Central Mosque Pattani..dipercayai masjid ini mengambil ilham Taj Mahal yang tersohor, itulah sebabnya ada kolam kat depan...besrsih dan tenang. Sekali pandang, teringat masjid Baiturahman di Acheh kerana mempunyai warna kubah hitam yang seakan sama
Tempayan gergasi di Chao Mae Lim Kor Niew Shrine, Pattani. Tempayan ini memuatkan bekalan air untuk kegunaan emergency. Berkenan aku dengan hiasan naga dan burung pheonix (rajawali) timbul...aku rasa adalah dekat2 besar aku kot...
Masjid Krisek penuh darah dan sejarah....diilhamkan daripada masjid Asia Barat, perkara menarik mengenainya ialah ia tidak mempunyai kubah selain dinding batu merah dibiar tidak bercat. Dipercayai dibina ketika pemerintahan Raja Naresuan (1578 -1599), mitos popular mengenai pembinaanya yang tidak siap itu ialah kununnya ia termakan sumpah Mae Lim Kor Niew. Kubur Mae betul2 di luar pagar masjid ini.
Punyalah seronok bergambar di masjid ni, siap pekena ais krim pulut lagi (sangat sedap) lepas tu baru dapat cerita kelmarin dua penduduk kampung terbunuh di tembak pemberontak...syukur, nasib lah umur nak panjang
Hutan pokok bakau yaring..khabarnya, pokok bakau di sini berusia kira-kira seribu tahun
Bergambar di patung duyung di Songkla, Hatyaai...kata orang kalau nak cepat berjodoh, gosok2lah duyung itu sambil berniat...iye ke? Yang aku takut, gosok2 hidup pulak dia, dah satu hal nak menyara si duyung nih...tapi aku suka pantai ni, angin sepoi2 bahasa, kena pulak dengan ais krim pulut..fuh, nikmat dunia...
Yang ni plak statue kucing dan tikus simbolik kepada pulau tikus dan pulau kucing terletak berdekatan...kununnya, kucing dan tikus tak boleh rapat, asyik nak bercekau...so, to be fair, aku berfoto di tengah2..sejuk aje menyentuh patung tembaga itu di petang nan damai...antara tempat yang aku akui excited sangat nak bergambar.
Ke Pattani, Thailand ni pun dah lama. Baru sekarang juga dapat berkongsi dengan pembaca blog ni. Belek punya belek, banyak juga aku mengambil gambar di sini...harus le lebih 100 keping tapi biarlah yang lain buat kenangan. Lagipun, semuanya gila2 dan merepek. Banyak juga gambar bangunan dan tempat menarik. Tengok balik boleh buat tersenyum terutama bergambar setelah penat bershopping dan muka gerun2 berani naik tut tut. Hissss...memang rasa nak pergi lagi. Doakan aje ada rezeki lebih, Insya Allah, dapatlah kembali semula ke negeri terkenal dengan lambang gajah ini...
So, Sawadikap....
2 comments:
hamboi baru kuar gambo2nyer..dah berkurun ke sana... pasni ke sarwak plak yer ben jgn lupa amik gambo bersama org2 iban rumah panjang tu ekkk
hehehehe...masa nak ngadap lelama blog tu takde..ni pun, kebetulan nak clearkan gambo kat pendrive..Sarawak tu tunda dulu la tie...Insya Allah, ada rezeki merasa lah gi :)
Post a Comment