Masa sekolah dulu aku akui memang nakal (nakal bukan jahat ye). Macam2 yang aku cuba buat. Cikgu ajar A, aku buat B. Cikgu kata satu, aku tambah dua. Hendaknya pulak ada geng sehidup semati, susah senang, yang aku gelarkan The Young Riders (tajuk drama bersiri koboi paling glam di TV3 ketika itu...antaran pelakonnya adik Baldwin yang bongsu). Keahliannya 4 perempuan dan sorang lelaki tersesat. Aku, Lela, Ita, Syikim dan Zaman.
Lela macam aku kepala gila, kuat menyakat, suka buat benda bodoh tapi kami rasa cool sangat. Ikim ibarat ratu sebab dia cantik sangat. Ramai orang tergila2kan dia. Setiap minggu dapat surat dari secret admirer dan memujanya. Ita? Ita paling baik macam malaikat. Aku belum pernah jumpa orang yang taat sangat dengan ibu, macam Ita patuh pada ibunya. Tapi, yang pelik boleh pulak join kami yang kepala hangus ni. Tapi, kesiannya dia selalu jadi mangsa buli dan 'guinea pig', bahan ujikaji sebelum kami kenakan lawak jenaka pada orang lain pulak. Pernah kami sorokkan kotak pensilnya atas bilah kipas dan payung yang selalu diangkutnya pada kotak pemetik suis. Satu kelas mencari tapi kami boleh buat muka kering. Bila buka saja kipas habis segala macam mak nenek pensil, pen, raba (eraser la), ruler berterabur. Satu kelas tolong kutip, kami dok lari belakang kelas, ketawakan dia. Tapi Ita tak pernah marah, cuma merungut saja, 'korang ni jangan lah buat aku macam ini..." ye dia sangat baik, kami cuma angkat tangan, mintak ampun saja. Tapi esok2 kami buat juga, kali ini kami lucutkan tali beg dia pulak, sampai satu hari tu, hanya tali je berlingkar kat bahu dia, beg tinggal elok dok atas meja.
"Ringan betul beg aku ari ni...rasanya aku bawak semua buku teks,"katanya melagakkan gaya menepuk beg (kebiasaan yang dia buat).
"Pasal apa pulak aku dok rasa macam tepuk pinggul je ni.." dia dok pelik lagi.
"Memang la Ta...dah ko tak bawak beg, ko bawak tali je," serentak itu aku dan Lela gelak bagai nak gila...haha kesian dia, kena berlari balik ke kelas ambik beg. Jauh wooo....seribu meter adalah.
Nak ikutkan banyak betul kisah kami mengenakan Ita ni tapi dia tetap sabar, senyum dan tak meninggikan suara. Ahli Sorga dia ni. Sesekali bagi dia tugasan mengenakan orang, dia akan cakap "Mak kami marah...tak baik tau buat macam tu" tapi kalau benda dah jadi, dia pun pakat gelak sekali walaupun gelaknya tak pernah berbunyi, berdekah2 macam kami.
Zaman pula pandai Prinsip Akaun. Aku kalau pepagi homework tak siap, aku akan pi kat dia menyalin kerja sekolah ni. "Hisss..kau ni belajar2 lah buat sendiri, asyik nak meniru je..belajar main2" katanya.
"Baik ko kasi, kalau tak aku tak mau tolong kau tulis surat untuk Yan," Seronok main ugut2 dia ni. Yan budak junior memang minat gila kat Zaman. Zaman memang tak mau, tapi kami aci main paksa.
"Aku malas nak bercinta masa sekolah ni...nanti prestasi aku jatuh," katanya.
"Ala, kau tak yah susah2, nanti aku ngan Lela tolong tuliskan surat cinta kau tu," balik2 aku ngan Lela kan...sampai ke sudah si Yan tak tau yang kata2 romantis untuknya itu, kami yang tulis. Ampun la..
Bab nak menyuruh ke koperasi, beli keropok la, buku la...Zaman selalu jadi mangsa. Upah lah sebungkus keropok, senyum sampai ke telinga. Tapi, selalunya kami buat2 hilang ingatan hahaha...memang le perangai tak serupa orang.
Dalam makmal, bab belajar teori momentum, aku ngan geng sudah main2 kereta mainan yang cikgu McGyver bawak untuk eksperimen. Keliling kelas kami pusing, sampai cikgu geleng kepala. Agaknya, dalam hati berkata, perangai cam budak jantan depa ni...budak2 jantan semua dok geleng kepala juga. Tapi, peliknya result eksperimen tak pernah tersasar, tepat dan betul macam motto polis.
Bila masa aku belajar pun tak tau. Tapi bila keluar result, tempat pertama (keseluruhan tingkatan ye), geng kami sewa, Zaman nombor satu, aku kedua, Lela dan Syikim pass baton (lari berganti2), Ita, Watie dan etc etc. Ramai tanya "Korang asyik main, gelak, main, gelak, bila korang pulun baca buku?" tanya Sabri Pandak Ahmad, kelas kedua. "Tu la, cikgu ajar concerntrate.." kataku. Tapi haram gak aku buat. Ustaz Hazan kat depan bagi lecture, aku dok gila baca novel yang diselitkan dalam buku teks. Ada sekali tu, aku tak sedar rupa2nya buku teks aku terbalik dari awal. Ustaz tegur, "buku awak terbalik" "Oh ye ke, tak perasan" dengan selamba aku betulkan kedudukan buku tu.
Lela pulak tak pernah hantar homework matematik. Pernah sembunyi dalam almari gara2 malas belajar Prinsip Akaun. Aku plak nota Geografi tak pernah lengkap. Biarpun Cikgu Faridah paling ditakuti murid dan terkenal dengan sikap garang dan tak pernah bagi muka, dengan aku tak kata apa dia. Berapa kali dia membebel, orag dah buat bab 11, aku baru bab 3. Aku sengih je. Habis2 aku tuju ke Watie, mintak pinjam nota hahaha baik punya malas. Tak tau takut plak tu.
Dalam bab ni aku harus puji Syikim dan Italah. Rajin, patuh dan kala exam menjelang. Kim menunduk baca buku. Payah nak ajak berborak dan menakal. Ita paling muka sekejap je, then leka mentelaah. Zaman aku malas kacau, kang dia kutbah jumaat kat aku. Yap Ah Wong pernah cuba2 kacau, akhirnya aku bosan pulak bila dia bukak teori nyamuk macam "kenapa kita kejam membunuh nyamuk?" " Tau arrr Bennie, itu nyamuk aaa...sudah bagi balance kita punya ekosistem.." "Ye la pek..ye la..." sambil berlalu pergi, ajak Loke Kim Foo main meriam pula (cara dia ambil pembaris, renyukkan kertas, cari sasaran dan tuju" hahaha kadang2 kena Noorsilawatie Che Din, kena Mohamad Baharudin, Maimunah Isa, kadang2 kena cikgu..hahaha
Banyak, banyak sangat, bila fikir2 balik, mujur jadi orang. Petang merambu dengan motor, orang tuisyen sabtu (free tuition, aku tak penah amik tuition hehehe bukan aku la), aku lepak kedai Pak Din makan ais kacang sambil tengok citer Ultraman.
Orang dok pulun menelaah buku menjelang trial exam, aku main ouja board (spirit2 tu) sampai budak lain pulak kena rasuk. Esok ada paper agama, aku pi lepak ngan member makan cendol. Pernah lewat setengah jam masuk exam tapi paper tu dapat A.. hiss macam2.
Kenapa aku imbas balik kenangan ni semua? Sebabnya, aku jumpa member2 sekolah dulu di Facebook. Aku tanya Watie, "ingat ke lagi dorang kat aku?" Watie tulis, " Sape yang tak ingat ko" hai, dalam je maknanya. Ingatkan aku sebab ok akademik? Pembahas dan pemantun sekolah? Kaki mengacau kat padang sukan? Tukang bawak lari berus lukisan dari bilik lukisan? Tukang tulis macam2 ayat mengarut kat papan hitam? Buat gempak kat library? Atau kucar-kacirkan ketenteraman makmal? Oh, banyak sungguh kesalahan aku rupanya.
Apapun, aku bahagia tidak dilupakan. Lepas tu sorang demi sorang member sms dan chat...hehehe ingat lagi korang seorang aku yang nakal tahap gaban nih...hehehe...pas ni kita jumpa di gathering ulung kelolaan Watie Che Din ek...
5 comments:
nakai sungguh...seronok baca kisah ko kat sekolah ben...
wah kenangan zaman sekolah. itulah zaman paling best kan...kalau leh putar balik rasa nak kembali zaman tu balik hehhe
Ly..itu baru part one, belum lagi aku and the geng jadi dektektif masa qiamulail lagi..banyak sangat baca buku tujuh penyiasat, Enid Blyton, Hardy Boys & Nancy Drew
Tie..memang kalau dapat putar masa..harus jadi lebih hantu kot..neway, itu lah yang memperkayakan pengalaman...cant imagine aku jadi budak baik hahaha
salam ben, akak ada kasi award beautiful blogger, dah dapat dari orang lain belum? sambutlah saja2.
gi tengok blog akak..
thanks akak..tapi nampak gayanya belum le dapat lagi...
Post a Comment