Tengok le gayanya yang ceria tu, budak2 mana yang tak berkenan
Semalam aku sanggup mengorbankan waktu tidurku semata-mata menonton filem cint remaja popular 80 an, SAYANG. Selepas 2 pagi jugalah baru melelapkan mata. Hakikatnya, filem ini bukan menarik sangat pun malah kekurangan dari segala segi termasuk penghayatan watak, dialog, plot, cinematografi dan macam-macam lagi.
Namun, yang pasti filem ini menggamit nostalgia. Filem ini amat dekat dan mesra dengan jiwa kanak-kanakku ketika itu. Apatah lagi, waktu itu bergelar peminat nombor satu Raja Ema sehinggakan apa yang dilakukan, dipakai bahkan cara bertutur dan gerak laku pelakon bersuara manja itu menjadi ikutan peminat ciliknya yang berusia 9 tahun ini. Dialah idola aku ketika itu. Kadangkala rasa bersalah sangat sebab aku lebih mengagumi dia daripada pemimpin berjiwa besar era itu, Tun Mahathir.
Betapa besarnya pengaruh Raja Ema padaku sampaikan segala pakaian yang disarungkan di badannya, aku ingin miliki juga. Jenuhlah arwah datukku dan mak cik2 mencarikannya. Sudah dapat baju inginkan sepit dan getah mengikat rambut macam Raja Ema pulak. Lebih kronik lagi, aku sanggup berkurung sehari suntuk dalam bilik menyembunyikan diri dari ayah yang mengajak gunting rambut. "Nak simpan rambut panjang, baru lawa macam Raja Ema...". Sampai ayahku pun, tak boleh buat apa dah.
Itulah secebis kisah zaman kanak-kanak. Jiwa luhur kanak-kanak tak tahu membenci tapi sudah pandai meluahkan perasaan suka dan sayang. Meskipun, usia setahun jagung, sudah pandai menetapkan apa yang diinginkan dalam hidup. Siapa yang patut diteladani dan siapa patut dijauhi.
Semalam, membangkitkan nostalgia lama. Tersenyum sorang-sorang dan dalam hati asyik berbisik..."kalaulah bisa kembali ke zaman kanak-kanak...oh, sanggup kutukarkan dengan apa saja di dunia ini...."Anganan yang tidak mungkin menjadi nyata walau kucing bertanduk dua.
7 comments:
Salam, thanx krn sudi tinggalkan jejak di blog saye yg sgt polos tu :) saye bintang@ dd darling, panggil d je
hahaha.. sib baik aku tak sekronik engkau!
Masa kecik dulu aku asyik main jengket, galah panjang lepas tu kena paksa mengadap buku.
Artis yang aku suka pada masa tu - Suhaimi Meor Hassan - sebab kaset dia aje yg banyak bapa aku beli.. :D
Bintang - thanks D, best blog awak, puitis..saya akan bukak selalu :)
Fiza- amboi kecik2 lagi dah ada jejaka pujaan ek...masa tu aku dok minat gak dengan Kid Search (tapi masa tu dia ngan Gersang)...cute sampai ke tua dia tu..
pecah rohsia..baru aku tau ko peminat raja ema...hehe
wei, jangan tak tau...kecik2 dulu klon Raja Ema...hahaha
masa kanak-kanak saya slalu brangan nak jadi penyanyi...slalu guna torchlight atau sikat buat mikrofon...hehehee
Cik suri mesti nak jadi Sharifah Aini kan? hehehe kitaorang siap buat contest lagi..kumpul duit reramai untuk beli hadiah...
Post a Comment