Tuesday, March 30, 2010

Remember Me

Rasanya berkurun aku tak ke KLCC, kerana REMEMBER ME, akhirnya kembali menjengah ke sana. Jangan salah sangka, aku tak ada pengalaman buruk membabitkan KLCC, cumanya tidak ada keperluan ke sana. Lagipun, hendak bershopping, lebih baik ke Midvalley berdekatan dengan tempat kerja dan tempat tinggal.

Kerana REMEMBER ME jugak, Kak Hazirah berjaya merempit 30 minit dari Sunway Piramid ke KLCC. Fulamak dah macam pelumba kereta Micheal Shumacher. Nasib le hari itu dia bawak Avanza, dapat le ke KLCC tepat pada waktunya, kalu harapkan MYVI aku agaknya, sampai Sungai Besi ajalah...

REMEMBER ME (RM) tidak mengecewakan langsung. Berbaloi kak kita pecut macam orang gila, siap bagi high beam sign segala. Haruslah orang yang jadi mangsa kita tu sakit hati hehehe, mesti dorang kata, "apalah pompuan dua ekor ni, macam samseng jalanan!"

Daripada permulaan cerita sehingga membawa ke akhir RM dijalin dengan skrip dan plot cerita kelas A. Suka tengok lakonan Robert Pattinson dan Pierce Brosnan yang bersahaja namun menyengat. Sesuai benar diorang ni jadi bapak dan anak, setara dari segi tampan dan karismanya.

Namun, pengakhiran cerita berjaya membuat orang tersedak dan tersedu-sedan jugak. Sangat luar jangkaan. Tak payah cakap la ye, nak tau kena tengok sendiri, nanti hilang suspen pulak. Yang pentingnya, aku dah macam tertelan kapur barus. Kerongkong terasa kelat dan payau. Mata panas berair. Sempat juga aku menoleh minah di sebelah. Semakin tiba saat klimaks, lagi erat dia memeluk handbagnya. Kawan di sebelah tergopoh-gapah mengeluarkan tisu. Penonton di seat belakang, yang dari awal cerita dok sibuk bergelak2 dan sesekali terlontar suara high oktafnya mengomen itu-ini, diam tak berkutik. Macam terserempak UFO di langit tak berawan (cewah).

Pendekata memang anti klimaks. Memang luar jangkaan dan mengkucar-kacirkan hati. Melaluinya, kita  belajar setiap detik kehidupan, setiap denyut nafas perlu dihargai. Sebarang tingkah laku walaupun sebesar hama meninggalkan kesan maha besar kepada mereka yang ditinggalkan. Dan, setiap jasad, ada tempat istimewa di hati insan-insan di sekeliling kita.

Sesuai benar dengan tajuknya REMEMBER ME, filem ini berjaya meninggalkan bekas di hati penotonnya. Tak percaya? Jom tengok!

5 comments:

kiranajoe said...

meriah aktiviti wanita2 di BM..saya jeles!huk!huk!huk!

ennieva fauzi said...

Ngah, nak bahagia mari le ke desk kami hehehe...kedatanganmu dialu2kan..rindu plak nak melepak IKEA sama2 ek..

rynas said...

wah kak hazirah merempit..ehhmm cam nerlah gayanyer ekkk

ennieva fauzi said...

sangat brutal hehehe....aku dah macam naik roller coaster :)

Chuck said...

Aslkm,tumpang blog walking jap,by the way ur blog is nice,jom singgah n linkkan blog saye ni http://merdayka.blogspot.com ,ok thank you dude,bye