Tuesday, March 9, 2010

Twilight Saga

Aku tengah gila Twilight Saga. Sekarang gigih menghabiskan novel ketiga siri ini; Eclipse. Yang membuatkan aku kagum dan salute habis, penulisnya Stephanie Meyer seorang suri rumah. Kebanyakan orang tentu membuat tanggapan, suri rumah banyak masa lapang untuk menulis. Tidak terikat dengan belenggu kerja dan bebas buat apa saja. Tetapi pandanganku pula lain, sebenarnya kerja di rumah tak pernah surut dan adakalanya menjaga anak-anak lebih mencabar. Apapun, semua itu tidak penting asalkan masing2 tahu tugas, yang perlu difikirkan di sini ialah betapa si Stephanie ni sangat tinggi imaginasinya. Pandai menyulam kata-kata sehingga wataknya benar-benar nampak hidup. Lagilah Twilight dan New Moon sudah difilemkan dan heronya Robert Pattison, heroin Kristen Steward serta second hero; Taylor Lautner benar-benar berwajah komersial serta sesuai menjadi igauan anak dara dan teruna seluruh dunia. Mmmm...lagi syoklah kita membaca dan menyelami jalan ceritanya. Rasanya selepas Eclipse haruslah aku menyambar Breaking Dawn pula. Tak kisahlah biarpun harga novelnya lagi sepuluh sen RM50. Kalau hati dan suka kan, semuanya tak jadi kudis...

poster filem

3 comments:

Bintang D'hati said...

Salam cik ben,nk tumpang promo ni,sudi2 la jengah ke darlingshoppe.wordpress.com atau terus ke blog saye,ada link kat situ, mana tau ada brg2 yg berkenan di hati dan berkenan pula utk dibeli :) tq

hafizahiszahanid said...

Aku baru habis 'cinta baru" terjemahan untuk New Moon. Dan baru abis juga tonton New Moon.
Tahniah kerana jatuh cinta pada siri-siri twilight kerana cintaku tetap jatuh pada siri-siri James Bond terutama pada Daniel Craig ... hahahahahah!

ennieva fauzi said...

bintang...wah! Bagosnya....nanti saya bukak key :)

fiza...oh, hero muka tua berbadan muda tuh...tahniah gak kerana meninggalkan lelaki2 kacak untukku hehehe