Saturday, April 10, 2010

Jalan-jalan Singapura


Aku, Sairi, Imran Ajmain dan Li Shian bergambar macam cover album...hahaha habes gaya la tu...

Di Mint Museum of Toys...ada beribu2 permainan klasik dan baru. Sebab aku suka benar dengan Betty Boop, aku tak lepaskan peluang bergambar dengan figure ni...ini Betty Boop keluaran awal...
Masih di Mint...patung The Beatles pun ada...bapak aku mesti suka punyer sebab dia die hard fan band dari Bristish ni...aku pun terikut2 minat dengan John Lennon

Bergaya ala2 'kucing parsi di papan tanda di Mint..semuanya klasik, wujud sejak zaman Frank Sinatra aku kira
Bottle tree di Jurong Bird Park...pokok ini banyak dittemui di Afrika...perhatikan batangnya yang berbetuk botol tu...diameternya adalah dalam 4,5 pemeluk orang dewasa
Imran tidak melepaskan peluang main burung...whopsss...
Titi gantung di Jurong Bird Park...gayat gaklah...ini kalu jatuh, wasalammmm

Bersama Merlion, patung singa tersohor..
Masjid Kampung Glam...lama namun utuh, cantik terpelihara. Terletak di kawasan majoriti penduduk Melayu, akui akui sangat tenang berada di sini...teringat pula kegemilangan Jalan Ampas sewaktu filem Madu Tiga, Masam2 Manis dan sebagainya tengah meletup dulu
Salah satu permainan unik dijual di Kampung Glam...goyang2kan tangkainya dan empat ekor ayam bergerak serentak, mematuk2 papan kayu


Kemeriahan Singapore kala menyambut krismas..seluruh bandar bermandi cahaya lampu dan hiasan khas hari natal...replika pokok krismas ini sangat tinggi, setinggi bangunan empat tingkat...boleh pulak masuk di dalamnya kalau hendak mengambil gambar

Esplanade berbetuk mikrofon dolu2...kat sini le bermacam konsert dan filharmonik diadakan...antara trademark Singapore selain singa Merlion

Singapore Flyer diambil ketika naik DUCKTOURS

Lagi pemandangan malam...ingat tak Shaw Brother, syarikat perfileman yang giat menghasilkan filem melayu sekitar tahun 50 an dan 60 an...hah, sekarang dah ada bagunan sendiri u...besar bukan main di tengah bandar Orchard

Lagi sessi bergambar...tengok tu Imran tinggi betul, besar ragam kata Orang. Sebelah Li Shian, managernya Faliq, orang Ipoh, Perak je...Faliq nampak macho tapi gayat tempat tinggi. Muka pucat tak berdarah masa naik Singapore Flyer...merangkak kat lantai wa cakap lu hehehe...dan, masa Megazip (lebih kurang flying fox tapi meluncur dari bukit eh tinggi betul la...setinggi bangunan 18 tingkat kot), ingatkan dia yang jerit paling kuat rupa2nya si Imran hahaha

Jalan2 Singapore. Lama dah tapi sorry le baru berpeluang download gambo, itupun terjumpa balik pendrivenya...kerja malam, tak de kes, aku bikin kesah kat pc ni...apa nak buat, nak berkaraoke kat depan tu dengan akak nurul, bangunannya masih under renovation...so, kepada uols silalah tatap2 gambar ni ek...mana la tau kot nak cuti2 ke Singapore, adalah serba sedikit ilhamnya kan? Enjoy!

4 comments:

Anonymous said...

wow singapura! : )

ennieva fauzi said...

wow! wow! wow! kali akhir kita berdua ke Jakarta ye ton....plan la satu trip beb..

Maryam Elyas said...

Lama sungguh tak lawat blog Cik Ben. Syahdu la pulak tgk gambo Kampung Gelam tu. Kat situlah aku menetap selama lapan tahun dulu-dulu sebelum berpindah ke tanah air. Selain kat situ, umah aku ada jugak kat Sembawang. Terkenang kisah lama-lama.

ennieva fauzi said...

hehehe..kita pun update bila ada story best..tak selalu..kampung Glam masih nostalgik macam dulu cik yam...syahdu jugak tengok Singapura, situ je kawasan Melayu...tapi saya suka ke Mustafa (macam Mydin kat sini)..electric goods dengan cd murah2...dua kali pegi you hehehe