Saturday, March 20, 2010

Trip from hell

Ragam manusia macam-macam. Memang resmi hidup begitu...colorful! Yang berwang (bukan beruang ye) dengan lagaknya yang menganggap diri serba ada, yang sederhana apa2pun dengan cara ukur baju di badan sendiri, yang miskin dan tak berharta dengan sikap merendah diri dan menagih belas.

Walaupun bukan semua begitu dan aku main pukul rata saja namun realitinya, lazimnya begitulah. Aku bukan cakap kosong tapi ini kata2 setelah bertemu pengalaman yang menyakitkan. Seminggu yang lalu, akhbar tempatku bekerja dijemput menyertai sebuah ekspedisi bermotor di sebuah lokasi hutan di Pahang. Kalau sebut tempatnya, haruslah semua orang kenal kecuali lah yang berhidung tinggi, tak mahu mengaku anak tempatan. Warga Malaysia tercinta.

Dua tiga hari sebelum berangkat, aku sibuk call authoritiesnya mengatur transportation dan penginapan. Memang kena buat semua tu supaya assignment berjalan lancar especially out station over the sea (luar negara lah).

Ketika berurusan lagi memang hati aku tidak sedap. Maklum ditanya pasal transportation, jawapannya, "Cik pandu kereta ke nanti?" Saya balas, "Hai, bukankah pihak awak yang menjemput, nak harapkan kereta 'cap ayam' saya tu memang tak boleh redah hutan..." Dia macam tak paham bahasa. Tapi setau aku nama dia memang melayu tulen, sempena nama pendeta tersohor lagi. Dia bertanya lagi, "Naik bike ke?" Saya mula mencarut dalam hati. Dalam hati saja lah..sebab saya masih tahu adab sopan. 'Hai, aku yang terhegeh2 nak pegi ke ko yang menjemput ni?' Pengalaman kerja luar, tak le penah aku berhadapan soalan2 tak berapa bijak macam ni. Ke Eropah mana sekali pun, yang manage kami reporter memang profesional. Ini bukan macam aku nak buat liputan, nampak gayanya dia ingat aku peserta pulak. Kerja berlambak lagi ni, kena layan dia yang tak berapa nak paham tugas aku pulak. Sabar, sabar.

Aku tukar topik. "Penginapan macam mana?", "Oh, dah fully booked la...kami memang nak bawak reporter, nak sangat media pergi, tapi macam mana pun kami akan usahakan..."Jawapnya dengan confident yang dibuat2, maklum nada suara aku dah macam kucing nak mengawan. Pulak dah. Dia ni biar betul. Tak pa, tak pa...aku bagi dia tempoh. Let say, tak ada penginapan aku takkan pergi. Kami reporter bukannya terhegeh2, kau lah kena fikir panjang. Satu page nilainya berapa puluh ribu. Kami sendiri pun bersaing nak tempatkan story dan byline, page asyik penuh. Tak jemput pun  tak pa aih..

Sabar lagi. Jarang aku ada sikap tolak ansur yang begitu. Bos pun berat nak kasi pegi tapi aku ni selagi takde hitam-putih memang aku akan diamkan dulu. Tup-tup sehari sebelum bertolak, dia  call pulak bagitau "Everything is ready miss.." Fine. Kena pegi juga. Aku ok jer, dah ini perjanjian hati aku dengan kerjaya aku, mana orang hantar, situ aku pegi.

Maka, aku pun mula membuat pelbagai preparation. Maklum, nak masuk hutan le katakan. Kena le ada segala macam repellent, stoking yang sesuai, then raining coat sebab dok hujan. Pakaian yang sesuai dan macam2 la..

Bertolak dari KL, 6.30..mak aih, awalnya. Pun, ikut je lah, pukul 5 bangun siapkan semua. Namun, semuanya macam hampeh apabila tiba di sebuah ruang pameran motor di PJ ni, aku dan fotographer, Kak Shiraz ( ur rock sis...) disambut macam hendak tak hendak. Bila aku mintak briefing...he said "We'll do that later...over the lunch" then, sibuk bertukar khabar dengan member2 kelab dia. Ok...still put high hopes...then, came 3 buses...mana satu nak naik ni...yang mamat2 tu semua sibuk dengan bike masing2, macam dok belek stallion (kuda lumba plak gayanya). Setelah bertanya, katanya "U can choose any bus that u like"...Fine. Berapa banyak fine da even though i'm far from fine.

Dan rupanya, selama 3 hari mengikut mereka yang kununnya golongan berwang (lebih layak beruang) i feel like living in hell. Sudahlah penginapan tak tentu hala, hari ini di sini, besok akan dipindahkan. Any activities pun tak buleh buat. Ditanya pada pendeta celup tu, "oh, diorang pay for this trip, semua activities, kita dulukan diorang. U boleh squeeze mana2 yang kosong.." OMG, siapa yang bereya2 jemput ni, sape yang nak kita datang ni. Am i eager to come in the first place? The answer is a big no, judge from the ketidakprofesionalan mereka itu.

Aku ingatkan ada amazing things goin to happen, rupa2nya family day kelab itu saja. Adakah sesuai paperku yang terkenal seantero Malaysia ini hendak memuatkan cerita pasal sukaneka kanak-kanak? Cerita pasal2 isteri2 mereka yang sombong dan tidak mahu menegur orang kerana satu familynya memakai baju Ed Hardy? Adakah surat khabar aku ini sesuai memuatkan cerita mereka berkonvoi dan singgah makan macam kenduri layaknya di restoran salah seorang kenalan mereka, pegawai tinggi tentera yang dah bersara dan terfikir2 nak mengikut jejak Chef Wan dan Chef Ismail? Hiss, hina benar rasanya paper aku ni. Dan, aku dan kak Shiraz pun rasa macam kunta-kinte (hambar abdi Afrika) apabila tarik kerusi kenduri dan makan di ceruk dapur dan sinki.

Ok fine, tak nak libatkan kami tak pe, sebab mata pena di tangan kami, mereka cuma ada pedang diapiti teluar asin (kata Mamat Khalid) yang makin mendekati tarikh karatnya itu. Tak apa lah...tapi bab kebajikan & makan pun sampai tidak memanggil, this is more than enough la. Walaupun, aku dan sis Shiraz berjalan menyusuri kampung dan dua tiga kali ke cafe resort mencari makan, we eat then we pay ye sebab tidak mahu terhutang budi. Aku rasa hangin satu badan. Disuruh check out di hari kedua dan ke hotel lain dengan kata2 yang membuatkan aku rasa nak sepak lapan puluh kali mulut staf hotel tu...' You all masih lunch, dinner kat sini tapi nak transport ke sini, call la ye". This is too much. Unbearable lah. Paling sakit hati, kata2 lima minit kemudian "Oh, ada bilik kosong, ada orang check out, u boleh stay bilik lama." Tiba2 aku nampak orang tu kecik besar, kecik besar jer....dah alangkah baiknya aku boleh menjelma menjadi Rambo saat ini, yang mengamuk tak tentu hala membunuh askar Viet Kong.

Oh, macam2 malas nak cerita. Rimas betul dengan orang2 kaya ni. Yang berlagak. Apa kau ingat kau bayar gaji aku ke? Baik laki, baik bini sama je. Tu sebab depa berjodoh agaknya.

Dan, paling syok, hah ni bab paling best. Dalam sembang2 dengan isteri General Manager (GM) pengimport dan pengedar motor H...whopss...ni katanya, "I tak campur sangat dengan isteri dorang semua ni, sombong...my husband always pesan...dont get too close, just say hi, smile and go." Oh gitu.

Then, sambungnya lagi "dorang punyalah berlagak, tak sedar beli motor pun hutang. Then, my husband ada semua account dorang, tahulah mana mampu, mana just nak show off. Ada tu 3 bulan sewa rumah tak bayar, ada hati nak beli motor. Then, asyik begging for discount. Beli merchandise pun cam tu, t-shirt and all that. Semua nak murah. Nak discount. My husband pening kepala." Oh ceritanya...

Jadi tak gunalah motor menderum-deram ye, kalu hutang pun bergunung-ganang. Begitu ceritanya...

6 comments:

rynas said...

hari tu masa asgn ngn kak shiraz dia ada bg tau pasal trp ko ni. gitu citernyer ekkk..kalau aku pun bengang ben kalau tk dilayan cam kita plak yg terhegeh2. habis storynya kuar besar ke??? dah gitu kekdahnyer...

Linda Hassan said...

ben...baru k lin nak tanya trip dengan grup H tu best ke tak ? rupenya hampeh belaka...aiyo kaduk naik junjung....

next time kalu ada trip cam ni pikir berpuluh2 kali lah ben...harus kita dipinggirkan..Almaklumlah org ber`wang' sebenarnya yang pergi....

Bintang D'hati said...

Sbr le cik ben..namanya pun keje ye dak.tp aku yg bace pun hangin! Teringat pengalaman handle golong berwang ni pegi umrah..nak gerak ke changi airport,janji pukul 5 pagi gerak tp diaorg sampai 6 pagi( makcik2 n pakcik2 org felda dah sampai sharp on time tp tpaksa tggu golongan berwang ni lak ). Bila golongan berwang ni masuk dlm bas...diaorg xnk duduk seat belakang..buley? Siap bising2 kat my bos. Xkan le aku nk suruh makcik2 pakcik2 tu pindah ke seat blkg semata2 krn golongan berwang ni,xsopan le kan? Last2 aku buat xtahu je.lantak le! Bos aku bisik 'customers always right' aku jwb ' ni bkn customers always right tp customers something wrong!' gitu le citenyaaa

ennieva fauzi said...

Tie- aku tak wat pun storynyer...tak guna aku promote dorang rasanya, macam menaikkan lagi sikap bongkak dorang tu...kita ada right nak tulis atau tak tie. Ini semua keadilan kepada masyarakat pembaca kita

Kak Lyn - memang kak lyn. Jadi 'tangkal' la nampaknya. Dia ingat boleh beli dunia dengan duit tapi silap orang nampaknya.

Cik Bintang- saya faham perasaan awak. Sampai nak ke tanah suci pun dorang boleh buat perangai tak nak tolak ansur dorang. Saya sepuluh kali hormat kepada makcik, pakcik Felda tu, biarpun kurang dari segi material tapi ikhlas dan berbudi bahasa. Itu lebih bermakna dari segudang harta.

kiranajoe said...

wahhh, dahsyat nye mereka tu ye...macam tu la lagak org kaya neh.igt ada wang boleh tongkat dunia.

eish, pedih hati membacanya ye...awat tak tahan bas je, pastu balik KL?

ennieva fauzi said...

Ngah, seribu kali saya fikir nak wat cam tuh...tapi kak Shiraz asyik sabarkan saya je..kagum dengan dia, kalu saya memang saya buat macam awak sarankan tu la...ngah, cam ni le keje kita ngah..espcially bila deal dengan orang yang terlebih perasaan macam tu kan?