Tuesday, January 20, 2009

Sahabat

Dua tiga menjak ni memang kuakui sibuk. Lebih2 lagi menjelang Pertandingan Rumah Idaman bakal berlangsung pertengahan Februari depan. Seronok walaupun tak menang tangan juga menyiapkan aturcara, meninjau cenderamata termasuk membuat lawatan ke rumah pemenang mingguan. Pendekata, kali ni aku lebih melibatkan diri, tak seperti di tempat keje lama, yang tak tau hujung pangkal alih2 diberi tugas. Mana tak menganga.

Seronok juga meninjau rumah pemenang. Maklum le mereka tengah seronok, bermacam2 reaksi yang kita terima. Semalam selepas assignment di Bandar Sunway, petangnya berkejar pula ke Kampung Subang. Amboi lawa sungguh kediaman Kak Rohana. Berkonsepkan Inggeris desa, meriah dengan perhiasan berbunga dan kewanitaan. Leka tengok koleksi itik comel kak Rohana, pelbagai aksi dan ukuran. Geram..rasa nak 'membela'nya di kediaman sendiri tapi maaflah...aku tak serajin kak Ana. Membersih debu dan habuk setiap hari. Pun, dalam pada itu, sempat juga aku menempah sepasang kusyen hiasan berlukis kucing comel dari Kak Ana. Maklum, sejak tinggal seorang ni, semangat menghias rumah mula bercambah. Entah ke manalah kucing comel tu nak kuletak ek...alih2 depan tv saja nanti kot.

Dalam dok bekejar sana-sini sempat gak lunch appoinment dengan Siti Zarinah, sahabat baik di I-Remaja. Alahai, suka tengok Siti yang semakin pandai bergaya. Comel sungguh ibu anak dua itu dengan blouse coklat redup. Sesuai dengan imej keibuan Siti. Melalui Siti, dengar juga cerita pasal seorang kawan yang mula hidung tinggi. Siti tak suka bercerita, sesekali dia meluahkan kisah bermakna benda itu betul dan perlu diperbetulkan.

Entahlah, aku pun tak paham kisah dunia. Kenapa harus berperasaan bongkak bila dikurniakan Tuhan pangkat dan kesenangan. Tak bolehkah kekal merendah diri? Tak bolehkah bersikap seperti dulu2? Sedangkan rupa paras tak mungkin berubah melainkan dipanjat usia, kenapa sikap perlu bersalin kulit? Aku memang tak paham orang begini... hendak saja kuselami apa yang berselirat di kepala dan bermukim di hati. Mungkin juga dia menagih perhatian dan penghormatan. Apapun, aku harap tidak begitu suatu hari nanti....Moga tidak lah ye...

Kepada kawan2 yang masih setia menjadi sahabatku, terus-terang aku amat menghargai kalian. Kekalkan sifat sedia dimiliki dan aku pasti, kita akan bersahabat selama-lamanya. Friends forever!

6 comments:

INTAN said...

aku sahabat ko ke kwn ko ben?...ahaks

ennieva fauzi said...

ko sahabat terbaik. Kan kita penah tido berdua dalam suasana yang penuh mesra dan seksi :)

rynas said...

insyaallah ben kalau masih ingat asal usul tak lupa diri punya.
ben Tan..aku pun penah tido sekali juga ngan korang kat ruang tamu selepas takut main spirit2 hhehehe

ennieva fauzi said...

hahaha..aku ingat..aku ingat...masa tu hantu tu dok bertenggek kat kepala hang ek...then, malamnya, kak Zah dengar orang ketawa mengilai kat balkoni kan? Then, kita semua kena marah terus diharamkan main spirit2 tu...kenangan semua tu....

hafizahiszahanid said...

O... kisah kawan hidung tinggi..
Aku janji walau apa jadi, hidung aku tetap maintain.. tak akan tingi-tingi lagi... hahaha

ennieva fauzi said...

hidung ko memang dah tinggi..original