Tuesday, January 6, 2009

Musafir Cinta

Membaca amalanku sebelum tidur. Tidakkan mampu menghabiskan sebuah buku, hanya beberapa helai memadai. Namun, novel MUSAFIR CINTA karya Taufiqurrahman Al- Azizy terus membuatkan terikat dan melekat. Banyak persoalan keagamaan di dalamnya namun ada yang tidak aku bersetuju di hujungnya. Mungkin pengetahuan agama dangkal atau garapan akhir kurang lancar. Apapun, aku rasa berkaitan dengan kepercayaan.

Melayari laman web, kutemui http://wlaanda.blogspot.com/ yang baik budi membentangkan sipnosis dan ulasan. Ini sekadar sedutan, untuk lebih lanjut kena la baca bukunya..

Aku tertarik membaca tengah ulasan si penulis blog....di sini kisah bermula, di sini persoalan berbangkit dan di sini konflik tercetus...

Musafir Cinta menceritakan Iqbal bersama-sama dengan 4 pemuda ini, Firman, Surya, Parno dan Atmo. Akan tambah lagi 2 orang wanita iaitu Okta dan Idri. Mereka ini tidak percaya kepada Tuhan. Mereka menghisap dadah dan melakukan seks bebas di rumah Firman. Di rumah yang kedua ibu-bapa Firman adalah orang yang patuh kepada agama.Firman dahulunya adalah seorang yang patuh pada agama juga. Dia mengerjakan solat. Dia membaca al-Quran. Tetapi, oleh kerana adiknya diperkosa dan dibunuh, membuatkan dia tidak percaya kepada Allah. Dia sudah tidak yakin akan kasih sayangNya.

Katanya, dia mahu membunuh diri. Itulah salah satu cara dia boleh bertemu dengan Allah dan mencela segala ketidakadilan ini.Iqbal mula tergugat. Dia mula ragu-ragu kepada Allah setelah mendengar keluhan Firman. Dia juga mula bertanya, "Ya, mana dia bukti kasih sayang Allah dengan menimpakan sedemikian kepada Firman sedangkan dalam masa yang sama Firman seorang yang baik amalannya, apakah bukti hidayah Illahi..." dan banyak lagi persoalan bertubi-tubi datang ke minda Iqbal. Dia sudah tidak solat. Sudah tidak menghafaz quran. Hatinya berkecamuk. Iqbal mahu menjadi orang yang baik. Mahu mengenal pencipta alam ini iaitu Allah. Dia yakin itu. Tetapi, pertanyaan Firman kepadanya membuatkan dia terfikir dan turut terjerat sama.

Aduh! Sakit jiwa saya membaca bahagian ini. Tetapi saya gagahkan juga diri dan membaca secara cepat biar cepat sampai bahagian Iqbal menemui jawapan kepada persoalan itu semua. Bukan itu sahaja, Firman di penghujung cerita juga akan menemui makna semua dugaan yang menimpanya. Kawan-kawannya turut berubah.Dahulu, saya agak pelik kepada orang-orang seperti Firman. Ya, orang yang suka mempersoalkan kasih sayang Allah. Bagi saya, soalan tentang ketuhanan tidak boleh dilogik-logikkan menggunakan akal. Jawapan kepada persoalan itu semua tetap ada, tetapi atas faktor kekurangan ilmu, maka kekadang kita tidak mampu memberi jawapannya. Malah, amat ditakuti sekali, kita turut terjerat sama, contohnya Iqbal di dalam cerita ini.

Dahulu, saya juga merasakan orang-orang seperti Firman ini hanyalah segelintir sahaja. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, saya tidak rasa sebegitu. Saya rasa hampir semua orang yang susah dalam kehidupannya cenderung berfikir sedemikian. Cuma ada sesetengah orang, dia tidak berani meluahkannya dan ada sesetengah orang, dia sangat agresif marah kepada Tuhan.Aduh, saya sangat kasihan kepada orang yang sebegini. Saya faham yang dia tidak akan pernah tenteram dalam hatinya walaupun secara zahir dia kelihatan gembira. Saya tahu hatinya menangis. Lalu hatinya memberontak dan cuba melawan segala "kesedihan hati" itu.

So, pendapat anda? Baca dulu baru cerita key...

2 comments:

raihanah said...

kak ana kagum orang rajin baca novel dan menghasilkan novel.

awak tak berminat nak menulis novel ke? mesti ada follower...

ennieva fauzi said...

ye kak Ana...saya suka baca novel sejak dari kecik...umor 11 tahun saya dah baca novel karya SAGA karya Abdul Talib Hassan. Saya suka novel serius dan membincangkan isu masyarakat.

Lately, saya suka novel keagamaan espcially dari Indonesia. Kak Ana should try novel Ayat2 Cinta. Bagi saya this is the best novel i've ever read. Dun forget to try Massage From Nam- Danielle Steel.

Saya ada cuba buat novel tapi separuh jalan...ilham dari langit belum datang hehehe...