Ini yang sempat kutonton dalam sneak preview ADUAN RAKYAT. Mengenai manusia yang sombong dan bongkak bila diri dikelilingi harta.
Senario: Seorang perempuan cina (PC) parking kereta di petak Orang Kurang Upaya (OKU). Kereta besar, harga ratusan ribu rasanya, tak le 'cap ayam' macam yang aku pandu sekarang ini.
Apabila disaman penguatkuasa dan ditanya Karam Singh ( KS:pengacara rancangan itu) lebih kurang begini;
KS: Kenapa u parking sini? Ini tempat OKU...tak takut kena saman?
PC: Gua tau lah, gua punya suka, saman gua boleh bayar, lu apa kesah...
Masalahnya bukan saman Ah so, tapi sikap pentingkan diri awak tu. Awak yang sempurna serba-serbi sepatutnya menghormati orang kurang bernasib baik dari awak. Itu namanya TIMBANG RASA. Itu namanya awak menghormati orang lain.
Nasib lah, sabar si Karam belum 'karam' lagi, kalau aku harus le dia pening2 lalat membilang bintang dan bulan. Tapi rasanya, kalu kena penampar arab si Karam tu, mahu kena plastic surgery Ah So ni...sabar je lah...
Senario lagi satu: Lelaki cina (LC), pun parking di petak OKU. Walaupun dia melakukan kesalahan, aku memang tabik spring dengan dia sebab dia mengaku kesilapannya.
KS: Awak tahu tak awak dah buat salah?
LC: Ya, wa salah
KS: Apa salah?
LC: Wa salah, parking sini (mengaku berulang kali).
Ini contoh orang yang mahu mengaku kesilapan dan mahu berubah. Walaupun, golongan begini semakin ramai, at least dia cepat sedar diri dan tak menyinggung perasaan orang lain.
Kepada semua di luar sana, renung-renungkanlah ye...
No comments:
Post a Comment