Friday, January 16, 2009

Hati

Jumaat hari menyeronokkan tambah2 kalau esok cuti. Yehaaa..boleh bangun lewat (ye ke? padahal jam 7.00 je mata dah tersengkang luas).

Hari ini masa terasa cepat berlalu. Satu keajaiban kerana biasanya tanpa assignment, waktu bagai merangkak perlahan. Selalu panas punggung ketika di pejabat. Segalanya serba tak kena. Sentuh itu tak menjadi, sentuh ini tak kena. Semuanya terasa kekok. Tapi hari ini rasa seronok pulak, kalau boleh tak nak beranjak dari tempat duduk. Biarpun segala kerja dah dibereskan dan berkira2 hendak memulakan yang baru. Biarpun adakalanya tersentuh hati melihat abang Azis tak berenti menaip, sekejap2 mengeluh, sekejap berlawak dengan aku. Sedetik kemudian tenggelam semula dengan kerjanya, aku tetap utuh di kerusi. Tak ada sebarang sebab melainkan aku suka di sini. Hai, viewnya cantik betul hehehe...sesaat bosan terubat semula menatap pemandangan kota batu di jendela kaca. Hisss...tetiba je syahdu apahal...

Esok akan bertemu janji dengan seseorang. Kawan lama. Gentar ada, gembira ada, gerun ada. Kerana apa? Kerana dia menagih jawapan. Inginku berikan jawapan paling molek, yang tak melukakan hatinya, yang memberi kebaikan kepada semua pihak tapi soal hati sangat rumit. Hati menjangkau kewarasan fikiran, hati merentasi keajaiban disiplin sains. Kuasa hati mewujudkan pujangga. Jika hati beraja, dunia bakal berperang. Apapun, semoga esok ada penyelesaian terbaik untuk aku dan dia...semoga aku dimaafkan.

No comments: