday, July 10, 2009

Micheal dan Natrah (M&N)

Natrah dan ibu angkatnya, Aminah


King Of Pop


Seronoknya membaca blog kengkawan, semua ada kisah tersendiri. Hari2 bertukar tajuk dan cerita hinggakan aku yang tak ada apa nak dikisahkan ini turut terheret sama mengemas kini entry. Namun, ada juga yang menyepi dan terus meminggirkan diri. Ala Tan aka Cik Belacan (nama dolu2 masa di kampus), jangan le 'membisu' terus. Rindu nak baca blog ko tau...

Dalam seminggu dua ni, sebenarnya tak ada kisah lain melainkan umum hangat memperkatakan tentang MJ (Micheal Jackson), King Of Pop. Di televisyen pun asyik memainkan klip videonya, dari zaman kemasyhuran Beat it, Thriller dan Billie Jean hingga fasa dia mula berkias kisah dirinya dalam Leave Me Alone, You Are Not Alone dan Earth Song. Menonton klip video MJ tidak rugi kerana penghayatannya mendalam. Dia beraksi dan menyanyi dengan jiwa. Klip videonya umpama filem pendek. Kalau tidak, takkan saya teruja menonton Earth Song. Senyum sendiri mentafsirkan Leave Me Alone dan kagum dengan gerak tari dan kenakalan ekspresi wajahnya dalam Remember The Time.

Selepas dua minggu meninggal dunia pun, macam2 kontroversi timbul. Tidak sudah2...sejak belum baligh menyanyi untuk Jackson 5 hingga menutup mata. Terbaru, yang saya dengar, sebelum ajalnya, dia sempat merakamkan lagu berunsur ketuhanan. Bait2 liriknya mengkisahkan kecintaan kepada Allah, agama yang baru dianutinya. Kononnya, ada konspirasi menyatakan dia dibunuh oleh Yahudi yang merasa terancam. Micheal pernah memberi jolokan 'lintah' kepada Yahudi. Wallahuallam...saya tak berhak menghakimi sebab siapalah kita untuk menjatuhkan hukum terhadap manusia. Apatah lagi dia yang hanya kita kenali melalui majalah dan tv. Tapi, andai benar...saya bersyukur dan gembira kerana ada seorang lagi umat Muhammad di muka bumi ini.

Tinggalkan dulu MJ. Biarlah dia berkubur dengan aman dan membawa kisah misteri bersamanya. Saya baru mendapat tugasan mengorek perihal Natrah Hertogh, wanita berdarah keturunan Belanda yang pernah menggemparkan Tanah Melayu pada 1950 dulu. Dia dikatakan mangsa konflik agama. Dibela ibu angkat Aminah Mohamad, berkahwin dengan Mansor Adabi pada usia 13 dan diambil semula bapa Adrianus Petrus Hertogh menggunakan perintah mahkamah. Selepas itu, status agama wanita dengan nama asal Bertha ini menjadi tanda tanya.

Dua kisah berbeza...keduanya dikaitkan dengan agama. Rahsia alam dan ketentuan takdir hanya Yang Maha Kuasa mampu menjawab. Kita sebagai hambaNYA yang kerdil elok menanggapnya sebagai ikhtibar dan teladan dalam memperkaya pengalaman hidup. Buat bekalan menuju dunia abadi...akhirat!

2 comments:

Faarihin said...

lagu MJ bnyk best2.. keislamannya sememangnye masih dlm tanda tanya.. hanya Allah je yg tau.. kisah natrah.. baru hari ini sy tau.. adeh.. salam ukhwah dari sy.. (^__^)

ennieva fauzi said...

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua...orang yang dah pegi ni elok kita kenangkan yang baik je..tak gitu?