Tuesday, July 21, 2009

Apabila Tun Mahathir Bersuara

Hormat aku dengan Mantan Perdana Menteri,
Katanya pengorbanan Melayu mesti dihargai,
Itulah sepatutnya adat memberi,
Berterima kasih bukan mencaci,

Terharu aku mengenang bangsaku,
Menabur budi walau miskin membelenggu,
Menolak aku, engkau dan kamu,
Walau keturunan tak sealiran lagu,
Tetap menerima tanpa ragu,

Apa lagi yang ingin dituntut,
Belajarlah bersyukur jangan mengarut,
Tidakkah dikenang jasa dan parut,
Ditinggalkan penjajah yang bikin karut,

Anugerah kewarganegaraan harus disyukuri,
Pandang semula kenang kembali,
Sejarah lama tetap mengungguli,
Kami di sini banyak memberi,
Lelah kami tidak terperi,
Rela berkongsi kekayaan negeri,
Walau akhirnya papa dan rugi,
Di negara sendiri dianaktirikan,

Buat bangsaku, jangan membelot,
Bersatu kita membersih kemelut,
Berhentilah menjadi dalang dan karut,
Agar kemudian tidak terjerut,
Dengan anasir yang membutakan perut,

Ayuh, Melayu bangsa terbilang,
Lagu anak wawasan jangan hilang,
Jangan lupa sejarah gemilang,
Biar kita berhati walang,
Usah gentar cabaran menjelang.

Yang penting jati dirimu,
Yang teratas kesedaranmu,
Yang dijunjung kesetiaanmu,
Jangan sampai hilang negerimu....

Coretan setelah membaca Berita Harian, Selasa, 21 Julai muka 3; 'Pengorbanan Melayu Mesti Dihargai'

2 comments:

rynas said...

susah nak cari orang macam Tun tu satu dlm sejuta gamaknya. dulu masa dia memerintah sibuklah org suruh dia letak jawatan..dah lama katanya dah nyanyuk. Bila dia dah tiada barulah rasa alangkah bahagianya kalau Tun masih memerintah. Gitulah manusia..bila di depan mata tak nak menghargai bila dah tiada barulah merasai

ennieva fauzi said...

Tun tu one in million. Dia muncul sekali saja seabad. Macam Siti Nurhaliza dan Sudirman yang very talented. Otaknya kuat. Kalu ikutkan umur dia tu dah patut nyanyuk tapi sebab dia suka membaca dan kritis pemikirannya, sampai sekarang dia masih sihat tubuh dan minda.