Wednesday, February 24, 2010

Akai ada ka?

Suatu pagi dalam kereta, sambil mendengar Sinar FM. Tiba tang peraduan teka-meneka;

DJ: Tahniah, encik (ntah hapa nama tak ingat) adalah pemanggil bertuah bagi Peraduan Meneka Raja Lawak. Soalannya, tahun ini Raja Lawak masuk musim ke berapa?
PEMANGGIL: Entahlah tak tau pulak saya, saya kat Sabah, tak dapat Astro, jadi tak taulah...
DJ: (Masih lagi mahu membantu) Eh, kita pun ada peserta dari Sabah...sedikit sebanyak mesti tau.
PEMANGGIL: Entahlah..saya baru balik semenanjung ni. Kat sana memang tak de, saya tak tau apa2 (tanpa rasa bersalah). Musim kesembilan kot....
DJ: (Masih lagi nak tolong) Eh mana pulak, tak lebih daripada lima
PEMANGGIL: (Tak reti2) Yang ketiga kot..
DJ: (dok layan lagi) Eh tak lah..fikir-fikir balik
PEMANGGIL: Yang kelima...tak, tak... yang keempat.
DJ: (Suara ceria) Tahniah, anda memenangi dua tiket ke Pertandingan Raja Lawak...bla,bla...

Gigihnya DJ itu melayan. Kalau aku memang wasallam. Yang pemanggil ni satu, kalau tak tau jawapan jangan lah cuba-cuba call. Buang masa DJ dan menjengkelkan pendengar. Nama lagi peraduan, kalau tak ada jawapan jangan turut serta. Dont spoil my mood key...pagi-pagi lagi dah nak menyumpah seranah orang. Akai ada ka?

4 comments:

Bintang D'hati said...

Mesti dj ngan pemanggil tu ada skandal, xpun bekas kekasih kelabu asap yg nak cinta berputik kembali,tu yg dj gigih melayan n pemanggil tu lak gigih menggediks ! Wahahahaha

ennieva fauzi said...

tak lah...dj ngan pemanggil sama spesis cik bintang...DJ tu harus dipuji...luar biasa sabarnya...tu yang suka dengar SINAR pepagi tuh...

rynas said...

alah Dj dj sinar memang gitu tambah2 SY...kalau pompuan bukan main suka melayan. aku pun suka dengar Sinar Ben..retro hahhahah sesuailah dgn usia.

ennieva fauzi said...

gandingan KE, SY ngan Krell tu sesuai gila...lawak menjadi. Hehehe, jangan gitu ko belum retro lagi tapi matang tie :)