Tersentuh aku membaca email Kim menerusi Facebook tadi. Jarang2 hati ini terjentik tetapi apabila yang menulis sahabat lama, akrab dan dikirimkan dengan penuh tulus, hati yang keras menjadi cair. Jiwa yang kental jadi rapuh.
Sungguh aku melalui hari2 gembiraku bersama rakan2 baikku ini. Aku meniti keremajaan yang penuh riang ria bersama mereka. Sepanjang perkenalan, belum ada lagi perbalahan hebat. Dengan Lela pernah sekali namun kerana ketulusan dan keakraban yang bukan mainan, yang keruh sudah menjadi jernih.
Biar aku cerita sikit tentang Syikim. Dia lawa orangnya, di kalangan kami berempat dia bagaikan ratu malah namanya meniti dari bibir ke bibir jejaka di sekolahku. Sepasang mata bundar dengan bulu mata melentik, hidung macung seludang dan bibir seulas limau semerah ros, tubuh langsing dan rambut keperang2an (tetapi dia memakai tudung ke sekolah), wajah bulat comel, siapa yang tidak tertawan dengan Syikim. Lagi satu, dia sangat menjaga penampilannya. Sengkuap (awning) tudung sentiasa kemas dan berbentuk, uniform sekolah putih bersih, jari halus runcing cukup membuatkan jejaka2 di sekolahku bergetar perasaan dan tak tentu arah kala Syikim melintas. Namun, Kim ni amat pemalu. Suara tak pernah terkeluar dan muka pucat tak berdarah apabila diikut rapat jejaka2 yang menggilainya terutama geng Wazir dan ada seorang mamat yang suka memandang dia tak kelip mata.
Setiap kali dipandang, tidak pulak dia panik tetapi sempat berlawak, "Batu apakah itu yang memandang ke sini? Batu belah kot..."katanya sebelum kami melambakkan tawa.
Suatu hari kala pertukaran kelas (oleh kerana kelas kami digunakan sebagai dewan peperiksaan SPM maka berkelanalah kami, sekejap2 dihalau ke makmal, sekejap2 diusir ke library) kami sudah merempat entah mana kelas. Sedang elok menyusun2 meja dan kerusi, Lela terjumpa satu tuppeware bubur jagung basi. Entah siapa punya,nampak sangat dia lupa nak makan...sebab bubur tu masih penuh. Mungkin dia diet la kot...
Lama gak kami membelek bubur tu, berkira2 apa nak dibuat. Tiba2 Lela kepala hangus mencadangkan, "Amacam kita hadiahkan bubur ni pada geng2 Wazir? Cakap je la dari Kim, wah sure dorang kembang punya? " Lela ngan aku memang dianugerahkan kebolehan menyakat orang kan? Kebetulan kami pulak berkongsi zodiak, jadi kerja...kalau aku tak mencadangkan, dia pulak yang akan keluarkan idea2 puaka dia.
Aku pandang Syikim. Dia macam tak yakin. Dari matanya aku dapat membaca "tak pe ke kita buat macam ni? Tak jadi apa2 ke?"
"Hisss...ok gak...aku pun tengah boring giler ni..sehari tak menyakat aku jadi rengsa," macam tau2 je apa yang bermain di fikiran Kim.
"Aku tak berani Lela...aku takut, hiss tak baik, kalau dia makan betul2 macam mana?" biasa la Ita, biasanya dia akan mengambil sikap selamat, berdamai dan mintak mahap le nak buat benda2 yang memudaratkan. Itu yang aku hairan, macam mana dia boleh join group hantu aku ni.
"Ala Ta..tak de nyer dia makan...aku belum bukak tupperware lagi dah tercium bau tungkik bubur ni. Aku rasa tiga ari punya stok la ni," kata Lela sambil menggamit salah seorang geng Wazir. Aku tak ingat siapa, mungkin Rosman kot.
Tersengih2 mamat tu datang. Senyum sampai ke telinga. Dua tiga lagi berkerumun. "Weh, bubur jagung, favourite aku ni.." Asri sudah mengusap2 bibir. Nampak teruja dengan kuning bubur. Kembang tekak aku.
"Hah, jangan nak mengada, bukan untuk kau ni, Syikim buat khas untuk Wazir," aku pura-pura marah.
"Aiseh Kim apa tak buat untuk aku sekali...favourite aku ni,"Asri tetap tak puas hati. Syikim diam seribu bahasa.
"Dah, dah...ambik ni...makan kongsi2..main jejauh," Lela menghulur tuppeware bulat penutup biru. Ita tunduk, aku rasa kalau aku biarkan mau dia sorok muka bawah meja.
Asri & the geng lesap membawa bubur jagung basi ke kelas sebelah. Mestinya untuk sampaikan kepada Wazir the King dorang. Aku ngan Lela saling bertampar tangan. "Give me five" jerit kami serentak.
Selang beberapa lama terdengar riuh rendah kelas sebelas, hah! Jerat sudah mengena. Pastinya aroma hanyir masam bubur jagung basi sudah semerbak seluruh kelas.
Asri datang dengan wajah berkerut dan menahan muntah. "Sampai hati korang buat macam ni ...entah longkang mana korang kutip tak tau lah,"katanya.
Aku dan yang lain2 gelak besar. Itulah excited sangat, "nak lagi ke? Banyak lagi stok bubur ni, seminggu lepas punya pun ada, esok2 aku tapaukan nasi goreng pulak, " sempat aku bakar lagi perasaan si Asri ni. Mujur juga dia tak ambik hati, kalau tak mahu pancit tayar basikal aku dikerjakannya.
Itulah ceritanya, bubur jagung basi pun kami boleh buat kira-kira. Sampai sekarang tengok bubur jagung, teringat cerita lama. Banyak betul memori ye...
No comments:
Post a Comment